Kerana Adam Iskandar

jojobentelis tarafından

2.6M 88.3K 2.6K

Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusa... Daha Fazla

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19 (The Confession)
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34 (The Real Lies)
Bab 35 (The Real Pleasure)
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39 (The Azrah)
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70 (The Fani)
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Epilog
Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita

Bab 27

30K 1K 27
jojobentelis tarafından

Alya tak senang duduk di dalam kelas. Apa yang diperkatakan Tasha tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Buntu pulak otak dari proses benda alah ni.

Kenapa dia tak pernah bagitahu aku benda ni..Alya bersalah.

Tasha kawan baiknya yang dia paling percaya dan penyimpan segala rahsia dia selama ini, Hariz pula suami dan lelaki yang dia sudah 'crazy in love' dan juga ayah kandung...(ulang ye) ayah kandung kepada anaknya, Adam. Apa nak buat ni. Alya mula tak focus. Dia menjerit membuatkan semua orang di dalam kelasnya menumpukan perhatian pada Alya.

"kalau nak jerit macam orang gila. Sila keluar." marah Puan Naemah tegas. Alya menunduk malu bila semua orang pandang dia.

"princess are you okay?"

(Dah Shabbar ni pulak problem. Orang tengah runsing kepala, boleh pulak dia princess kan Alya)

Alya tunjuk senyum kelat pada Shah. Dia cuba untuk focus tapi tak boleh.

Alya mencari Tasha waktu rehat. Dia terlihat Tasha sendirian sedang makan. Dia berjalan pantas ke meja Tasha. Lain yang dia nak jumpa, lain yang dia jumpa bila dia bersemuka dengan Athirah setelah hampir 4 hari sekolah bermula, baru harini Alya nampak dia.

"Hey Slut Hariz. Cepatnya nak jalan." tegur Athirah menolak bahu Alya. Alya terkejut. Dia pandang Athirah marah. "Asal kau pandang aku macam tu? Nak marah?" tambah Athirah. Alya menggenggam penumbuk tahan amarahnya. Dia terus berjalan meninggalkan. Buat hilang saja moodnya.

***

Kebetulan Alya turun ke bawah untuk meletakkan buku yang disuruh Cikgu Ali. Alya turun dari tangga. Usai meletakkan buku, dia dipanggil Puan Aisyah dari pejabat melambai ke arahnya. Alya menoleh dan berjalan ke arah Puan Aisyah yang hilang dari pandangan mungkin dah masuk balik terlebih dahulu.

Hampir nak gugur jantung Alya berdegup laju. Dia terlihat Hariz sedang duduk di kerusi pejabat. Hariz tak pandang Alya walaupun dia tahu Alya sedang pandang dia.

"Alya!" Puan Aisyah menegur Alya. Alya terkejut. Dia pun pandang Puan Aisyah dan tak menghiraukan Hariz. "Awak tolong bawa Hariz ni pergi jumpa Encik Bakar dekat Library." arah Puan Aisyah. Alya terkejut.

Apa perasaan Tasha kalau dia nampak?

Alya pandang Hariz. Hariz diam dan sudah berdiri. Alya mengangguk lambat. Dia menyambut huluran beberapa fail dari Puan Aisyah. Mereka berjalan ke library yang terletak di tingkat 3 sekolah itu.

Memang malang betul bila Alya dalam perjalanan ke Library boleh pulak terserempak dengan Tasha. The fuck! Tasha baru nak senyum dekat Alya tapi senyumannya pudar bila dia nampak Hariz dibelakang Alya dengan baju kemeja putih lengan lipat buat semua gadis jatuh hati. Dia terus beredar dari situ. Muncul perasaan bersalah Alya dekat Tasha.

Alya mengetuk pintu bilik Encik Bakar sebelum masuk. Hariz ditinggalkan di dalam bilik bersama Encik Bakar. Alya tak pandang Hariz langsung.

Ni mesti dah ada orang minat ni. Bukan main poyo lagi...bisik hati Hariz memandang Alya keluar bilik.

***

Alya sedang tidurkan Adam di sebelahnya di dalam bilik. Manakala Hariz pula sedang mandi. Sejak mereka tinggal hanya bertiga. Hariz selalu pakai pakaian yang mencolok mata. Tahulah badan tu ada potongan walaupun takde bentuk abs. Perut pula semakin buncit. Bak kata orang tengah bahagia. Lol!

Alya masih tak boleh berhenti fikir perihal suami dan kawan baiknya punya problem. Dia perlukan penjelasan di atas semua benda alah ini.

Hariz masuk ke dalam bilik yang hanya bertuala. Hariz pun macam Alya terus lompat naik katil. Dia meniarap di hadapan Adam. Mukanya dibenamkan di perut Adam.

"Awak! Serious lah sikit. Anak nak tidur kan?" tegur Alya suaranya beza sedikit seperti selalu. Pahal moody semacam je ni. Bendera merah ke apa.. Hariz bermonolog.

Hariz terdiam tak bersuara. Dia bangun semula dan pakai seluar pendek sebelum kembali baring di katil. Bila Hariz merebahkan dirinya di katil, Alya segera baring membelakangkan Hariz.

"kau apahal ni? Aku buat salah ke?"

Alya toleh pada Hariz. Mukanya seperti muka orang buntu, kecewa dan seperti perlukan penjelasan.

