part 40

2.6K 245 3
                                    

"Kapten." Seorang lelaki berpakaian serba merah merapati seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi kayu di dalam bilik yang agak gelap itu. Di hadapannya terdapat sebuah meja yang dibentangkan sebuah peta dunia. Di sisi peta itu terdapat sebuah kompas yang tertutup. Lelaki di atas kerusi itu memakai sebuah kot labuh berwarna hitam. Di kepalanya terletak kemas sebuah topi lanun. Wajahnya bengis memandang ke arah lelaki berpakaian merah. Sebelah tangan disembunyikan di dalam kot dan sebelah lagi bermain jari di atas meja.

"Batalkan perjalanan kita ke Liberie." Ujar lelaki berwajah bengis.

"Tapi kenapa kapten?" Soal Barry, berpangkat first commander.

"Aku nak cari kawan lama." Barry terdiam sebelum memangangguk perlahan. Sebaik sahaja Barry menghilang dari pandangannya, Kapten Sparsh melemparkan sebilah pisau ke arah sehelai wanted poster yang dilekatkan di dinding kapalnya. Dan ianya mengena tepat pada wajah yang terukir di wanted poster tersebut.

"100k coins. How can you have a higher bounty than me, Atlas!?" Bisiknya perlahan sambil mengetap giginya.

...............................................................

"Cuba kau tengok aku buat." Aigle membidik ke arah sebuah pulau kecil yang hanya mempunyai 2 batang pokok kelapa di tengah-tengah laut lebih kurang 3km dari kapal mereka. Senapang peninggalan ayahnya itu dirapatkan ke dada. Picu ditekan lalu senapangnya memuntahkan sebutir peluru laju ke arah salah sebatang pokok kelapa tersebut. Tepat mengenai batangnya sehingga tembus keluar. Theo bertepuk tangan.

"Waaaaahh!! Hebat!!" Ujarnya sambil tersengih.

"Nah kau pulak cuba." Senapang diserahkan kepada Theo. Tanpa teragak-agak lelaki itu pantas mencapainya. Dia terus membidik ke arah pulau yang sama. Picu di tarik. Peluru meluncur laju ke hadapan tetapi bukan pada pulau. Peluru melencong jauh ke kiri pulau dan jatuh ke dalam laut. Theo merengus membuatkan Aigle ketawa kuat.

"Kau memang buta arahlah, Theo."

"Theo, amacam?" Soal Ken sambil menunjukkan sehelai kain berwarna hitam kepada Theo. Di kain hitam itu terlukisnya satu simbol tengkorak dan 2 batang tulang bersilang di belakangnya. Pada mata kiri tengkorak itu terdapat satu corak pusaran berwarna hitam dan di kepalanya dilukis sehelai mafela berwarna biru. Sama seperti mafela biru yang sentiasa diikat oleh Theo di pinggangnya. Theo tersengih teruja.

"Wow! Nice one Ken! Aku tak tahu pula kau tahu melukis."  Ujar Theo.

"Hehh. Ini Ken lah!"

"Alright. Lukis satu lagi dekat layar." Arah Xara. Ken hanya menurut tanpa bantahan.

"Theo. Sini!" Theo melangkah ke arah Xara yang sedang duduk di atas deck kapal. Dihadapannya terbentang sehelai peta dengan sebuah kompas lagenda di atasnya.

"Kenapa Xara?" Soal Theo.

"Aku tak tahulah kalau ni hanya perasaan aku. Tapi, aku rasa jarum ni bergerak lagi." Ujar Xara. Theo berkerut dahi lalu memerhatikan jarum kompas. Beberapa saat kemudian, jarum itu bergerak sedikit ke kanan. Kedua-dua Xara dan Theo tersentak. Mereka saling berpandangan.

"4th pieces boleh bergerak ke?" Soal Theo.

"Mana boleh! Kau jangan nak mengarut."

"Habis tu. Kenapa jarum ni bergerak?"

"Aku rasa, 4th pieces ada kat atas kapal." Xara meluahkan firasatnya.

"Hahh? Betul ke? Kapal apa?" Soal Aigle yang datang secara tiba-tiba. Xara menggeleng perlahan.

"Let's just pray it's not an Eagle's ship."

"Kalau Eagle pun kenapa? We can beat the hell out of those guys." Ujar Theo dengan wajah yang ceria sambil melagakan 2 buku limanya.

"Janganlah cari pasal dengan Eagle lagi. Kau dah lupa ke apa yang jadi dekat Azuris? Nasib baik kapal kita tak bocor tau." Ujar Xara. Theo hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

"So, macammana kita nak dapatkan 4th pieces?" Soal Xavier yang masih lagi sedang membantu Ken melukis lambang mereka pada layar Red Pigeon.

Soalan itu hanya dibiarkan tidak berjawab. Masing-masing tidak tahu jawapannya. Apa yang mereka boleh lakukan sekarang adalah teruskan pelayaran.

.....................................

2 hari pelayaran..

"Xav! Ada nampak apa-apa tak?" Jerit Xara sambil mendongak ke atas. Memandang abangnya yang sedang berdiri di atas layar kapal sambil meneropong ke hadapan.

"Belum!" Jerit Xavier kembali.

"Peliknya." Xara mengeluarkan kompas lalu penutupnya dibuka. Tiba-tiba sahaja matanya terbutang luas.

"Xara kenapa?" Soal Ken. Kompas ditunjukkan kepada rakan-rakannya. Jarum kompas sudah bertukar arah membuatkan semua di situ tersentak. Jarum yang sebelum ini menunjuk ke hadapan kini sudah bertukar arah bertentangan. Ia menunding tepat ke belakang kapal mereka.

"Just now the needle was still pointing foward." Ujar Xara. Tiba-tiba Red Pigeon ditutupi satu bayang yang sangat besar. Bayang-bayang itu datangnya dari belakang kapal mereka. Kehadiran sebuah kapal yang 2 kali ganda lebih besar berbanding Red Pigeon membuatkan semua yang berada di atas kapal merah kecil itu terlopong.

"Aku rasa.. 4th pieces ada kat dalam tu." Ujar Aigle.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now