part 36

2.6K 253 3
                                    

Aigle terlopong memandang ke arah Kolonel Vox yang sudah tewas terbaring di atas tanah. Dengan kecederaan yang teruk sekali. Dia memandang pula ke arah Theo yang sedang bersila di sisi lelaki itu. Theo bukan lelaki sebarangan. Tak sia-sia mereka percayakan lelaki itu.

Ianya sudah berakhir. 10 tahun penderitaan mereka sudah berakhir. Mereka dah bebas. Bebas dari belenggu kejahatan dari pihak yang sepatutnya melindungi mereka. Tanpa disedari air mata menitis laju keluar dari matanya. Mengalir seperti air hujan dibiarkan tanpa diseka. Dia menangis sepuasnya.

10 tahun yang lalu..

"Kami tak akan bayar satu coins pun kepada kau!" Jerit seorang lelaki berpakaian chef. Chef Ady namanya. Seorang kanak-kanak perempuan berseluar pendek berusia 10 tahun bersembunyi di belakangnya. Memegang kemas baju milik si ayah. Kolonel Vox memandang lelaki itu tajam. Seperti seekor singa yang kelaparan.

"Betul tu! Kau Eagle! Kau sepatutnya melindungi kami. Bukan memeras ugut kami dengan meminta wang perlindungan!!" Ujar seorang lelaki berpakaian nelayan pula. Tempat itu dipenuhi dengan penduduk kampung Zambisea. Masing-masing menentang arahan Kolonel Vox yang menyuruh mereka untuk membayar wang perlindungan kepadanya.

"Heh.. kalau kalian tak mahu bayar, aku tak mampu nak buat apa-apa kalau lanun datang menyerang." Ujar Kolonel Vox sambil tersenyum sinis.

"Kitorang boleh lawan sendiri. Kitorang tak perlukan perlindungan dari orang macam kau." Ujar Edd yang pada waktu itu masih berusia 15 tahun. Dibadannya juga tersarung lengkap pakaian chef.

"Hahah. Jangan cakap aku tak beri amaran!" Kolonel Vox dan pengikut-pengikutnya mula beredar dari situ.

Malam itu, Zambisea diserang secara tiba-tiba oleh lanun yang tidak diketahui gerangannya. Kebanyakannya memakai topeng. Rumah Chef Ady diceroboh. Lelaki itu diheret keluar dari rumah. Anaknya meraung-raung minta dilepaskan si ayah. Tanpa mempedulikan tangisan si anak, lanun itu menendang kuat perut kanak-kanak itu. Nasib baik sempat disambut oleh Edd.

Dihadapan semua penduduk kampung yang dikepung oleh para lanun, lanun bertopeng itu menikam perut Chef Ady menggunakan sebatang besi panjang berwarna emas. Chef Ady menjerit kuat. Begitu juga si anak. Tubuh Chef Ady ditendang ke tanah. Si lanun memandang tajam ke arah Edd yang sedang merangkul Aigle yang masih meraung itu. Renungan tajam itu dibalas dengan renungan penuh benci oleh Edd dan Aigle. Kemudian, lanun-lanun itu berlari pergi meninggalkan kampung tersebut. Aigle pantas berlari mendapatkan ayahnya yang sedang terbaring di atas tanah.

"Ayah! Ayah!!" Chef Ady menatap wajah anaknya. Badannya menjadi kejang. Dan semakin lama semakin dia tidak mampu menggerakkan badannya.

"Bila ayah dah tak ada. Jangan menangis lagi. Jangan biarkan orang tindas kamu lagi. Be brave." Ujar Chef Ady perlahan. Aigle pantas menyapu air mata dan hingus yang membanjiri wajahnya. Dia mengangguk laju.

"Be brave.. Aigle."

.........................................................

Tidak lama selepas itu barulah mereka tahu yang lanun-lanun yang menyerang kampung mereka pada malam itu adalah kadet-kadet Eagle yang menyamar. Dan ketua mereka adalah Ginger. Orang yang telah membunuh Chef Ady. Ayah kepada Aigle. Disebabkan ketakutan, mereka terpaksa akur dengan arahan dari lelaki itu. Tetapi sekarang semuanya dah tamat. Dan Aigle di situ masih lagi meraung kuat. Air mata yang mengalir kali ini bukanlah air mata kesakitan atau kesedihan. Tetapi kegembiraan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya. Theo yang menyedari keadaan itu hanya ketawa perlahan.

"Cis, kenapa kau tak bunuh saja dia? Berikan rohnya pada aku. Aku kelaparan!" Theo tersengih.

"Jangan haraplah kau akan dapat makanan dari aku. Lepas apa yang kau dah buat dekat Celsia hari tu, aku tak akan biarkan kau terlepas lagi." Bisik Theo.

"Kau tak boleh salahkan aku, Atlas. Dan lama aku tak tengok dunia luar. Lepastu tiba-tiba pula lelaki tu kacau aku." Theo bangkit dari duduknya. Aigle yang masih dengan air matanya itu didekati.

