part 75

2.4K 234 2
                                    

Perlabuhan Liberie
Pulau Liberie

Dari kejauhan dia ternampak seorang gadis sedang duduk di atas sebiji batu yang agak besar di perlabuhan itu. Gadis itu sedang termenung. Dan hanya memandang ke arah laut. Sejak semalam lagi dia di situ. Coda mengeluh perlahan sambil mendekati gadis itu.

"Apa kau buat kat sini sorang-sorang?" Soalnya seraya mengambil tempat di sisi Milea.

"Aku risaukan diorang. Macammana kalau diorang dihantar ke Lethal Isle?" Soal gadis itu kerisauan. Jelas terpancar di wajahnya itu betapa dia bimbangkan rakan-rakannya.

"Kau jangan risaulah. Aku kenal Theo tu dari kecik lagi. Aku tahu dia bukan seorang pengalah. Have faith in them, will you." Milea tertunduk.

"Peter mana?" Soal lelaki itu lagi.

"Dia tengah siapkan rumah dia. Kau tahu kan ayah dah bagi dia buat rumah kat bandar ni." Milea tersenyum kecil. Dialah orang paling gembira apabila ayahnya membenarkan Peter untuk terus menetap di situ dan terus berhubungan dengannya. Sebelum ini, Peter langsung tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Bandar Liberie.

"Bukan aku tak percayakan diorang. Cuma aku risau." Sambungnya lagi. Coda melepaskan pandangan ke arah laut. Jujur, dia pun risau. Dia masih tidak dapat melupakan bagaimana Theo dengan mudah menyerah pada Kolonel Kunyit. Ingin sekali dia tahu kenapa Theo bertindak sedemikian. Pasti ada muslihat tersembunyi.

Tiba-tiba, dari ufuk di hujung laut kelihatan sebuah kapal kecil berwarna merah sedang berlayar ke arah Liberie. Coda tersentak lalu mengecilkan sedikit matanya. Jolly roger kapal yang berkibar megah di puncak tiang kapal diamati.

"Theo!!" Pantas dia bangkit berdiri. Milea di sisinya turut melakukan perkara yang sama. Mereka sudah tersengih gembira. Memang itu kapal Theo dan rakan-rakannya! Tak salah lagi!! Pantas Milea berlari ke dalam bandar. Ingin memaklumkan khabar itu kepada Peter dan ayahnya.

Kapal Ibis semakin mendekati mereka. Jelas kelihatan wajah Theo di bahagian hadapan kapal sedang melambai-lambai ke arahnya. Sebaik tiba di Liberie, mereka terus melompat turun ke jeti kayu.

"Theo!!" Pantas lelaki itu dipeluknya.

"Korang selamat! Macammana?" Soal Coda.

"We get help. From an old friend." Ujar Theo.

"Old friend? Siapa? Kau ada kawan di Seavierra?" Soal Coda lagi. Namun, Theo, Xara, Xavier, Ken dan Aigle tidak terus menjawab. Mereka hanya tersenyum.

"Kita perlu cari fifth pieces sekarang. Kitorang tak boleh lama kat sini, Coda. Eagle sedang memburu kitorang. Kita perlu bergerak ke Euloth secepat mungkin." Ujar Xara. Theo mengangguk.

"Pasal tu.. aku rasa korang boleh pergi jumpa Pak Cik Falcon." Ujar Coda.

"Kenapa pak cik Falcon?" Soal Ken.

"Aku tak pasti kenapa, tapi lebih baik korang pergi jumpa dia dulu." Ken dan rakan-rakannya hanya berpandangan sesama sendiri. Kemudian kedengaran suara Milea sedang memanggil mereka dari jauh. Gadis itu kelihatan sedang berlari diikuti beberapa penduduk Liberie. Masing-masing dengan wajah yang gembira.

.....................................................................

Falcon menunggang penyu gergasi kesayangannya ke perlabuhan Liberie. Dia mendengar khabar yang Theo dan anak-anak kapalnya sudah kembali. Jadi, dia terus sahaja ke sini dari Selatan Liberie. Sampai di perlabuhan, dia melompat turun ke jeti. Pandangannya dialihkan pada Kapal merah kecil yang dilabuhkan di situ. Dia tersenyum sebelum bergerak ke dalam bandar.

Sebahagian bandar Liberie telah dibaik pulih seperti sedia kala. Segala lumut-lumut dan rumpai laut juga telah dibersihkan. Cuma sedikit sahaja lagi yang perlu diperbaiki sebelum bandar ini kembali pulih sepenuhnya. Falcon melangkah ke sebuah bar yang bahagian atapnya masih sedang dibaiki oleh penduduk kampung. Sebaik melangkah masuk, kelihatan 5 orang lanun yang dicari-carinya sedang menjamu selera bersama Clayton, Coda, Peter dan Milea. Juga beberapa penduduk bandar. Fierra juga tidak putus-putus menyajikan mereka makanan.

"Pak cik Falcon!" Sapa Milea yang ternampak kelibat lelaki itu di muka pintu. Sapaan Milea itu mencuri perhatian 5 lanun tersebut.

"Hahaha! Aku tahu kalian akan kembali ke sini lagi." Ujar lelaki itu seraya mengambil tempat duduk di sisi Theo.

"Pak cik Falcon. Pak Cik tahu apa-apa pasal Fifth pieces ke?" Soal Theo dengan makanan yang masih penuh di dalam mulut. Habis tersembur makanannya sebaik dia membuka mulut. Falcon ketawa perlahan sebelum mengangguk.

"Tapi, hari tu pak cik cakap pak cik tak tahu." Soal Aigle.

"Memanglah. Sebab malam tu pak cik masih belum menemukannya." Ujar Falcon.

"Pak cik dah jumpa?" Soal Xara pula. Falcon mengeluarkan satu uncang berwarna hitam dari beg kulit di pinggangnya. Bungkusan uncang itu kelihatan berat.

Pantas uncang itu diambil Theo lalu segala isinya diselerakkan di atas meja. Uncang itu dipenuhi emas sebesar batu kerikil. Dan disebalik semua emas-emas itu terdapat satu biji emas yang berbeza. saiznya lebih kecil dan warnanya berlainan dari emas-emas yang lain. Emas kecil itu diambilnya. Senyuman mereka sudah melebar.

"Fifth pieces!" Ujar Xavier.

"Kita dah jumpa!!" Xara bersorak riang.

"Mana pak cik jumpa ni?" Soal Aigle.

"Dekat runtuhan kapal Izarus."

"Jadi, 5th pieces selama ni ada dalam simpanan diorang?" Soal Xara. Pantas kompas dan peta dalam simpanannya dikeluarkan. Makanan yang memenuhi meja dialihkan lalu peta dibentangkan di atas meja. Kompas itu diletakkan di tengah-tengah peta bertanda Liberie. Semua yang berada di situ termasuklah para penduduk kampung, mula memerhatikan dengan penuh minat.

Theo menggantikan 4th pieces yang berada di atas jarum kompas itu dengan 5th pieces yang baru mereka temukan. Jarum ligat berpusing dengan laju. Akhirnya ia berhenti. Sedikit ke kiri. Ke arah salah sebuah pintu masuk ke Benua Euloth. Masing-masing tersenyum gembira.

"Tapi, macammana korang nak lalui pintu masuk tu? Sekarang, Salamander dah kawal semua pintu dengan ketat. Korang tak boleh laluinya tanpa berdepan dengan Salamander. And believe me, they are a lot more stronger than Eagle." Ujar Coda. Aigle sudah menelan air liurnya. Nampaknya, mereka perlu bertempur lagi.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now