SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️

Af nunaleee_

520K 14.1K 703

{COMPLETE STORY} ✔️ Bukan dipaksa kahwin tetapi atas kerelaan sendiri. Mampukah Syed Imran menawan semula hat... Mere

ONE
TWO
NOTED
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
NOTED
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
NOTED
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
NOTED
TWENTY ONE
HAPPY
TWENTY TWO
TWENTY THREE
TWENTY FOUR
TWENTY FIVE
TWENTY SIX
TWENTY SEVEN
TWENTY EIGHT
TWENTY NINE
THIRTY
THIRTY ONE
HAIIII
THIRTY TWO
HAIII
HAIIIII
TITLE BARU
THIRTY THREE
THIRTY FOUR
THIRTY FIVE
SORRY
THIRTY SIX
THIRTY SEVEN
THIRTY EIGHT
THIRTY NINE
FOURTY
FOURTY ONE
FOURTY TWO
FOURTY THREE
FOURTY FOUR
FOURTY FIVE
TEASER
FOURTY SIX
FOURTY SEVEN
FOURTY EIGHT
FOURTY NINE
FIFTY
FIFTY ONE
FIFTY TWO
FIFTY THREE
FIFTY FOUR
FIFTY FIVE
FIFTY SIX
Epilog
SC |
SC / QA ?
SC ||
#nakcakap

SC||| ending

8.5K 174 22
Af nunaleee_

Special promote ;
nrraqllh my big girl

Korang boleh tak pergi to her profile and do add her story to your favlist tau! Sincerely ; kak nurul 👧🏻💞

🌸🌸🌸

Apabila aku melihat Syafra sudah terlena dipangkuanku, aku mengambil iphone 6 ku lalu mendail number mummy. Takut pula dorang risau sebab aku hilang.

"Hello assalamualaikum mummy. Ye ni Azran dekat luar dengan Syafra," tuturku lembut sambil menepuk badan Syafra bagaikan menidurkan bayi.

"Dia tidur my badan panas sikit. Kejap lagi Azran bawa pergi klinik. Iyan dengan Dani meragam tak my? Nak susu ke sebab dalam kereta Syafra ada susu dorang ni," ujarku lalu kepalaku tertoleh ke arah seat belakang lalu ternampak beg susu yang kebiasaannya Syafra bawa. Ibu mithali sungguh sayang ni.

"Ha okay. Apa apa inform Azran tau my. Ye waalaikumussalam," terus iphoneku letak ke dashboard dan aku kalihkan pandanganku ke arah cinta hati aku depan aku tika ini.

Aku membuka coat tuxedoku lalu aku sarungkan ke badan Syafra bagi mengurangkan sejuk. Nasib baik dekat dalam aku dah pakai kemeja putih. Aku tahu semua ni Syafra yang sediakan awal-awal lagi. Kalau tak takkan aku satu keluarga memakai baju sama hari ini.

"By mintak maaf sayang pasal semalam. Tak sepatutnya by dengar cakap Lin. By tahu sayang by jujur. By tahu sayang isteri yang taat. By je selalu buat salah dekat sayang. By minta maaf sayang," ujarku lalu mencium umbun kepalanya yang masih dilitupi tudung itu. Badannya pula masih kemas didalam pelukanku.

"Hmmmmm.." satu pergerakan Syafra membuatkan aku tersenyum kecil lantas aku menepuk lembut badannya agar dia tidur kembali. Ini juga adalah salah satu cara Syafra menidurkan aku dan juga anak-anakku. Dengan sentuhan lembutnya itu membuatkan aku boleh terlena. Begitu juga ndengannya. Kalau tidak takkan boleh lena sampai taknak bangun.

"Pergi klinik eh?" Soalku manja sambil mengusap kepalanya.

"Hmm taknak.......nak abyy....." rengeknya manja didada bidangku. Ni satu lagi perangai manja Syafra. Kalau sakit paling liat nak pergi klinik. Sudahnya peluk jelah aku sampai sihat. Kalau paksa lagilah dia menangis.

"Okay okay tak tak. Peluk aby eh. I you sayang. I will make sure im not hurt you again sayang. By janji,"

------------

"By sarapan dah siap!!!!" Aku menjerit memanggil Azran yang dari tadi tak turun turun. Katanya nak bersiap masalahnya dah setengah jam ni takkan lama pulak sikat rambut.

"Yee dah siap ni. Bising la ibu ni," bebel Azran lantas membetulkan butang baju yg terakhir manakala tangan kanannya masih lagi memegang tie. Hai macam biasalah. Dah 3 tahun kahwin masih lagi nak Syafra yang pakaikan. Katanya pagi pagi kena tenung isteri baru semangat nak pergi kerja. Mengada!

"Stop it aby tenung orang macamtu. Dekat ofis tenung lagi tak muak ke?" Soalku lantas merenung kasih anak matanya yang masih memandangku. Satu kucupan hinggap didahiku. Dah biasa dah rutin pepagi macamni.

"By takkan pernah muak lah tenung manja aby sorang ni. Pelengkap aby kan? Taksuka ke? Taksuka taknak lah buat lagi hm," rajuknya lantas menarik kerusi lalu menghenyakkan punggungnya disitu.

"Alolo baby besar ni. Nape eh sensitif lately ni?" Ujarku lalu mengusap pipinya. Matanya masih lagi merenung pinggan.

