part 88

2.1K 211 4
                                    

Sebaik berpisah di pintu gerbang Crystal Cove, pearl terus berenang ke istana. Kalau diikutkan hati, ingin saja dia pergi bersama-sama Theo dan rakan-rakan. Mencari si penculik tak guna tu. Tapi, apakan daya. Bukan dia tak pernah langgar arahan ayahandanya itu. Tapi, kalau dia tak pulang ke istana dalam masa 15 minit, sudah tentu, ayahandanya akan mengarahkan kesemua pengawalnya untuk mencari dia. Ah, naik rimas dibuatnya.

Puteri Pearl adalah duyung paling cantik di negara itu. Jadi, ramai yang tertarik padanya. Sebab itulah, sejak kehilangan duyung-duyung di serata negara, Raja Ohz melarang puterinya untuk keluar dari istana. Dia bimbang jika kecantikan puterinya bakal membawa kebinasaan pada Crystal Cove. Puteri pearl mempunyai satu kelebihan. Kelebihan yang hanya ada pada dirinya. Dan kelebihan itu mampu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja. Dan jika si puteri jatuh pada tangan mereka-mereka yang berniat jahat, sudah pasti kebolehan itu bakal disalah gunakan.

Pearl berhenti di perkarangan istana. Dia terdiam di situ. Malas sebenarnya hendak terperuk sahaja di dalam istana. Dia seekor duyung yang sukakan pengembaraan. Di saat duyung-duyung lain takut untuk berenang ke permukaan, dia sudahpun berehat-rehat di atas batu-batu sambil menikmati cahaya matahari. Di saat duyung-duyung lain bencikan manusia, dia sudahpun menyapa lanun-lanun yang sekadar melalui perairan tersebut. Dia keras kepala. Sama seperti ayahnya.

"Pearl.. apa kau buat kat sini? Kenapa tak masuk ke dalam?" Soal seekor lelaki duyung. Ekornya bersisik merah. Rambutnya pendek juga berwarna merah. Pakaiannya bersahaja. Bukan seperti pengawal, bukan juga seperti anak raja. Hanya berpakaian seperti rakyat biasa. Cuma, terdapat 2 bilah golok berukiran naga tersisip kemas di belakang badannya. Dia tersenyum menyerlahkan lagi wajahnya yang agak tampan. Yang menjadi kegilaan duyung-duyung wanita lain.

"Abang.. baru balik?" Soal si gadis duyung lalu mengambil tempat di atas tangga istana.

"Ya.. kau kenapa ni? Muram saja abang tengok." Putera Frohs, putera sulung Raja Ohz merangkap abang kandung Puteri Pearl mengambil tempat di sisi adiknya.

"Aku tak sukalah cara ayahanda. Dia suka menunding jari pada manusia tanpa usul periksa." Pearl mencebik. Frohs ketawa perlahan. Terhibur sebentar dengan telatah adiknya.

"Kau kan tahu, ayahanda ada sejarah hitam dengan manusia. Sudah tentulah dia susah untuk percayakan manusia lagi." Pearl mengeluh perlahan.

"Abang ada dengar yang kau bawa masuk manusia ke Crystal Cove. Betul ke?" Pearl mengangguk perlahan.

"Mereka kawan-kawan aku. Kawan-kawan manusia pertama aku. Tapi, ayahanda sudah halau mereka macam tu saja."

"Sudahlah, dik. Apa yang ayahanda buat tu, untuk kepentingan kau juga. Cubalah faham ayahanda. Jangan nak ikut kemahuan kau saja. Sudahlah. Jom kita masuk." Frohs menepuk perlahan bahu Pearl. Gadis itu mengeluh lalu bangkit dari duduknya. Namun, secara tiba-tiba sahaja badannya menjadi kejang. Dan tidak boleh digerakkan.

"Pearl.. jomlah masuk. Sudah-sudahlah kau nak merajuk dengan ayahanda. Janganlah nak jadi anak derhaka." Frohs ketawa perlahan. Namun, setelah tiada jawapan dari adiknya itu, dia kembali berenang ke belakang. Bahu adiknya dipegang.

