part 18

2.7K 294 8
                                    

"Apa yang berlaku? Siapa dia yang korang cakapkan ni? Macammana kau boleh kalahkan Jaguar?" Soal Lahar sambil memandang ke arah Jaguar yang sedang terbaring di atas tanah. Tidak bernyawa.

"Siapa kau sebenarnya, Atlas? Aku sangka kau hanya pencuri biasa." Soalnya lagi. Kali ini dia memandang tepat ke arah Theo. Tetapi, Theo hanya berdiam diri.

"Sudahlah.. lebih baik kita balik dulu.. ada sesuatu yang kami nak bincang dengan Chieff Zaffar." Ujar Xara. Rakan-rakannya yang lain hanya mengangguk. Ken mula memapah Theo yang sudah tidak berbaju itu. Entah kenapa kudrat Theo hilang serta-merta sebaik sahaja dia menewaskan Jaguar. Hendak berdiri pun dia tak mampu. Semuanya disebabkan oleh 'benda' yang ada di dalam badannya. Yang telah meminjam tenaganya tadi. Yang telah membunuh Jaguar.

Malam itu mereka berkumpul di kawasan perkampungan puak Jaya. Walaupun sebahagiannya sudah musnah, namun masih ada rumah-rumah yang masih kukuh berdiri. Esok, mereka akan bergotong-royong membaiki rumah-rumah yang rosak. Buah-buah Labis akan ditanam semula supaya ia tumbuh menjadi Pokok sutera labis bagi menggantikan pokok-pokok yang telah mati disebabkan oleh Jaguar dan para lanunnya.

"Macammana dengan lanun-lanun tu?" Soal salah seorang dari pahlawan jaya kepada Zaffar.

"Akan aku laporkan pada Eagle. Biarlah mereka yang selesaikan semuanya." Ujar Zaffar.

"Jadi, kalian ingin tahu soal The Pieces?" Soalnya lagi sambil memandang ke arah Theo, Ken, Xavier dan Xara yang duduk bersama-sama penduduk kampung Puak Jaya di sekeliling unggun api itu.

"So, you do know about it? Chieff tahu mana second pieces?" Soal Ken.

"Kau seharian ada di kuil Labis. Takkan kau tak menjumpainya di sana, Atlas?" Zaffar memandang Theo yang sedang meneguk air kelapa muda. Theo memandang Zaffar.

"Second pieces ada kat situ? Kenapa chieff tak bagitahu awal-awal?" Soal Theo sambil matanya terbutang luas.

"Hahaha.. I just want to see your spirit, Atlas. Whether you really worthy to own it or not." Pantas Theo berdiri lalu berlari meninggalkan tempat itu.

"Theo!!"

"Jangan risau. 5 minit lagi aku balik!" Jeritnya sebelum menghilang di dalam kepekatan malam. Xara hanya menggeleng laju manakala Ken dan Xavier hanya tersengih.

Theo berlari laju ke arah Kuil Labis. Di mana terjadinya pertumpahan darah antara dia dengan Jaguar. Mayat Jaguar sudah dialihkan oleh penduduk kampung. Jadi, sekarang ini, kuil itu kosong. Dan gelap. Hanya diterangi cahaya dari bulan yang mengambang penuh pada malam ini. Dia melangkah masuk ke dalam kuil. Anehnya, kuil itu terang benderang. Walaupun tiada sebarang lampu minyak tanah mahupun obor, ia tetap terang. Terdapat beberapa kesan tompokan darah kering di atas lantai kuil. Langsung tidak diendahkan olehnya. Dia mendekati sebuah patung batu besar yang berupa seorang lelaki sedang berdiri sambil memegang sebilah pedang. Dahi patung itu bercahaya. Perang kemerahan. Theo tersengih. Dia pasti, apa yang dicarinya, ada di situ.

Theo mendekati kaki patung, lalu patung itu dipanjatnya. Dari kaki, naik ke lutut, naik ke pinggang, ke bahu dan akhirnya dia sampai ke kepala. Batu bercahaya perang kemerahan itu dicapai dari kepala patung. Mulanya agak sukar untuk dia menceraikan batu itu daripada permukaan patung. Akhirnya, ia berjaya juga dipisahkan. Tiba-tiba tempat itu bergegar kuat. Pedang yang dipegang oleh patung tadi jatuh ke lantai. Theo berpaut pada patung sebelum dia melompat turun lalu berlari keluar dari kuil yang tadi cerah kini sudah bertukar gelap gelita.

Sebaik sahaja dia berjaya keluar, kuil itu mula roboh. Sepenuhnya. Hanya tinggal batu-bata sahaja di atas tanah. Theo menggaru kepala yang tidak gatal. Dengan apa yang dah dia lakukan pada kuil Labis, pasti dia bakal dimarahi Zaffar lagi. Jadi, dia perlu mengajak rakan-rakannya pergi dari pulau ini secepat mungkin. Sebelum mereka menyedari apa yang telah dia lakukan.

Batu di tangannya diperhati. Terdapat kesan garisan halus di sekeliling batu itu. Seperti boleh dibuka. Dengan pantas, Theo membukanya. Terdapat sebiji emas sebesar biji jambu batu berwarna perang kemerahan bersinar terang di dalamnya. Emas itu dicapai Theo sambil tersengih sebelum dia berlari meninggalkan tempat itu dengan muka yang tidak bersalah.

"Theo!" Jerit Xara sebaik sahaja melihat kelibat Theo sedang berlari ke arah mereka. Dalam keadaan tercungap-cungap, dia menyerahkan second pieces Urre Gold kepada Xara. Masing-masing yang berada di situ terpengung melihat second pieces. Sebiji emas yang sangat aneh. Berwarna perang kemerahan. Walaupun terlampau kecik.

Ken membuka gulungan peta lalu ia dibentangkan di atas tanah. Penutup kaca kompas dibuka lalu first pieces yang masih berada di atas jarum dicabut lalu dimasukkan ke dalam sebuah kantung kulit lalu disimpan. Kompas diserahkan kepada Xara. Theo memandang dengan penuh keterujaan.

Xara meletakkan second pieces di atas jarum kompas sebelum penutup kacanya ditutup. Lalu kompas diletakkan di atas peta yang bertanda Celsia. Jarum berputar laju. Theo, Xara, Ken dan Xavier tekun memandang jarum yang sedang ligat berputar itu. Begitu juga, Zaffar, Lahar dan penduduk kampung Puak Jaya.  Sebaik jarum berhenti, Theo tersengih lalu bersuara.

"Next stop, Azuris Enclave.."

................................................................

Sorry guys, sis lambat update.. huhu.. 2,3 hari ni sis busy gile.. entahlah. Penat sangat sampai otak pun blank. So, as an apology, sis post satu lagi chap untuk engkorang-engkorang semua. Thanks sebab still setia dengan sis walaupun sis lambat. Hihi. Love you lahh.. don't forget to vote okay, love.. muahhh 😘😘😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now