FIFTEEN

7.7K 241 7
                                    


"Aku terima nikahnya Nurul Iliya Syafra bt Mohd Daud dengan mas kahwin 500 ringgit tunai,"

Dengan sekali lafaz sahaja aku telah sah bergelar isteri kepada seorang jejaka.

Aku mengelap airmataku yang tumpah. Lepasni tanggungjawab aku sudah bertukar malah status bujang juga dah berubah.

Sesi menyarungkan cincin bermula. Tangan aku masih setia memegang tangan umiku. Gementar mungkin?

Suamiku menghampiri. Aku begitu leka menilik muka suamiku sampai tidak sedar lelaki tersebut sudah berada dihadapanku kini.

"Ehem," suamiku berdehem.

Aku tersentak lalu menghulurkan jari lalu disambut mesra oleh suamiku.

Selepas menyarungkan cincin dijari manis Syafra sempat lagi si suami berbisik sesuatu ditelingaku.

"Abang tahu abang handsome jaga Syaf malam ni," lalu mengenyitkan mata.

Gulp! Aku menelan air liur. Gila dia nak buat apa weiii. Umiiiii!!!!!

-----------

Hari sudah larut malam. Aku yang sudah keletihan segera naik kebilik tanpa menoleh lagi.
"Mata dah berat badan pun dah melekit baik naik mandi pastu boleh terus tidur," ujarku lalu menghayunkan kaki kebilik.

Tiba tiba tanganku direntap.

Heh siapa niiii aku letihlah.

Segera aku menoleh.

Errrr rupanya suamiku.

Aku memusingkan badanku lalu mengadapnya.

'Muka dia ni tengah letih pun handsome lagi. Hailah encik suami'

"Syaf tak panggil abang pun naik sekali sampai hati nak rehat sorang eh," katanya dengan nada merajuk tapi sempat pulak tu cuit hidung aku.

'Alahai manjanya dia'

"Hish cepatlah naik!" kataku lalu menghentakkan kaki.

Suamiku hanya mengekori langkahku.

Sesampainya dibilik aku terus mencapai tuala dan serahkan kepada suamiku yang dari tadi hanya memerhatikan tingkah laku aku.

"Biasa eh buat suami macam ni. Tadi siap hentak kaki lagi nak kena ikat kaki tu?" marahnya. Tapi dalam nada lembut.

"Bisinglah. Jangan kacau eh Syaf nak mandi. Abang pergi mandi bilik air luar," kataku dan terus masuk kedalam bilik air.

'Encik Suami hanya menggeleng dengan tingkah laku aku. Kesian dia. Tapi takpa kita uji dulu ya.'

Tiba tiba lampu bilik air tertutup.

'Allah kenapa ni blackout ke. Aku dah lah takut gelap. Umiiiiii!!!!'

Tanpa berlengah aku terus mencapai towel untuk membaluti tubuhku yang terdedah. Aku tak kira kena redah je ni.

Dengan pantas aku terus buka pintu bilik air.

Tersenggul muka suamiku di muka pintu. Siap tersengeh pulak tu. Apehal ni?

Eh jap lampu bilik aku menyala je.

"Abanggggggggg!!!!!!" jeritku. Dengan pantas encik suami terus menekup mulutku.

"Ohh Syaf tinggalkan abang eh dekat luar. Tak kira kita kena mandi sama sama,"

"No!"

"Yes!"

"No!"

"Yes!"

"No!"

"Ah abang tak kira!"

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now