"Pearl?" Panggilnya. Tapi tiada sahutan. Frohs mengintai wajah gadis itu sebelum dia tersentak. Kedua-dua belah mata biru adiknya sudah bertukar kuning keseluruhannya. Dan gadis itu hanya memandang ke hadapan.

"Pearl? Kau kenapa ni?" Soal Frohs lalu menggoncang perlahan tubuh gadis itu.

"Tuan.." Pearl tersenyum lalu berenang kehadapan. Frohs yang masih terpinga-pinga itu pantas menghalang adiknnya. Bahu gadis itu dipegang dan digoncangkan lagi.

"Pearl! Snap out of it! Apa yang jadi pada kau ni!?" Melihat segala usahanya tidak menjadi, Frohs akhirnya menampar kuat pipi gadis itu. Dan tiba-tiba sahaja Pearl tersedar.

"Kenapa kau tampar aku ni!?" Marahnya sambil menggosok-hosok pipinya yang masih berasa perit.

"Kau tak sedar tadi tau! Aku rasa kau ni dah kena rasuk dengan jembalang air. Itulah, aku dah cakap.. jangan suka sangat merayau dekat Tasik Eclipse tu. Kau tak nak dengar." Frohs mula membebel. Pearl menarik muka menyampah.

"Membebel mengalahkan perempuan. Perangai kau ni bang, sama macam ayahanda." Pearl terus berenang meninggalkan abangnya di perkarangan istana. Frohs mendiamkan diri. Dia memandang ke kiri dan kanan. Sebenarnya, dia sudah merasa tidak sedap hati. Seakan-akan ada sesuatu sedang memerhatikannya. Dia menggeleng laju lalu berenang masuk ke dalam istana.

'Sesuatu' yang dirasakan oleh Frohs tadi sebenarnya sedang bersembunyi di sebalik batu karang di situ. Ia berdengus kasar. Rancangannya gagal lagi. Kalau bukan sebab putera tak guna tu, pasti Puteri Pearl sudah menjadi miliknya. Dia perlu cati peluang baru. Iya, sekejap lagi! Apabila semua sudah tidur.. Dia akan mencuba sekali lagi.

.............................................................

Pearl duduk di hadapan cermin berbingkai kulit kerang yang besar. Dia menyisir perlahan rambutnya yang beralun mengikut gerak air. Rambutnya berkilat cantik. Dia teringatkan kata-kata abangnya tadi.

"Apa yang ayahanda buat tu, untuk kepentingan kau jugak. Cubalah faham ayahanda."

Dia akui. Ayahnya cuma ingin melindunginya sahaja. Cuma dia sahaja yang keras kepala. Dan dia teringat pula kejadian siang tadi. Dimana dia tiba-tiba sahaja tidak boleh menggerakkan badannya. Sebenarnya, dia sedar ketika semua itu terjadi. Cuma, dia tidak mahu merisaukan abangnya. Ketika itu, dia tidak boleh berbuat apa-apa. Badannya tidak boleh digerakkan mengikut kemahuannya. Seperti ada yang sedang mengawal. Nasib baik ada Frohs. Kalau tidak, habislah dia.

Tangannya yang sedang menyisir rambut itu berhenti. Badannya sekali lagi menjadi kejang. Dia tidak boleh bergerak. Oh tidak! Sekali lagi!

Dia tiba-tiba bangkit dari duduknya. Matanya sekali lagi bertukar kuning. Badannya seolah-olah sedang dikawal. Apa yang dia buat, apa yang terkeluar dari mulutnya, semuanya bukan di atas kemahuan dia.. Seakan-akan dia diikat di dalam badannya sendiri.

"Tuan.." mulutnya bertutur tetapi hatinya sudah menyumpah seranah gerangan yang telah menjadikan dia seperti boneka bernyawa itu.
"Kemana kau nak bawak aku, setan?"

Pearl berenang keluar dari tingkap biliknya dalam keadaan tersenyum. Dan dia akhirnya hilang dari pandangan.

.................................................................

Nah, ambiklah. Double update. 😉😉

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now