"awak sayang saya tak?" Soalan itu pula yang terpacul di bibir Alya. Hariz agak terkejut tapi dia buat muka biasa. Dia diam tak bersuara. Hariz pusing membelakangkan Alya dan tak menjawab. Alya semakin marah bila soalannya tak dilayan Hariz. Tangan dia mencuit bahu Hariz. "awak!" suara Alya semakin keras.

"Kau diam lah Alya. Esok kita bincang pasal ni. Tidur lah." Jawab Hariz. Tak lama kemudian, suara dengkuran Hariz sengaja dibunyikan agar Alya percaya dia dah tidur. "awak!" "awak!" Lama-lama suara Alya pun diam tak dengar dah.

Hariz terjaga nak kencing punya pasal. Dia berlari ke bilik air. Dia mengucapkan syukur setelah membuang air yang sepatutnya dibuang. Dia berjalan masuk ke bilik semula. Dia berhenti dan pandang pada wajah Alya yang sedang tidur dan mencangkung di depan Alya. Perlahan-lahan dia mengusap rambut Alya.

"Iblis mana dah rasuk kau ni tanya benda bukan-bukan. Alya...Alya." Hariz  tergelak sendiri. Dia mengusap pipi Alya pula. "Ye aku sayang kau. Aku sayang Adam. Yang penting aku takkan lepaskan kau. Itu janji aku." Bisik Hariz.

"Jangan macam ni lagi Alya." ujar Hariz lagi sebelum mengucup dahi Alya. Dia tergelak sambil geleng kepala dan kembali baring. Tak lama kemudian, dia kembali tidur.

Waktu mencumburui Alya bila subuh menjelma. Bunyi alarm phone Alya mencucuk-cucuk gegendang telinganya. Dia bermalasan tapi tetap bangun untuk ke sekolah seperti biasa dia menoleh dan memandang kedua-dua hero hatinya. "Morning Heroes!" Alya melambai dan berlalu keluar dari bilik dan ke bilik air untuk mandi.

"Awak! Bangunlah!" Lembut Alya menggerakkan badan Hariz. Hariz mamai. Dia tak banyak bunyi pun keluar dari bilik untuk ke bilik air.

apasal pelik sangat dia ni fikir Hariz semasa sedang menggosok kepalanya dengan sabun di dalam bilik air.

Usai mandi, dia kembali ke dalam bilik. Alya pandang Hariz yang hanya bertuala di pinggang. Dia mengelip mata pada Hariz sambil bawah bibirnya digigit. Hariz berkerut dan terus pandang tempat lain. Dia takut kalau terus-terusan dia pandang, boleh naik nafsunya di pagi hari. Jangan buat naya Riz. Anak kau ada tu. Marah fikiran Hariz.

"seksi awak pagi ni." kata Alya. Hariz semakin takut pula dengan mood bini dia pagi ni. Hariz segera capai seluar slacknya.

"awak!" panggil Alya dengan suara yang menggoda lain dari biasa.

"jangan nak naikkan benda yang tak sepatutnya naik pagi ni." kata Hariz menyarungkan kemeja biru laut di badannya. Alya terdiam dia terasa loya bila Hariz cakap benda-benda macam tu. Eeeey gelilah.

***

Alya terserempak dengan Afiq di kantin. Mereka pun duduk sama-sama. Bila kelibat Tasha takde, Alya tahulah yang mungkin Tasha tak datang sekolah.

"Tasha datang tak?" Alya saja inginkan kepastian dari Afiq.  Afiq menggeleng. Dia masih buat muka biasa sampailah bila Alya terus-terusan pandang dia dan mulalah air mukanya berubah. Ditanya kenapa, Afiq menggeleng. Puas dipujuk barulah Afiq bercerita pada Alya.

"Kenapa kau tak bagitahu dia?" Tanya Alya. Afiq menggeleng lagi. "Dengan perempuan keras macam Tasha, dia nak ke lelaki yang patah macam aku. Dan yang paling penting aku bukan Batman yang sama-sama dengan Wonder Woman untuk selamatkan dunia macam dia selalu imagine." sebak hati Afiq. Alya kesian lihat Afiq yang sebenarnya dia ni handsome tapi semua orang tak nak dia bila dia berkawan dan perangai macam perempuan. Tapi tak pernah pulak terlintas di fikiran dia untuk tukar jantina.
"Sabarlah Fiq. Lepas ni kau kena keras sikit untuk tawan hati Tasha." nasihat Alya pandang Afiq dengan simpati. Afiq menyedut hingusnya.

"kau tahu kan pasal Tasha suka Hariz?"

Alya senyum. Matanya dipejam dan mengangguk. Sesungguhnya itu sungguh perit bila kawan baiknya cintakan suaminya. 

*anotherupdate

sorry mungkin chapter ni kurang wow sebab kepala sedang banyak fikir.

Next Chapter akan ada confession dari Hariz *maybe*... Lol!

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

6.1M 175K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
618K 39K 79
1ST TEENFICTION BY _AISYWA [ TEEN FICTION+ROMANCE ] Cover by, @MisZnerD Kisahnya bermula saat pindah ke sekolah baru yang membuatkan dirinya penuh ke...
1.9M 82K 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Da...
6.7K 670 10
Amir Luthfan. Ara Adelia. Daripada kecil sehingga ke besar, mereka tak pernah berpisah lama-lama. Hubungan persahabatan yang telah terbina selama 18...