"Dahlah. Jangan menangis lagi. Mana yang lain?" Soal Theo merujuk kepada 3 rakannya yang lain. Aigle mengesat air mata dan hingus yang membanjiri wajahnya.

"Diorang.. pergi cari kat mana Vox tanam bom-bom tu." Ujar Aigle diselang-selikan dengan esakan yang masih belum reda.

"Hahah. Dah jom. Kita kena bagitahu Lord Eishin." Aigle menggapai lengan Theo sebelum lelaki itu sempat berdiri. Dengan air mata yang masih bertakung di matanya, dia merenung Theo.

"Theo... terima kasih.. terima kasih.." Theo tersengih sebelum menggosok-gosok kepala Aigle yang dibaluti topi.

"Aku dah janji kan." Aigle turut tersengih.

....................................................................

"Theo. Apa yang berlaku? Mana Kolonel Vox?" Soal Lord Eishin saat Theo dan Aigle berjalan ke arah mereka. Lelaki tua itu masih terkejut memerhatikan beratus-ratus kadet sedang terbaring di atas tanah tidak sedarkan diri di situ. Dan tidak jauh dari tempat itu, kelihatan Chief Commander mereka turut sama terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Cuma, Kolonel mereka yang masih tidak kelihatan.

"Saya dah uruskan dia. Yang penting sekarang, kita kena cari bom yang Vox tanam dekat sekitar pulau ni." Ujar Theo.

"Bom? Bom apa?" Soal Clarissa.

"Kolonel Vox dah rancang nak letupkan pulau ni sebaik sahaja tuan menolak untuk tandatangan surat tu. Dia dah tanam bahan letupan di sekitar pulau ni!" Jelas Aigle.

"Ini teruk! Clarissa! Bagitahu semua pengawal untuk mencari bahan letupan itu di seluruh pulau ni. Minta bantuan penduduk lain juga. Kita tak boleh biarkan pulau ini diletupkan!" Clarissa mengangguk lalu berlalu dari situ. Lord Eishin juga mula melangkah.

"Tuan nak ke mana?" Soal Aigle.

"Saya tak boleh diamkan sahaja bila tahu pulau ni akan diletupkan. Ayuh! Kita kena cari bom-bom tu." Theo tersengih.

"Kau dah dengarkan, Aigle. Jomlah." Mereka bertiga mula berlari keluar dari tempat itu.

........................................................................

"Mana Kolonel Vox dengan Chief Commander? Kalau kita tak keluar dari sini, macammana nak letupkan tempat ni?" Soal salah seorang kadet yang berjaga-jaga di dalam sebuah kapal besar yang mempunyai lambang kepala helang berwarna merah pada layarnya. Terdapat beberapa buah kapal yang sama berlabuh di perlabuhan itu. Masing-masing masih menunggu ketua mereka sebelum menjalankan rancangan mereka yang seterusnya.

"Sepatutnya, diorang dah balik." Ujar rakannya yang lain.

"So, mind telling us where did you guys put the bombs?" Soal seorang lelaki sedang duduk mencangkung di atas kotak kayu yang tersusun di atas kapal tersebut. Di sisinya berdiri seorang lelaki dan seorang gadis. Kedua-duanya bertopeng.

"Siapa kalian?" Soal salah seorang kadet sebelum semua yang berada di situ menghalakan senjata masing-masing ke arah 3 penceroboh tersebut. Lelaki itu tersengih.

"Tak nak bagitahu ya? Okay." Dengan sekelip mata sahaja semua tentera yang berada di dalam kapal itu dan beberapa buah kapal lain telah terlentang di atas deck. Kesemuanya cedera teruk. Hanya tinggal seorang sahaja yang sudah terduduk di atas deck dengan matanya terbutang luas. Badannya menggigil kuat. Dia mengensot ke belakang. Cuba menjauhkan diri dari mereka.

Ken tersengih. Cara sengihan dia sememangnya menyeramkan membuatkan lelaki itu kecut perut. Dia menarik leher baju lelaki itu.

"Come on. Kau kena tunjukkan mana korang letak bom-bom tu."

Dengan bantuan dari semua pengawal dan penduduk Azuris Enclave, satu-persatu bom dijumpai di bermacam-macam tempat di sekitar Azuris. Kesemuanya ada 20 bom yang diletakkan di tempat yang berbeza. Dengan memaksa lelaki berstatus kadet itu, memudahkan lagi mereka untuk mencari tahu keberadaan bom-bom berkenaan. Akhirnya, seluruh Azuris Enclave sudah mengetahui tentang kejahatan Kolonel Vox. Dan tidak lama lagi, satu Azurea akan tahu tentang itu kerana Azuris Enclave sememangnya mempunyai ramai wartawan yang tinggal di situ. Ramai juga yang sekadar menyinggah. Dan ini merupakan satu berita yang sangat hebat dan bakal menggegarkan seluruh Azurea.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now