FOURTEEN

7.2K 257 13
                                    


Puan Nura terbaring lesu dikatil biliknya. Puan Nura telah disahkan oleh doktor menghidap penyakit jantung dan juga darah tinggi. Allahu beratnya penyakit dia tanggung. Allah takkan uji hambanya kalau tak mampu kan. Dia redha.

"Yam tolong panggilkan Am cakap saya nak jumpa," ujar Puan Nura kepada pembantu rumahnya.

Selang beberapa minit kelibat Syed Imran pun muncul.

"Ma kenapa ma? Ma sakit ke ma?" soal Syed Imran cemas.

Puan Nura tersenyum. Syed Imran memang anak yang baik cuma nakal sikit je.

"Mama tak sakitlah Am. Mama cuma nak cakap sikit dengan Am,"

Syed Imran akur lalu duduk disisi katil mamanya.

"Am, mama takpaksa Am untuk teruskan hubungan Am ni tau. Am buatlah keputusan yang baik," tutur Puan Nura lembut lalu mengusap kepala anak terunanya.

Syed Imran menggelengkan kepalanya. Pahit untuk dia terima segala perbuatannya selama ini. Dia ingat lepas tunang dengan Syaf dia akan ubah perangai playboy ni. Tapi makin menjadi jadi. Lagi perit Izham dah tahu hal ni. Masa training pun dia macam nak taknak je bercakap dengan Syed Imran.

Kesian Syaf.

"Ma, Am nak kahwin cepat dengan Syaf boleh?"

Dengar sahaja jawapan Syed Imran itu Puan Nura terus mengangguk dan tersenyum.

"Buatlah apa sahaja yang boleh bahagiakan hati Am asalkan jangan sakiti hati wanita ya Am. Perit tu kaum lelaki yang rasa,"

"Betul tu ma. Syaf pun taknak dah jumpa Am sekarang," ujar Syed Imran kendur. Kepalanya ditundukkan kebawah.

"Takpa in sha Allah dia akan okay nanti Am jangan give up eh berdoa dekat yang atas tu,"

------------

"Umiii......" ujarku meleret lalu melabuhkan punggung dikerusi meja makan di dapur.

Umi yang baru shaja habis mengelap segera menoleh ke arahku.

"Kenapa sayang? Nak makan?" soal umi sambil tersenyum.

"No lah gemuklah Syaf asyik makan je 24 hours hehe. Umi sinilah," panggilku lalu menyuruh umi duduk disebelah aku.

"Ha kenapa ni adik ada benda nak share dengan umi ke?"

"Umi betul ke minggu depan Syaf kena kahwin dengan Syed Imran?" soalku.

"Ye sayang dia yang minta semua benda diuruskan dengan cepat," jawab umi mendatar.

Aku mengeluh lemah mendengar penjelasan umi.

"Umi Syaf taknaklah kenapa dia perlu datang untuk sakitkan hati Syaf! Batalkan jela umi," jawabku dengan sedikit riak marah. Aku tahu aku dah buat umi kecil hati dengan sikap aku.

"Syaf jangan macam ni nak doa yang baik baik. Manetau dia berubah ke? Tapi dia sungguh sungguh nakkan adik tau," jawab umi sambil memujukku.

Aku menggeleng pula. Umi pujuklah cemana sekalipun aku tetap taknak!

Aku terus bangun dari kerusi untuk beredar tapi umi segera menahan tanganku.

"Syaf anak yang baik kan? Adik buatlah keputusan yang terbaik ye nak. Umi tak paksa," kata umi.

------------

Hanya tinggal baki beberapa hari sahaja lagi sebelum aku diijabkabulkan dengan lelaki yang bernama Syed Imran. Entahlah aku sendiri takpasti betul ke tidak tindakan aku ni.

Aku memandang cilling bilikku. Aku lihat ada 2 ekor cicak sedang menikmati makanan maybe bersama sama. Sweetnyaaa! Agak agak aku akan jalani hidup macam diorang tak eh? Takpasti. Aku terus menekup mukaku dengan bantal dan menangis semahunya.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now