part 114

2.1K 208 5
                                    

Crystal Coral

Raja Ohz bangkit dari duduknya sebaik sahaja seorang lelaki berpakaian hitam berbelang kuning berenang masuk ke dalam istananya bersama sekumpulan pengikut yang berseragam lengkap berwarna kuning. Pada bahu lelaki itu tersangkutnya sehelai cape berwarna kuning. Matanya tertutup satu. Dan terdapat parut yang memanjang di sekeliling mata itu. Wajahnya agak bengis.

"Hawk.. apa kau buat di sini?" Soal Raja Ohz dengan wajah yang tidak senang. Putera Frohs di sisinya juga kelihatan terkejut dengan kehadiran salah seorang dari Kolonel Salamander itu. Mungkin, mereka sedang menjejak Theo dan rakan-rakan lanunnya. Fikir Frohs.

Kolonel Hawk tersenyum.

"Jangan risau Ohz. Aku datang bukan untuk mencari masalah dengan kau." Ujar lelaki itu.

"Jadi.. kenapa kau datang?" Soal Ohz lagi.

"Aku sedang mencari sesuatu. Dan aku dengar kau ada menyimpannya." Ujar Kolonel Hawk. Ohz kelihatan gelisah. Seakan-akan dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Kolonel Hawk.

"Apa maksud kau?"

"Kau tahu apa yang aku maksudkan. Serahkannya pada aku. Aku janji Salamander akan menjaganya dengan baik."

"Aku tak tahu apa yang kau maksudkan."

"Kau jangan buat-buat bodoh, Ohz. Serahkan Ouro pada aku! Sekarang!!" Marah Kolonel Hawk.

"Ouro? Hahahahahaha" Ohz ketawa kuat. Tidak pasti kenapa. Mungkin dia cuba menyembunyikan kegusaran hatinya. Atau dia sememangnya merasakan yang permintaan Hawk itu adalah sangat mustahil.

"Apa yang buatkan kau fikir Ouro ada dengan aku?" Soalnya.

"Hahahah.. jangan buat tak tahu Ohz. Kau boleh bodohkan orang lain. Tapi bukan aku. Aku tahu Ouro ada dengan kau. Serahkan. kalau tak, aku tak tahu apa Salamander akan buat pada Crystal Coral." Ohz terdiam. Frohs hanya mendiamkan diri dengan perbualan antara Raja Ohz dengan Kolonel Hawk.

"Ouro tak ada dengan aku, Hawk." Kali ini Ohz berwajah serius.

"Aku dah hilangkannya. Mungkin sudah dicuri lanun." Sambungnya lagi. Hawk merenung tajam ke arah Ohz. Seperti langsung tidak termakan dengan kata-kata raja duyung itu. Lama mereka berdiam diri.

"Fine. Kalau itu yang kau cakapkan. Apa boleh buat. Nampaknya aku kena teruskan lagi pencarian." Hawk menjungkit kedua-dua belah bahunya.

"Kalau begitu. Aku pergi dulu." Hawk berpusing membelakangi Ohz. Tangannya mencapai beberapa helai kertas kalis air dari dalam poket bajunya.

"By the way.." dia bersuara sebelum berpusing ke arah Ohz kembali.

"Aku ada hadiah untuk kau." Kertas-kertas itu diserahkan kepada Ohz sebelum dia dan pengikut-pengikutnya berenang keluar dari istana.

Putera Frohs mendekati ayahnya yang sedang menatap 5 helai wanted poster yang diperbuat daripada kertas kalis air ditangannya. Kelima-lima wanted poster itu membuatkan Ohz mengetap giginya.

"Dia dah tahu ke?" Gumamnya perlahan dan Frohs hanya menelan air liurnya.

Wanted
Theo Atlas
150k coins
Dead or Alive

Wanted
Ken Sres Avian
90k coins
Dead or Alive

Wanted
Xavier Xiaffiar
100k coins
Dead or Alive

Wanted
Xara Xiaffiar
80k coins
Dead or Alive

Wanted
Aigle Derane
70k coins
Dead or Alive

.....................................................................

Jackdaw Ibis

Xara kelihatan sedang mengemas kabin mereka yang sudah seperti tongkang pecah itu. Bekalan makanan yang sudah tidak boleh dimakan dibuangnya. Pinggan-pinggan dan gelas-gelas kaca yang sudah pecah diasingkan. Dan kabin itu kembali teratur sepertimana mereka mula-mula bertemu dengan Ibis.

Ken dan Xavier sedang membetulkan mana-mana bahagian Ibis yang sudah rosak. Setakat mana yang mereka mampu walaupun mereka tahu bahagian-bahagian yang rosak itu tidak akan kekal lama. Mereka perlu cepat-cepat bertemu dengan seorang pembaiki kapal untuk membaiki Ibis dengan lebih baik.

Theo sedang termenung di bahagian hadapan kapal sambil matanya merenung ke arah kompas lagenda di tangannya. Apa yang dia fikirkan pun tiada yang tahu.

Aigle pula sedang membersihkan kabin bawah. Keadaan sunyi sahaja di dalam Ibis sehinggalah Xara keluar dari kabin atas membawa satu bungkusan berwarna putih di tangannya.

"Apa tu Xara?" Soal xavier. Semua mata mula tertumpu pada Xara. Termasuklah Aigle yang baru sahaja tiba di atas deck. Xara ke tengah kapal begitu juga rakan-rakannya yang lain.

"Aku tak tahu. Aku jumpa dekat dalam kabin tadi." Bungkusan itu diletakkan di atas deck.

"Bukanke ni bungkusan yang Raja Ohz berikan pada kita hari tu?" Soal Theo.

"Iyalah! Aku betul-betul lupa pasal bungkusan ni!" Ujar Xara. Dia kemudiannya membuka perlahan ikatan bungkusan berbentuk segi empat tepat itu. Di dalamnya terdapat sebuah buku. Berkulit tebal berwarna coklat gelap. Kulitnya kelihatan lama. Dan sedikit terkoyak di bahagian hujung.

Xara membaca perkataan yang tertulis di atas kulit buku tersebut. Perkataan yang berwarna emas dan diukir cantik.

"Ouro?"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now