Azran. Lain! Patutnya aku yang lain.

"Hish tepilah" marahnya lalu menolak aku kebelakang sedikit. Aku mengundur lalu memberi laluan kepadanya untuk kedapur.

"By....sorrylah sayang tak sengaja. Janganlah buat sayang macamni. Saya mintak maaf aby," tubir mataku yang panas dari tadi mula mengeluarkan cecair jernih.

Azran yang baru ingin bergerak ke pintu rumah mula berpaling ke arahku. Azran melajukan langkahnya dan terus kepalaku didakap. Airmataku tidak henti mengalir. Entah kenapa aku mula rasa cengeng akhir akhir ni.

"Shhhhh sorry sayang. Aby pun tak sengaja. Aby tak sedar yang sayang terasa. Dah dah takmau nangis eh. Habis dah cair make up manja aby ni, comelnya bibir tercebet macam Iyan dengan Dani lah sayang ni," pujuknya lalu mengelap airmataku sambil merenung kasih mataku yang masih berair.

Aku hanya merengus lalu sengaja aku kesat mataku yang berair didada Azran yang berlapis dengan kemeja putih itu. Berkesan. Azran hanya tergelak kecil melihat perbuatanku itu.

Setelah lega barulah aku mengangkat mukaku lalu terus kakiku melangkah untuk beredar. Belum sempat aku berpusing, tangan kananku disambar. Siapa lagi lahai kalau bukan suamiku yang tercinta.

"Hei merajuk lagi ke? By dah minta maaf kan?" Soalnya dalam nada lembut. Sis takboleh tau! Cepat cair dengan suara lembut suami sis ni.

Aku hanya menggeleng lantas menguntum senyuman. Azran menghadiahkan satu kucupan kasih didahiku.

"Tak merajuklah. Sayang nak kemas kejap. Nak pergi kerja kan..." balasku sambil mengusap pipi Azran manja.

"Yelah.... jangan lama sangat. Aby rindu," lantas cubitan halus aku hadiahkan dipinggangnya.

"Mengada!!!!"

"Heyyy im your hubby okay," balasnya lalu mengenyitkan mata. Aku tergelak besar. Duhaii bahagianya hatiii!

------------

Kebahagian aku kini adalah keluarga kecilku. Lengkap. Makin hari makin bahagia. Nak kata gaduh tu tipulah tak ada. Tapi biasanya dua dua akan mengalah. Yelah kahwin pun dah dekat 3 tahun lepastu kalau gaduh mesti ada Iyan dengan Dani. Takkanlah nak gaduh depan dorang.

Izz Daiyan dengan Izz Danial pula sekarang dah nak masuk 2 tahun. Kejap je masa berlalu. Walaupun dorang belum lincah berjalan, tiap hari kalau boleh mummy dengan Daddy mesti akan datang amik kembar. Jadi, aku dengan Azran kenalah buat ala ala macam pengantin baru sebab dua kembarku tak ada.

Ada jugak rasa macam cemburu sebab belum sempat bermanja, mummy dah datang kidnap dorang. Tapi nak buat macam mana dah anak aku je yang masih kecil sebab tulah jadi perhatian mummy dan daddy. Kenalah mengalah.

"Puan? Termenung apa? Puan okay tak? Dari tadi saya tengok muka puan pucat. Nak saya panggil boss ke?" Tegur Lina, secetary baru suamiku. Aku tersentak lantas menguntum senyuman kepadanya.

"Ha? Saya okay. Tak takpa takpayah dia tengah busy kan," ujarku lantas menghalang Lina supaya dia tidak memanggil Azran. Azran tengah ada client. Takkan aku nak ganggu.

"Betul ni puan? Puan nak makan? Atau sakit kepala? Kalau nak makan saya belikan. Ni tengah lunch hours," pelawanya pula. Aku hanya menolak lembut. Aku takda mood nak makan. Aku rasa badanku lemah je harini. Lepastu mual mual. Takkanlah.....

Apabila Lina sudah beredar, tekakku terasa ingin meratah milo. Dengan pantas kakiku menuju ke arah pantry. Sempat juga aku mengerling ke arah bilik mesyuarat yang menempatkan suamiku, seorang gadis mungkin itu kot client dan juga abangku Iliyas.

Sesampainya aku dipantry, terus paket milo 3 in 1 itu aku capai. Aku koyakkan sedikit dihujungnya dan aku mula meratah. Tah sejak bila tabiat ni timbul. Aku jadi gian pula. Sedang aku seronok meratah, perutku tiba tiba senak. Nak kata memulas tak. Nak kata gastrik pun tak. Dengan pantas terus aku berlari ke arah toilet. Ni je jalan selamat!

-----------

Iliyas pov

"Yan? Dah lunch hours taknak stop dulu ke? Syafra tunggu kau kan. Jomlah makan dulu kejap lagi sambung," cadangku apabila aku melihat Azran seperti tidak mahu berhenti menerangkan projek terhadap gadis ini.

Azran mengangkat kepala kepadaku lalu meneruskan perbincangan semula. Aku merengus. Gadis itu pula hanya tersenyum simpul. Aku sudah mula berasa tidak selesa sebenarnya.

