FOURTY SEVEN

5.3K 186 17
                                    

Harini adalah hari kebebasan aku dari berpantang selama 3 minggu! Dan aku rasa sangat excited nak buat breakfast untuk Azran. Yelah dah 3 minggu aku ikut umi balik KL dan Azran dekat Johor. Katanya harini dia nak balik KL sebab adalah hal dia dekat office yang di take over oleh abang Izham selama ni. Haih bila rindu bertandang rasa malu nak bersua muka.

Aku siap cantik cantik harini. Blouse bewarna latte menjadi pilihanku dan juga tudung bawal pucci menampakkan lagi awet muda aku dan ramai taktahu aku sudah bertitle 'Puan' berdasarkan statusku.

Selepas siap bersolek aku turun kebawah untuk mengambil bekas makanan yang akan kubawa kepejabat Azran sebentar lagi.

"Spaggeti carbonara & Milo panas" tu favourite Azran. Belum sempat aku melangkah, aku sempat menutup pintu rumah dan kemas apa yang patut takut umi membebel pula nanti. Like usual umi dan ayah akan keluar dating lagi. Mentang mentang aku dah sihat.

Kunci kereta swift aku capai. Jeng jeng jeng. Aku dah ada kereta weh! Nak tahu macam mana boleh dapat? Azran desak aku supaya berhenti belajar. Katanya sem ni je aku dah banyak kali miss class. Pada awalnya aku menolak sebab mana aci kawan kawan aku semua ada diploma pakai topi masa grad. Aku? Aduhai lemah jantung. Tapi atas pujuk rayu Azran dia kata nak bagi aku special gift so aku pun setuju.

Alih alih aku sampai sebulan yang lalu dah ada kereta ni terpacak dekat gazebo rumah. Rupanya milik aku! Pink hitam. Fav warna kereta aku. Pandai Azran pilih.

Tepat jam 11:00 pagi aku menapak ke dalam office Azran yang terletak bersebelahan dengan bangunan DMC Holding's. Harap ualls tak lupa tu syarikat siapa. Huks.

Aku senyum ke arah receptionist yang sudah kenal dengan aku maybe. Yelah boss kan dah kahwin takkan staff taktahu kot?

"Boss ada?" Soalku. Gadis itu seolah olah gelabah seperti mencari sesuatu.

"Errr err ada tapii....."

"Takpa. Saya wife dia. So may I?"

"Ya ya you should go," ujarnya lantas aku bergerak ke arah bilik Azran yang tidak jauh dari meja receptionist itu.

Aku geleng kepala melihat telatahnya. Kelam kabut sangat kenapa? Macam nampak hantu pulak.

Dengan penuh debaran aku memulas pintu bilik Azran dengan berhati hati.

Senyumanku pada mulanya melakar tiba tiba mati akibat adegan yang tidak sepatutnya dihadapan mataku ketika ini!

What should i do right now!!!

Aku berdiri kaku di permukaan pintu dan anak mata Azran menangkap mataku yang sudah lencun dengan airmata dari tadi.

Azran peluk Dania? Dan Dania tengah menangis dekat bahu dia!!!!!

Hatiku dirobek robek. Belum sempat aku melangkah keluar Azran menarik aku ke dalam bilik itu dan mengunci pintu. Dan kini hanya ada aku, Azran dan Dania.

Dania yang masih menangis itu terkejut melihat aku berada disitu. Entah kenapa aku boleh ikut apabila Azran tarik tangan aku tadi. Azran suruh aku duduk tapi aku taknak.

"Saaayaang please jangan salah faaham," Azran cuba meraih tanganku tetapi aku rentap dengan kasar.

"Apa yang salah faham! Ini? Berpeluk dengan perempuan manatah by kata salah faham?! Hei Dania sepatutnya dulu kau takpayah tipu aku! Kalau nak Azran ni kau cakap! Jangan tikam belakang aku!" Hantuku sudah naik. Dania yang seperti mahu menuturkan kata itu dihalang oleh Azran. Oh bela nampak?

"Sayang jangan tuduh dia kalau tak tahu apa apa," dia masih lagi rileks? Heii aku tengah marah lah weh! Aku tak senang duduk aku patut ajar perempuan ni.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now