SC |

7.4K 175 6
                                    

"Abyyyyyyy!!! Ya Allah dah pukul berapa ni tak reti nak bangun. Matahari dah terpacak ni," jeritku dari arah bawah. Akibat tiada sahutan kakiku melangkah naik menuju ke atas untuk mengerjakan hero heroku yang masih lena tika ini.

"Sedap aku berperang dorang nyenyak dekat atas eh. Tunggu!" Aku membebel lantas memulas tombol pintu perlahan lahan. Aku menjengah kepalaku kedalam. Anak mataku bertembung dengan dua hero kenitku yang sudah membulat matanya memandangku sambil bergolek dengan kembarnya disebelah Azran. Comel! Macam aku.

"Haii abang dah bangun kee. Meh sini ibu cium sikit," aku mengangkat si abang lalu mencium pipi gebunya bertalu talu dan aku mengangkat pula si adik lalu aku buat perkara yang sama.

"Ibu ingatkan dah mandi. Tapi duk bergolek eh. Masamnyaa anak ibu nii eeeii geramnyaaa...." ujarku lalu menggomol perut dua kembarku yang sudah berbaring semula itu. Mengekek mereka ketawa akibat suka.

Alhamdulillah kini keluarga kecilku semakin meriah dari hari kehari dengan melihat perkembangan dua anak kembarku tika ini. Masuk ni kembarku sudah mencecah 2 tahun dan maknanya tahun depan dah nak masuk tiga tahun. Rasa kejap je dorang ni nak membesar.

Selepas aku berpantang dekat rumah mummy, Azran telah bercadang untuk tinggal semula dirumah kami di Johor. Walaupun terpaksa berjauhan dengan semuaa dekat KL, aku redha sebab aku kena ikut cakap suami. Kalau tak nak duduk mana?

Dan ya! Aku akan mula bekerja lepas anak anak aku masuk tiga tahun. Kerja dengan siapa? Dengan encik suami lah! Dia yang suruh aku berhenti belajar kan ha so dialah kena ajak aku kerja pulak sebagai ganti belajar tak habis. Alang alang masuk office terus jadi secretary sebab Azran kata secretary dia sekarang akan ditukarkan ke cawangan lain.

Selepas habis aku mengeletek anak kembarku, kini beralih pula ke arah bapak budak yang masih lena disisi mereka ini.

"Dani, Iyan sini tolong ibu kejut Baba. Sedapnyaaa dia tidur ea. Ibu dah habis masak untuk lunch tau. Nasib harini weekend tau kalau tak dah lama ibu wrestling Baba ni," aku membebel lantas mengangkat dua anak kembarku lalu aku meletakkannya di atas badan Azran yang tidak memakai baju itu. Kemain suka dua kembar ni apabila melihat gerakan daripada Azran.

Selepas itu aku ambil si adik dan aku letakkan pipinya di muka Azran manakala si abang aku biarkan di perut Azran. Gerakan tangan si adik menyebabkan Azran menganggat kepalanya lalu mencelikkan matanya tetapi Azran meletakkan semula kepalanya dibantal.

Aku pelik. Biasanya kalau aku letak kembar sebelah dia ke atas dia ke mesti dah bangun pastu golek golek sama ni dia boleh tidur balik? Macam ada yang tak kena je. Terus aku angkat dua kembar dan letakkan di dalam baby coat. Setelah selesai aku menghampiri Azran pula. Aku lekapkan belakang tanganku didahinya. Panas!

"Byy. Makan ubat eh?" Soalku menyebabkan Azran membuka matanya dan menggeleng.

"Habistu nak apa?"

"Nak sayangg...." Azran merengek lantas memeluk pinggangku erat. Aku naik rimas sebenarnya tapi Azran ni kalau dah demam perangai mengada dia pun terkeluar sama.

"Ye ye sayang dekat sini. Kita makan eh? Sayang buat bubur nak?" Soalku lagi sambil mengelus lembut rambutnya. Azran mengangkat kepalanya memandangku lalu menggeleng lagi. Alahaiii.

"Please eaa makan sikit. By demam ni," pujukku lantas mengelap kelopak matanya yang berair menggunakan tapak tanganku. Ha ni lagi satu kalau demam je mesti merengek tak merengek menangis. Manja betul! Kalah Dani dengan Iyan anak kembarku.

"Taknak.. by taknakk..." Azran merengek lagi. Aku menghembuskan nafas lalu membiarkan Azran memelukku dalam keadaan begini. Apabila aku merasa Azran sudah lena kembali, aku menarik comfoter dan menutup bahagian badannya yang terdedah. Selepas itu aku menghampiri anak kembarku lalu menanggalkan pakaiannya untuk mandi. Biasanya aku akan mandikan sorang dan Azran mandikan sorang lagi. Ni Azran dah tak sihat kenalah buat sendiri.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now