"Takpalah Iliyas, gerak dulu. Sikit je lagi ni. Ha bawaklah Syafra makan dulu eh," ujarnya tanpa memandangku. Aku pelik. Aih? Senangnya suruh aku bawak bini dia? Habistu dia nak duduk berdua dalam ni? Memang taklah.

Belum sempat aku bercakap, ada seseorang menolak daun pintu bilik mesyuarat yang kami duduk.

Syafra? Kenapa ni? Muka dia pucat. Lepastu macam baru lepas menangis.

"By.... sayang nak balik... sakit perut," ujarnya dalam sendu sendu. Aku lihat wajah Azran tidak ada riak risau pun. Aku pulak yang naik hangin lantas aku begerak menuju kearah Syafra lalu memapahnya.

"Byyy jomlahhh," airmatanya kian meluncur laju. Kesian pula aku tengok. Azran pula membuat isyarat mata kepadaku. Dia ni isteri tengah sakit boleh pentingkan kerja dari keluarga. Takfaham aku!

"Hmm sayang pergi dengan abang Iliyas eh? By nak terangkan sikit je lagi. Boleh eh? Yas please. Kejap lagi aku balik. Apa apa inform aku,"

"Kau Azran! Kerja pentingkan? Pergi mati! Dah jom dik," tersentak Azran dibuatnya. Tapi aku kisah apa. Patutnya lebihkan keluarga.

Tanpa berlengah terus aku papah Syafra untuk menuju ke arah lift. Sempat juga aku lihat dia menekan perutnya.

"Abang...... nak Azran...." rengeknya sambil menyembamkan kepalanya dilenganku. Inilah Syafra manja. Takda Azran semua benda tak kena. Confirm nangis tak berhenti selagi Azran takda depan mata.

"Shhhh dah dah japgi Azran datang eh? Abang bawak adik pergi klinik jom. Jangan nangis eh abang ada sini," Syafra mengangguk lemah. Sesampainya dikereta ku, aku terus membaringkannya di seat penumpang. Muka pucatnya membuatkan aku resah. Marah marah aku pun, aku masih ada belas kasihan. Azran tak patut buat Syafra macamni.

Dengan pantas, aku menekan pedal keretaku untuk menuju ke arah klinik. Kesihatan Syafra membuatkan aku risau berganda ganda. Entahlah mungkin ini kali pertama aku melihat Syafra merengkok sakit seperti ini. Sebabtu kot Azran macam tak risau sangat.

-----------

Azran pov

Setelah selesai semuanya, aku mengajak Zarina iaitu clientku untuk menjamu selera di cafeteria di bawah. Sememangnya aku rasa seperti tidak sedap hati tapi cepat cepat aku usir perasaan itu.

Ketika kami lalu diruang reception, Lina menegurku membuatkan langkah kami terhenti.

"Eh bos takbalik ke? Habistu siapa hantar puan? Tadi saya tengok muka puan pucat. Puan sakit ke?" Soalnya bertalu talu. Aku tahu Lina sangat prihatin terhadap semua staff didalam office ini. Persoalan yang dibuat membuatkan aku termangu sendiri.

"Err Iliyas yang hantar. Hm Lina nanti apa apa saya inform eh? Saya turun dulu. Jom Rina," dengan segera aku mengajak Zarina untuk berlalu pergi. Aku bukan apa aku segan dengan Lina. Perihal isteri pun taktahu.

"Er kenapa you nak cepat ni? You malu ke I dengar semua?" Soal Zarina ketika kami berdua turun di lobi. Aku hanya tersenyum kelat.

"Eh tak. I okay je. Takdelah dia tu busybody sikit,"

"Okayyy. So jom!" Ujarnya riang lalu kami sama sama melangkah masuk kedalam cafeteria tersebut. Perihal Syafra aku usir jauh jauh. Semoga tidak ada perkara buruk yang berlaku.

----------

Syafra pov

Aku melangkah keluar dari perut kereta abang Iliyas dengan penuh berhati hati. Kesakitan perut yang aku alami tadi telah beransur pulih sedikit demi sedikit apabila doktor memberitahu bahawa aku mengandung 3 minggu. Bertapa aku sangat gembira saat ini.

"Dik? Makan tau! Tu nak sangat bubur ayam kan. Tak makan adik siap," marah abang dari dalam kereta. Aku hanya menayangkan senyuman senget. Malas nak layan. Badan aku pun lemah lagi ni.

"Yelahhhh.... and one more jangan bagitahu Azran tau," ujarku menyebabkan abang menayangkan muka terkejut.

"Eh apesal?!!!! Tu kan anak dia jugak. Adik jangan eh. Kalau gaduh adik memang kena dengan abang," marahnya. Tapi aku buat dengar tak dengar je.

"Hish no lah!" Jawabku lalu dengan pantas aku menutup pintu kereta kasar. Dengan sepantas kilat aku sudah berada di dalam pagar rumahku. Bunyi hon kereta abang aku endahkan sebab aku tahu dia nak membebel lagi. Penatlah dengar.

Jam mengingjak pukul 7 malam. Namun, kelibat Azran masih tidak kelihatan. Entahlah aku sebenarnya kecik hati dengan perangai Azran harini. Dulu dia lebih pentingkan keluarga dari orang lain. Tahulah client dia tu muda, cantik. Nak dibandingkan dengan aku? Takdalah jauh beza cuma aku ni muka mak mak kot.

