FIFTY TWO

5.8K 185 6
                                    

Azran pov

"Alhamdulillah everything settel so Azran lepasni balik KL ke stay JB?" soal Dania yang sedang mengemas fail yang berselerak di meja mesyuarat ini.

Sebenarnya aku takda mood nak bercakap harini. Tapi disebabkan ada meeting besar dengan syarikat di JB ni aku terpaksa turun sama. Nak suruh Dania? Dia yang suruh aku turut serta. Entahlah semenjak dua menjak ni aku rasa badan aku letih sangat nak tidur pun kadang kadang dapat gangguan. Lepastu setiap malam aku akan dapat mimpi yang sama lagi. Budak yang pernah datang dalam mimpi aku dulu menerjah lagi dalam mimpi aku lately ni. Petunjuk ke tu?

"Ya. I akan stay sini sampai I bawak balik my wife. I rindu dia Dania. I know you mesti tahu dia dekat mana kan?" Soalku sambil memicit kepalaku yang sakit menggunakan tangan kananku. Dania aku lihat sebolehnya macam nak elak untuk menjawab soalan aku tadi.

"Ehh mana ada you jangan tuduh I Azran. I taktahu your wife pergi mana. I pun ada life I okay?" Jawab Dania laju. Biasanya cakap laju ni macam ada sorok sesuatu kan?

"But..apa lagi cara untuk I jumpa Syafra. Dah pelbagai alternatif tau tak!" Bentakku dalam marah. Dania tergamam. Nasib baik dalam bilik ni hanya ada aku dan dia. So agak privacy untuk bercakap hal rumahtangga.

"Macamni lah Azran. Jangan pernah putus asa. Carik dia and terangkan perkara sebenar okay? Tell her who am I okay? Perempuan ni lemah dengan pujukkan. Lagi lagi dengan her husband. Kalau kena caranya eloklah dia kalau tak hm i dont know. Common Azran I pun perempuan," ujar Dania lembut lantas dia memberikan senyuman penuh makna kapadaku. Aku hanya memandang Dania dengan pandangan kosong kerana tatkala ini hanya telinga memainkan peranan kerana mataku sudah mula kabur makin lama makin layu

Dan..

"Azran!!!!" Tanpa dipinta kepala Azran rebah di atas meja. Makin kalut Dania dibuatnya.

"Anybody help! Riz tolong saya papah Azran masuk dalam kereta saya," Teriak Dania menyebabkan ramai yang berkerumun di dalam bilik mesyuarat itu. Riz akur lantas bergerak ke arah Azran yang sudah rebah itu dan dengan kudrat lelakinya dia memapah Azran menuju ke kereta Dania.

"Nak I teman?" Soal Riz selepas membaringkan Azran di seat penumpang. Kepala kerusi itu diturunkan supaya keadaan Azran lebih selesa.

"No its okay I can handel itself. Btw thankyou Riz," tanpa berlengah terus enjin kereta dihidupkan. Azran dikerusi penumpang dipandang sekilas. Rasa kesian menyelubungi diri Dania.

"Sabar sikit Azran. I know you're such a strong man!" Ujar Dania sendiri sambil memecut laju keretanya ke hospital berdekatan.

---------
Syafra pov

Jam sudah berginjak pukul 5 petang tapi bayangan Dania tidak kelihatan lagi.

'Janji nak pick up pukul 4 ni dah 1 jam tunggu. Dasar janji melayu.' Getusku dalam hati.

"Syaf jomlah. Faizil boleh hantar kau balik. Takkan nak tunggu Dania lagi ni dah nak pukul 6 dah ni!" Marah Amza yang dari tadi teman aku tunggu Dania. Katanya takut aku hilang. Cehh aku bukan budak budaklah.

And one more siapa sangka Faizil boleh date dengan Amza? Rasa kelakar tapi ada bagusnya juga. Faizil slow slow boleh move on dengan aku. Rasa lega yang amat kawan kawan aku dah bahagia sekarang.

"Takpaaa kejap lagi dia sampailah tu," aku masih lagi berdegil. Yelah mana taknya call tak angkat whatsapp tak reply. Kang tetiba dia datang mengejut tengok aku takda macam mana?

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now