TWO

15K 341 0
                                    


Azran Damian segera mendapatkan Illyas di satu sudut cafe Latte officenya bagi menempatkan 2 orang di meja tersebut.

Illyas mengerling jam ditangannya. Rasanya sudah hampir setengah jam menunggu Azran ni tapi kelibat bayangnya jugak tidak kelihatan. Mahu sahaja Illyas mengangkat punggungnya Azran Damian terkocoh kocoh mendapatkan bosnya itu.

"Yas Im so sorry! Tadi aku terjumpa coach lama aku pastu kau nak tahu dia boleh nak amik aku join balik team dia. Pastu aku cakaplah yang aku takboleh join contract dengan memana team. Pastu dia kata kalau berubah hati contact dia huh. Maaf au Yas" teras Azran Damian panjang lebar. Illyas hanya mendengar acuh tak acuh. Faham benar dengan Azran ni kalau bab bagi huraian dialah juara. Illyas tergelak kecil. Kalut betul.

Azran pelik dengan sikap Illyas ni biasanya kalau dia lambat datang dah kena sembur ni tetiba sengih. Angau dekat sapa. Azran mengibas tangannya di hadapan muka Illyas. "Erk kau apehal eiii ingat aku suka mengelamun macam kau ke? Dah dah kau lambat kau belanja. Deal?" Illyas sengaja mahu mengambil kesempatan. Terlajak datang jadi terlajak belanja la kan. Nasib kau lah labuuuu.

----------------

Muhammad Izham pelik dengan sikap adiknya itu. Masakan tak makan kat rumah pagi tadi? Ke dah setahun tak makan? Bermacam macam perkara yang keluar dia kepala Izham apabila melihat Syafra makan serupa singa kelaparan.

Aku segera menoleh apabila terasa angah seperti sedang memerhatikan tingkah laku aku. Suapan yang disuap turut terhenti.

"Angah! Apehal tenung adik? Angah ni asal tak makan order pun tak! Kenyang eh tgok Syaf makan hm hm?" kataku sambil garfu yang dipegang ditangan kiriku diajukan kepada angah Izham. Izham segera mengelak. Kalau kena badan angah ni maun kena kerat 8 jugak Syafra ni kang. Perangai macam budak 8 tahun tak macam 18 langsung!

Izham mengerling ke arah adiknya lalu mencuit sedikit ayam yang berada dipinggan adiknya. "Hello badak! Kau ni adik dah makan banyak cemni sape nak bayar angah jugak kan? Ish nasib baik angah dah makan bekal yang my lovely wife masakkan pagi tadi tau! Lagi kenyang makan bekal tu dari tengok muk kau. Bluerkkk!" Aku mendengus geram. Alih alih aku yang kena balik. Benci abang! Benci angah!

"Ha dah dah takpayah mengutuk angah dalam hati tu. Cepat sikit makan. Kejap lagi ikut angah amik Kakak dekat airport. Dia mendarat harini" Aku yang mendengar Kakak Fea nak balik harini terus menjerit secara spontan "Yayyyy" orang keliling cuma pandang sekilas. Nasib Izham sempat menekup mulut adiknya itu. Kalau tak buat malu beb.

" Then teman beli barang dekat aeon then esok baru angah hantar kau balik rumah umi ayah okay. Malam ni Kak Maya nak masak lebih. So makanlah kau kenyang kenyang ye ikan buntal." sengaja Izham mahu mengacau adiknya itu. Aku sudah mencerlungkan mata. Sengaja nak bagi angah takut. Tapi hampeh lagi sedap dia mengunyah makanan aku lagi adalah.

--------------

Aku yang baru saja menghenyakkan punggung di sofa empuk milik angah itu terus mengalihkan badan 90 darjah arah utara bagi melihat siapakah gerangannya yang memangil namaku sebentar tadi. Rupa rupanya abang datang rumah angah. Meriah!

Terkedek kedek anak buah kesayanganku iaitu anak kedua abang Ilyas datang menghampiri aku diruang tamu tersebut. "Alolo becoknya anak buah acu ni bercakap. Kakak mana Fisya?" tanya aku sambil mengusap rambut ikal mayang anak buahnya itu. Isya yang berumur 2 tahun itu seakan faham pertanyaanku segera menunjuk ke arah dapur. Mungkin semua ada dekat situ kot.

"Adikkk meh la sini orang nak makan kek ni. Harini kan birthday Fasha Auni anak buah kesayang kita semua yang ke brapa bang?" soal kakakku Irdina Sofea kepada abang sulungku lalu dgn lajunya abang mengangkat 5 jarinya serupa high five.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now