Jangan-jangan dia ada affair tak?

"Eh Syaf jangan fikir bebukan takbaik untuk kandungan kau. Nanti stress!" Ngomelku sendirian.

"Tapi mana baba eh baby? Selalunya dia akan call. Dia tak risaukan ibu ke? Hmmm takpalah kita call abang Iyan dengan abang Dani eh?" Terus aku capai iphoneku disebelah untuk bercakap dengan dua heroku.

Apabila talian disambung, terpampang muka mummy dengan senyuman lebarnya. Ops facetime sebenarnya!

"Assalamualaikum mummy!" Panggilku riang. Excited nak cakap dengan kembar sebenarnya hehe.

"Waalaikumussalam. Amboi excitednya. Kenapa dah rindu kembar ke?" Mummy sengaja mengusik lalu dikalihkan telefon pintarnya ketepi. Anak kembarku riang bermain dengan atuknya. Mainan keliling bersepah. Banyaknya! Terlopong aku dibuatnya.

"Rindulah. Dah dua hari mummy kidnap anak Syaf. Tak adil ni mummy!" Rajukku membuatkan mummy ketawa besar. Kedua anakku seperti tahu je ibu tengah bercakap. Seolah olah dia faham apa yang kami bualkan.

"Alah sabtu ni mummy hantar eh? Adam mana Syaf? Dah pukul 7 lebih. Eh bukan korang sepatutnya balik sama ke?" Soal mummy pelik. Aku hanya mengeluh.

"Hei berat nampak keluhan tu?" Soal mummy menyebabkan airmataku tiba tiba turun. Taksempat aku pusingkan kamera. Mummy nampak aku menangis. Habislah!

"Dia balik lambat mummy. Sibuk kut," aku cuba membela Azran. Takut kalau mummy syak bukan bukan.

"Hei balik lambat pun takkan sampai Syaf menangis. Bagitahu mummy dia buat apa," tegas mummy. Mummy begitu sayangkan aku sampaikan kalau Azran buat apa apa mummy akan desak aku cerita. Aku bukannya buka aib suami tapi aku ni cengeng orangnya sikit sikit nak Azran. Tu yang kalau Azran buat apa apa dekat aku mesti aku akan temengadu.

"Mummy.... Syaf preg..nant" aku bagitahu mummy sendu dengan linangan airmata yang bersisa. Aku lihat mummy seperti ceriaa. Tidak seperti muka marah tadi.

"Be-betul ke Syaf? Bang menantu kita pregnant lagi bang alhamdulillah. Iyan, Dani ibu dapat baby lagi!" Ujar mummy ceria sambil menggoyangkan telefon bimbitnya. Aku lihat kembarku juga seronok.

"Betul my. Okaylah my dah azan ni Syaf nak bersiap solat ye. Mummy jaga diri. Kalau dua kembar tu buat hal hantar cepat tau Syaf belasah dorang. Assalamualaikum mummy, daddy,"

"Okay Syaf. Jaga diri juga. Waalaikumussalam,"

-----------

Aku yang terlena di atas sofa terjaga apabila terdengar bunyi pintu rumah dibuka menggunakan kunci. Azran rasanya. Aku kembali tidur semula walhal dalam hati kalau boleh nak pergi meluru kearah Azran dan peluk erat erat.

Tapi aku tahu. Aku tak sepatutnya bertindak begitu. Hati aku masih sakit perihal pagi tadi.

Bunyi derapan kaki Azran menandakan dia tidak sedar akan kehadiran aku disofa malah kakinya diatur ke atas mungkin kebilik untuk membersihkan diri. Hatiku sedikit rapuh dan sebak. Azran dah tak nampak kewujudan aku ke? Dengan hati yang sebak aku kembali melelapkan mataku.

Azran pov

Aku melangkah ke kamar tidur kami dengan lemah longlai. Sungguh penat harini. Ingatkan lepas selesai meeting dengan Zarina bolehlah balik rumah jumpa Syaf, alih-alih terpaksa hadir meeting Iliyas. Nak buat macam mana dah satu syarikat kan.

Tombol pintu aku buka. Gelap. Mungkin Syafra dah tidur. Aku tidak mahu mengganggu lenanya lalu aku terus masuk kebilik air untuk membersihkan diri. Nasib baik dah solat dekat masjid.

Dengan sepantas kilat aku sudah berada di atas katil. Fuh sungguh lega dapat jumpa tilam sendiri. Tapi aku aneh. Mana Syafra? Kenapa kosong ni?

Aku terus bangun dari pembaringan. Dadaku sudah berombak kencang. Dari sejuk terus berpeluh peluh badanku sehingga ke kepala. Aku memproses kejadian siang tadi.

"Allahu aku lupa. Aku tak teman dia tengahari tadi. Tapi takkan Syafra merajuk? Apa kau kau nak buat Azran?!!!" aku bangun dari katil lalu menekan punat lampu. Tiba tiba mataku tertancap ke arah satu objek. Beg Syafra!

"Maknanya sayang ada dalam rumah lah kan?" Bermonolog aku sendirian sambil menyelongkar beg tangan Syafra. Sedang aku menyelongkar, aku tergamam apabila tanganku memegang satu alat ujian kehamilan. Aku kenal benda tu. Dengan pantas aku mengeluarkan benda tersebut perlahan lahan.

