Iklan sebentar bersama kit kat

2.4K 246 2
                                    

Blackstone Balthier

Blackstone Balthier, siapa tak kenal lanun lagenda yang tersohor satu masa dahulu. Kapten Blackstone dan anak-anak kapalnya pernah masuk ke Seavierra dan cuba mencabar golongan bangsawan sekaligus mencabar Eagle dalam satu pertempuran. Dan tiada yang tahu kenapa mereka bertindak seperti itu. Mereka telah berlayar ke 4 benua sehingga ke hujung dunia. Di mana terdapat satu tempat yang dikenali sebagai 5 penjuru latitud. Dan mereka menghilangkan diri. Ada sesetengah yang mula mereka-reka cerita tentang kelenyapan Kapten Blackstone. Ada yang berkata dia sudah lama mati. Ada juga yang kata dia sudah bersara dari mejadi lanun dan sekarang hidup bersembunyi di mana-mana. Dan ada juga yang mengatakan, dia hilang di 5 Penjuru Latitud. Sampai sekarang, semuanya masih menjadi misteri.

5 Penjuru Latitud

Pertemuan antara 5 laut dari 5 benua. Tiada lanun yang pernah ke sana hidup untuk menceritakan kisah mereka. Ianya sebuah tempat yang misteri. Sesetengah mengatakan yang ianya sebuah pulau. Dan sesetengah mengatakan yang ianya hanya lautan luas. Ramai yang pernah ke sana tetapi tiada satu pun yang pulang. Dan tiada yang tahu adakah mereka masih hidup atau tidak. Ada juga ura-ura mengatakan yang Urre Gold sebenarnya berada di situ.

5 Benua

Dunia 'Beast' terbahagi kepada 5 benua. ianya dikenali sebagai, Azurea, Euloth, Oska, Metafierra dan Urb. Kelima-lima benua ini memiliki pasukan pertahanan sendiri yang telah ditubuhkan oleh Overlord. Eagle di Azurea. Salamander di Euloth. Platinum di Metafierra. Thistle di Urb dan Alpha di Oska. Kelima-lima benua ini bermusuhan sejak berdekad lalu. Dan punca perbalahan itu masih menjadi misteri yang hanya golongan atasan sahaja yang tahu.

Overloard

Sama seperti 5 penjuru latitud, identiti Overloard juga menjadi misteri kepada dunia. Adakah ianya seorang manusia, atau satu organisasi. Tiada yang tahu.

Latar belakang Theo

Kita dah tahu yang Theo dijadikan anak angkat oleh Asral Atlas dan Rania Atlas. Tetapi, ibu bapa kandung Theo masih menjadi misteri. Dan bagaimana Canavar berada di dalam badan Theo juga masih menjadi misteri. Siapakan Canavar sebenarnya? Adakah ianya seekor haiwan? Identiti sebenar Theo Atlas akan dibongkarkan. Mungkin. Hahah

Wokeh. Tulah sedikit sebanyak untuk korang yang nak tahu. Dunia Beast memang penuh dengan misteri. Haha. Tapi jangan risau. Lambat laun misteri tu akan dirungkaikan jugak. Stay tune and vote for Beast.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now