FOURTY FOUR

5K 162 17
                                    

"Sebenarnya aku banyak rahsia dengan dia Yas. Aku tah lah taktahu macam mana nak bercerita dekat dia. And haritu aku ter-marah dia. Sumpah aku tak sengaja. Dia me-na-ngis Yas. A-aku biarkan je." Aku bercerita lantas menundukkan wajahku kebawah. Aku malu weh. Malu sebenarnya bukak aib keluarga kami. Tapi aku tak salahkan Syafra. Yang salah aku. Aku lelaki dayus.

"Allahu Yan. Aku ingatkan hampir setahun korang kahwin ni bahagia je. Aku rasa takda siapa yang kacau rumahtangga korang kan? Apa punca kau jadi macamni Yan?"

"Pada awalnya aku nak uji Syafra je Yas. Ye aku nak uji dia. Aku nak uji dia ingat aku lagi ke tidak. Ta-pi aku silap. Aku lagi keruhkan keadaan. Aku kesian tengok dia. Aku jadi lain Yas aku taktahu aku kenapa," aku meraup mukaku kesal. Biarlah harini Iliyas tahu segalanya tentang aku. Aku dah tak mampu nak berahsia lagi. Aku dah penat.

Iliyas memandangku sekilas. Mukanya tidak ada tanda marah mahupun mahu menengkingku. Aneh aku dengan keluarga ni. Terlalu baik aku katakan sampai apa yang aku dah buat dekat adik dia pun dia masih lagi mampu bersabar dan tersenyum. Begitu juga ayah pagi tadi.

"Kau taktahu satu benda Yas," ujar Iliyas. Aku mengerutkan dahiku lantas memusingkan kepalaku mengadapnya.

"Taktahu apa?" Aku desak Iliyas untuk memberitahu perkara sebenar. Iliyas ketawa kecil. Aku semakin pelik. Dah kenapa? Apa yang mereka cuba sorokkan dari aku ni?

"Syafra tu amnesia dulu Yan. Dalam tahun ni jugak. Dia accident masa balik dari sekolah. Langgar lari tak silap aku. Tapi doktor kata hentakan dia tak kuat mana. Cuma ada sesetengah perkara je dia ingat tapi dia takdapat cam orang," melopong aku dengar penjelasan daripada Iliyas. Jadi selamani Syafra tak ingat aku lah? Syafra sakit? Sebab tu ke dia kerap sakit kepala. Allahu apa aku dah buat ni!

"Dan aku tahu dia sedaya upaya nak ingat siapa kau. Kadang kadang dia akan call aku. Dia tanya kau siapa sebenarnya. Takkan aku nak bagitahu sebab kau kan suruh berahsia. Tapi dia kata dia dah penat. Sebab bila dia fikir je dia sakit kepala. Aku kesian dekat dia Yan,"

Allahu apa aku dah buat ni! Aku dah buat silap besar dalam hidup aku! Sanggup aku tengok cinta hati aku terkapai kapai cari identiti aku yang sebenar. Ya Allah suami jenis apa aku ni. Aku meraup mukaku. Kali ni aku dah tekad. Aku harus berterus terang. Jangan ada lagi perbalahan.

"Aku mintak maaf Yas. Aku banyak sakitkan hati Syafra. Aku dera mental dia untuk ingat aku Yas. Tapi dia dah tahu siapa Adam,"

"Lah habistu apa lagi yang kau susah hati? Kau dah pun cerita perkara sebenar kan?" Soal Iliyas lantas tangannya ligat memutuar stereng ke arah kiri untuk masuk ke perkarangan hospital. Lama juga ambil masa untuk balik dari tanah perkuburan. Aku rasa masa pergi tadi adalah dalam 10 minit je. Mungkin sebab berbual tu yang sampai setengah jam.

"Bukan tu je ada lagi,"

"Hah! Apa lagi Yan? Kau ni complicated ah Yan pelik aku. Jangan lama lama sangat berahsia kesian adik aku tu. Kau dah besar Yan umur pun dan nak masuk 26 tahun, aku harap kau bijak selesaikan masalah,"

"Baiklah abang ipar. Apapun thank you dengar hujahan aku panjang lebar tadi. Aku harap kau jangan bocorkan dekat sesiapa lah ye," ujarku lantas membuka pintu kereta sebelah penumpang untuk keluar. Iliyas sempat menahan aku. Aku menoleh.

"Jaga adik aku elok elok. Dia je satu satunya adik kesayangan kami bertiga. Jangan bagi dia stress. Masalah korang lupakan dulu tapi ingat jangan lari dari masalah," tutur Iliyas lembut lantas menepuk bahuku dari arah belakang.

Aku menguntum senyuman manis. Bait bait perkataan yang keluar dari mulut Iliyas membuatkan aku tersedar seketika. Iliyas memang matang dalam bicara. Mungkin sebab dia dah jadi ayah sebab tu dia boleh bagi motivasi dekat aku. Lagipun aku adik ipar dia maybe tak salah orang lah dia nak tegur.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now