Mataku terbeliak.

"Saa....yanggg? Allahu syukur alhamdulillah! Ya Allah sayang! Mana sayang by nak peluk sayang!" Tanpa berlengah terus aku buat sujud syukur didalam bilikku dengan sebak dan linangan airmata. Tidak aku sangka bahawa Allah memberi kami zuriat lagi untuk kali kedua.

Apabila linangan aku sudah reda, aku terus berlari untuk mencari Syafra dibawah. Aku nak peluk dia kuat kuat. Aku nak mintak maaf. Sepatutnya aku yang bawa dia pergi klinik tadi. Aku dapat rasa Syafra merajuk. By mintak maaf sayang.

Dengan pantas kakiku sudah menuju ke ruang tamu. Aku lihat sekujur tubuh merengkok kesejukan diatas sofa sambil tidurnya beralaskan lengan. Aku sebak. Aku tak teman dia pergi klinik tapi dia masih tunggu aku balik kerja. Suami jenis apa kau ni Azran?

Dengan perlahan aku mengagkat tubuhnya yang kecil itu lalu dibawah masuk ke bilik ruangtamu dibawah. Setelah badannya selesa barulah aku berbaring disebelahnya. Comfoter aku tarik ke paras dada. Lenanya tidak aku ganggu malah aku merenung mukanya yang bersih itu. Syafra si garang, si manja, si cengeng bakal dapat baby lagi? Tak sabar nak tengok dia kendong perut sekali lagi. Mesti comel.

"By love, sayang, cinta dekat sayang sorang je tau! Bukan orang lain tau! Esok bangun jangan merajuk tau. By nak hug sayang besok lepastu sayang hug aby jugak tau! Besok baba bacakan surah maryam eh? Malamni baba penat sangat. Jangan susahkan ibu tau," ngomelku sendirian lalu mengucup syahdu dahi dan kedua pipi isteriku. Perlakuanku sikit tidak mengganggu lenanya malah tidak berganjak.

"Goodnight sayang, goodnight baby," ujarku lalu memeluk tubuh Syafra erat seperti tidak mahu melepaskannya.

Dalam diam rupanya Syafra dengar setiap percakapan dan perlakuan Azran tetapi dia tidak mahu bangun kerana hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Dengan sisa kantuknya, Syafra juga turut terlena semula.

-----------

Harini genap seminggu Syafra masih membisu. Aku tak betah bila dia diam begitu. Aku tahu aku salah. Sebab aku lebih memlih menolong orang lain berbanding dia. Aku tahu dia terasa lagi lagi masatu hormon mengandung dia dah sampai.

Tapi dalam dia diam, dia masih memasak, mengemas, tidur pun dengan aku. Cuma awal-awal ni aku tak bagi dia kerja aku suruh dia cuti. Lepastu bila aku suruh cuti mulalah mulut dia kata aku nak suruh Zarina kerja dan masatu jugak dengan tak sengaja aku termarah dia.

Tahu apa jadi? Seharian dia kunci bilik bawah lepastu menangis. Besok pagi bangun mata dah sembap. Bila aku nak tengok dia lari-lari dan kejadian tu berlarutan sehingga hari ini. Aku tahu Syafra tengah tengok tv dekat bawah. So ini masanya aku sebagai suami kena ambil tindakan. Kena slowtalk kalau tak sampai bila nak jadi macamni.

Aku hampirinya yang sedang terlentok kepalanya di kepala sofa sambil menonton tv.

"Sayang..... By nak cakap sikit boleh?" Lembut bicaraku lalu bersimpuh hadapan sofa iaitu mukaku separas dengan dadanya kerana aku berada dibawah. Sengaja aku berbuat begitu sebab aku tahu kalau aku duduk sebelah senanglah dia nak lari.

"Taknak...." ujarnya dengan suara serak dan mengalihkan pandangan ke luar. Alala mulalah tu nak nangis. Aku tahu dia nak bercakap dengan aku tapu rindu dengan ego bercampur.

"Nak jugak. Sayang dengar eh?" Baru aku ingin memulakan percapakan tiba tiba dia bersuara.

"Takpayah. By dah tak sayang orang. By taknak tolong orang masa orang sakit. Orang nak aby. Masatu nak aby bukannya nak abang Iliyas. Biasanya aby akan risau bila orang sakit. Aby dah lain. Aby selalu dengan Zarina je. Orang siapa? Orang tahu by busy tapi takkan takda sikit masa aby dengan orang," ujarnya sambil mengelap kelopak matanya yang mengeluarkan airmata tak henti henti. Aku jadi sebak dan terkejut. Aku ingin memeluknya tetapi Syafra tolak.

"Aby tahu ke orang tak lunch sebab tunggu aby? Orang sanggup redah hujan sorang sorang pergi bungkus makanan untuk aby sebab nak makan sesama tapi aby dah makan dengan Zarina. Orang tak sihat 2 hari tapi aby busy sangat sampai jumpa orang pun kejap je lepastu nak cepat. Orang kecik hati dengaj aby. Dahla orang taknak dengar aby cakap. Kalau nak mintak maaf orang maafkan. Dah tepi," marahnya lalu ingin melangkah pergi tapi aku sempat merentap tangannya menyebabkan Syafra jatuh keribaku. Aku ambil kesempatan untuk memeluknya erat supaya marahnya reda. Tangisannya menjadi jadi. Aku tahu hatinya sakit sangat. Aku yang buat dia jadi macamtu.

"Shhhhh dah dah. Aby tahu aby salah. Aby taktahu sayang buat semua untuk aby. Aby jahat. Ye sayang cakaplah apapun aby terima. Aby busy sampai abaikan sayang aby ni. Aby busy sayang masih ada dengan aby. Aby je taknampak. Aby mintak maaf sayang," ujarku lalu merapatkan kepalaku disisi kepalanya. Syafra menangis, menggigil dan meronta mahu dilepaskan tetapi aku masih erat memeluknya sehingga dia akur lalu memeluk lenganku erat.

"Aby jahat! Sayang dah tak sayang aby!!!!!" Marahnya sambil tersendu sendu. Aku diruntun bersalah yang amat sangat. Aku dah lama tak dengar Syafra mengamuk, menangis sebab aku. Aku yang salah. Aku yang buat.

"Shhhh sayang istighfar sayang. Tak elok marah marah. Baby ada dalam tu kan. Dah dah aby ada sayang je. Aby takda orang lain sayang. Sayang je mampu buat semua tu untuk aby bukan orang lain. Aby mintak maaf. Aby janji aby takkan buat lagi. Aby taktahu sayang percaya ke tak dengan janji aby. Tapi aby taknak jadi macamni lagi. Aby nak jaga sayang dengan anak-anak kita. Please sayang jangan macam ni. Aby takut," ujarku lalu mengusap belakang badannya agar bertenang sambil aku selawat ditelinganya.

Syafra kelihatan tenang lalu dilentokkan kepalanya didadaku walaupun dalam keadaan mengiring, aku masih dapat melihat mukanya yang merah dan basah dengan airmata. Tangannya juga masih lagi menggengam tanganku kuat.

Aku mencium umbun kepalanya lalu mendodoi dirinya supaya lena. Syafra kalau lepas menangis mesti tidur sebab dia penat. Penat simpan marah, penat marah, penat semuanya. Tempat tidur memang dekat aku. Tapi Syafra senang dia takkan baling barang. Cukup tahu dia nangis menggigil tu tandanya dia marah sangat.

------------

Hujan lebat diluar sana cukup membuatkan aku rasa sejuk hingga ketulang. Tapi dalam masa yang sama aku rasa tak sedap hati. Aku meraba Syafra disebelah. Takda?!

Automatik badanku terus bangun dan berdiri didepan katil. Tanpa menghiraukan keadaan bilik yang gelap terus aku berlari menuju kebawah mencari kelibat isteriku. Malah diruang tamu, bilik, bilik solat, ruang bacaan dan seangkatan dengannya tak ada. Aku berlari ke atas semula untuk mengesahkan bahawa Syafra betul betul takda ada.

Aku membuka almari baju kami. Baju ada. Beg dia ada. Beralih pula ke meja bacaan. Handbag Syafra masih ditempat yang sama. Tetapi iphonenya sahaja tak ada. Aku mencapai iphoneku lalu mendail number Dania.

"Hello asslamualaikum Nia! Syafra ada dekat rumah you tak? Apa takda?! Ye tahu hujan ni. No bukan you jangan salah faham. Jangan bagitahu mummy dengan daddy okay? Apa apa I inform. Okay sorry ganggu bye!" Terus aku memasukkan iphoneku kedalam kocek seluar lalu mencapai beg dompet dan kunci kereta.

Aku bergerak laju menuju ke kereta. Yang aku fikir sekarang ni keselamatan Syafra. Hujan lebat dengan petir lagi lagi dia keluar tanpa membawa kereta!

"Ya Allah selamatkanlah isteriku dan anakku ya Allah!" Doaku lalu bergerak mencari Syafra. Walaupun hati aku marah dengan perilakunya, aku tahu semua tu pembawakan budak. Anak aku juga. Aku harus cari Syafra sampai jumpa. Dadaku berombak kencang tidak berhenti dari tadi. Sungguh aku risau.

"Dekat manalah sayang ni. Sayang jangan buat aby risau sayang. Ya Allah sayang. Aby tahu sayang marah aby lagi. Tapi kenapa sayang lari rumah.. aby mintak maaf sayang.... ya Allah!!!" Teriakku didalam kereta menyebabkan keretaku sedikit lagi mahu melanggar kereta orang. Dalam otakku hanya berlegar legar tentang isteriku Syafra.

Makin aku mencari disekeliling taman perumahanku makin aku rasa putus asa kerana hujan rahmat ini juga tidak mahu berhenti malah semakin lebat. Allahu!

"Jangan mengalah Azran! Kau sayang isteri dengan anak kau kan? Terus cari Syafra sampai jumpa Azran! Jangan putus asa Azran. Bantu aku ya Allah!" Doaku sambil merintih dan aku masih juga mencari dengan bertemankan cahaya lampu kereta aku sahaja.

Apabila tangisanku reda dan aku juga penat, aku berhentikan keretaku dibelakang pondok bas. Kepalaku mengiring ke arah pondok bas kerana aku melihat ada orang sedang tidur disitu. Aku jadi kasihan. Walaupun cuaca gelap, aku masih dapat melihat bahawa yang berada dipondok bas itu adalah perempuan. Aku tidak boleh berbuat apa apa kerana aku juga takut kalau itu adalah orang yang mahu menyamar.

Ketika aku mahu beredar, hatiku seperti tertarik supaya aku melihat semula pondok bas tersebut. Aku amati perempuas itu memakai baju tidur persis Syafra. Aku jadi teringat Syafra. Belum sempat aku bergerak tiba-tiba jantungku seperti mahu berlari pantas. Aku menoleh semula.

"Sayang!!!" Tanpa menghiraukan hujan yang lebat, terus aku keluar dan berlari ke arah pondok bas tersebut. Aku melihat perempuan yang tidur dipondok bas itu. Mataku terbelik. Memang betul isteriku. Aku menerpa kearahnya. Dia seperti menggigil kesejukan.

"Sayanggg....." panggilku. Dia berpeluk tubuh sambil berpusing ke arahku. Matanya yang basah itu cukup membuatkan aku menangis juga. Tangannya seperti ingin mencapai tanganku dan tanpa berlengah terus aku mengangkat Syafra dan memeluknya kuat. Dia juga berbuat demikian.

"Aa...byyyy see...jukkkkk..." ujarnya menggeletar. Aku tahu dia sejuk sangat sebab baju dia habis lencun. Aku tidak menghiraukan percakapannya malah aku membawanya terus masuk kedalam kereta.

Aku meletakkan Syafra di tempat duduk belakang. Tapi apabila aku masuk ke arah pemandu, Syafra merengek mahu duduk disisiku. Aku akur lantas menariknya perlahan supaya kedepan. Tuala yang aku bawa tadi aku letakkan ditubuhnya. Belum sempat keretaku bergerak, tangan Syafra sudahpun berada dibadanku. Aku tahu dia nak duduk dekat aku. Tapi ni bukan masanya. Aku harus membawanya pulang kerumah dahulu.

------------

Keesokkan harinya, mummy, daddy, Dania dan kembarku awal awal dah datang kerumah. Aku jugak gerun tengok muka mummy sebab muka dia nampak tegang dan seperti mahu marah. Nasib baik ada daddy yang menenangkan mummy.

Kami semua duduk diruang tamu di luar bilikku sementara doktor peribadi merangkap kawan baikku memeriksa Syafra di dalam bilik.

"Apa dah jadi Adam? Jangan ingat mummy taktahu eh? Walaupun Syafra takbagitahu mummy tapi haritu dia facetime mummy tiba-tiba je menangis tau. Adam nak kena ke? Tahukan dia mengandung?" Bebel mummy. Aku hanya diam tak berkutik. Aku tahu aku salah.

"Tah Azran. You kenapa? Apa masalah lagi ni? Haritu I dengar siapa tu cakap you lebihkan meeting dari hantar Syafra pergi klinik kan? Apa masalah you ni?" Kini Dania pula bersuara. Aku masih lagi diam sambil merenung anakku Iyan. Dani sudah terlena dipangkuan Nekmy nya.

"Dah dah jangan bising bising. Kita dengar dulu dari mulut Adam," giliran Daddy membackup aku.

Aku menarik nafas dalam dalam lalu bercerita dari A hingga Z. Dalam aku bercerita sempat juga mummy, Dania dan daddy memarahiku. Mummy sampai nak suruh Syafra tinggal dengannya dan aku keseorangan. Aku bangkang. Memang ingat aku boleh berjauhan dengan Syafra? Cukup 3 bulan dulu. Itupun dah buat duniaku kelam seketika.

Sementara menunggu doktor habis memeriksa, memang aku kena basuh habis habisan dengan keluargaku. Ada yang membuatkan aku tersentak, makan dalam dan seangkatan. Ada juga yang kata kalau hilangnya isteri yang setia boleh murung setahun.

Aku taknak hilang Syafra. Aku sayang dia sangat. Dia je sanggup ada dengan aku susah senang walaupun aku banyak buat perangai. Dia je yang tahan. Takda orang sanggup jadi macam dia. Dia hebat! Isteri yang hebat dan ibu yang hebat kepada anak-anakku.

"Azran!" Panggil Fasirah iaitu doktor yang memeriksa keadaan Syafra. Kami semua bangun dan meluru ke arahnya.

"Kenapa Irah? Wife aku okay kan?"

"Dia okay cuma perlukan rehat secukupnya. Suhu badan dia pun dah 38.9 celcius. Then perut dia tak okay lagi kan? So pastikan dia makan benda yang tak pedas je buat masani seeloknya bubur. And one more pasal baby. Dont worry . Baby masih kuat," ujarnya sambil tersenyum.

"Alhamdulillah!" Ujar kami serentak.

"Okaylah takda apa apa saya balik dulu. Oh ye hm Syafra nak jumpa Azran sorang dahulu. So Azran....." ujarnya. Aku seperti teragak agak mahu bergerak. Aku seperti takut.

"Azran dah pergi tengok isteri kamu tu. Mummy nak hantar doktor kebawah," ujar mummy. Aku hanya mengangguk lalu dengan lemah longlai, aku bergerak menuju ke arah bilik kami. Aku melihat Syafra termenung. Aku duduk disisi katil iaitu disebelahnya. Mukanya pucat. Kesian sayang aby.

"Kena cucuk ke?" Soalku menghilangkan rasa gemuruh. Dia mengangguk lalu mencebik. Eleh nak cakap sakitlah tu. Tahulah takut jarum.

"Nangis tak?" Soalku lalu membelek tangannya yang dimasukkan jarum itu. Ada kesan cucukan jarum di atas tangannya. Mungkin disitu dicucuk untuk memasukkan air. Dia mengangguk lagi tapi masih merenungku. Aik taknak cakap?

"Rindu aby?" Aku sengaja menyoalnya begitu. Dia mengangguk tetapi matanya berair. Mengada betul.

"Nak apani? Kenapa nangis ni? Dah lah buat salah dekat aby. Taknak mintak maaf ke?" Sengaja lagi aku berkata demikian dan tanpa berlengah terus airmatanya mengalir dengan banyak dan tercebik cebik bibirnya.

"Alalalaaaa sayang aby ni. Sini meh dekat aby. Pattt sinii...." aku menariknya untuk bangun. Dia akur tetapi kepalanya dipusingkan ketepi tidak mahu memandangku kerana dia masih menangis.

"Abyyyyy....." panggilnya yang sudah berada didalam dakapanku.

"Yeee sayang kenapa... hm?"

"Rindu aby..." jawabnya dalam tersendu sendu. Aku tersenyum.

"Tahu. Seminggu sayang tak bercakap dengan aby, tak pandang muka aby, tak hug aby, tak gaduh dengan aby mestilah rindu kan?" Aku mengusiknya lagi sambil membenamkan wajahnya didadaku. Syafra meronta. Aku tergelak puas.

"Hmmmm mestilah. Aby buat sayang," ujarnya sambil mengambil bau ditapak tangan kananku. Keadaanya kini sudah berada diatas ribaku.

"Aby mintak maaf eh? Aby takkan buat lagi. Aby tak lama lagi nak dapat anak ketiga. Aby betul betul nak jadi ayah dan suami yang memberi sepenuh perhatian dekat keluarga. Kerja tu kerja juga tapi keluarga perlu diutamakan. Lepasni sayang kena jaga empat baby yeayyy!!!!" Ujarku lalu menggoncangkan tangannya keatas.

Syafra menoleh ke arahku dengan muka pelik. Aku pun pelik.

"Kenapa empat baby? Kembar lagi ke?" Soalnya dungu. Aku menjentik dahinya kuat. Syafra mengaduh sakit.

"Bukanlah. Kan Iyan, Dani, baby dan aby!!!!" Aku selitkan nama aku sekali. Yelah dia kan buat aku macam baby. Selalu manjakan aku. Semua benda dia buatkan. Mana aku tak rasa seperti baby.

"Perasan!" Kali ni dia pula menjentik dahiku. Main kasar! Belum sempat aku membalas dendam, terdengar suara kembar kami berlari masuk kedalam bilik kami.

"Dani! Iyan!!! Ibu rinduuuuuu!!" Terus ditariknya dua hero kami itu ke atas. Bukan main seronok tiga orang ni dah tak fikir sakit dah. Aku tersenyum melihat gelagatnya.

"Sayang.. kalau baby girl kan nak nama apa?" Tiba tiba aku menyoal membuatkan Syafra berfikir seketika.

"Hmmm Tengku Inara Adelia? Amacam?" Jawabnya sambil mengangkat kening kirinya ala ala Ziana Zain.

"Nice name sayang! I love you!"

"I love you all more!!!!" Jeritnya lantas memeluk kami bertiga serentak. Aku tergamam lantas memeluk mereka semula. Iyan dan Dani bukan main suka lagi siap bertepuk tangan.

Aku bersyukur ya Allah kerana memberi izin menjaga anak dan isteriku. Aku tahu engkau tidak akan menguji hambamu jika mereka tidak mampu. Terima kasih ya Allah aku akan membahagiakan mereka. In sha Allah. Itu janjiku.



🌸🌸 THE END 🌸🌸
👨🏻👩🏻👦🏻👦🏻👶🏻





Hiii korang!!!! Im a big big sorry to all of my readers yang tertunggu tunggu bila nak sambung SC3 ni but please jangan pernah buang dari reading list korang okay?

Terus support kak nurul! 💪🏻

And boleh tak korang komen sebanyak boleh & give me a lot of voterzzzzzz pleaseeeee!!!!! I need it from you all bef kak nurul tak sambung dah this story maybe next story? Hehe 😘

Kak nurul rasa nak nangis sebab bakal rindu komen BSMB dari korang semua!!!! Thankyou alot yang tak putus putus komen & support kak nurul ❤️ kak nurul ingat nama korang tau. Apa apa boleh chat kak nurul or nak mintak promote story ke tau!

🌸 Siapa readers kak nurul stay n9 komen "saya orang noghori" kak nurul nak tengok.

🌸 Siapa readers kak nurul umur above 20?

🌸 Siapa readers lelaki? Hehe ada ke?

Siapa ada insta nak follow ig this is my ig (@nrlnaqibah) . Jangan sesegan. Kita satu family BSMB! Kak nurul love you!!!!!!! Thankyou korang!! ❤️🎊💞💖😘😭

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

742K 23.9K 76
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...
184K 13K 71
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
1.4M 46.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
2.9M 262K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...