SEVENTEEN

7.8K 231 9
                                    

'UiTM PASIR GUDANG, Faculty of Seni Lukis & Seni Reka'

Aku membelek kesekian kali surat tawaran yang telah aku cetak seminggu lalu. Tinggal lagi beberapa minggu je untuk aku bertolak kesana.

Hati aku gusar. Walaupun Wawa dengan Mai dapat dekat Johor juga tapi dorang bukan dapat Uitm. Dorang dapat Politeknik Premier. Sob sob.

"Sayang sure ke nak pergi Johor tu? By risau lah," ujar suamiku yang entah bila muncul ni.

Aku memandangnya dengan pandangan berharap. Berharap agar dia faham akan keputusan aku ni.

Aku meraih tangannya agar duduk disebelahku. Suamiku akur. Aku tahu pasangan manalah yang boleh berjauhan lagi lagi dah berumah tangga ni.

Sejak aku berkahwin dengan Azran banyak gila perubahan dalam life aku. Kiranya 90ºc berubah beb. Dari aku takpandai manja terus jadi manja dengan hubby. Dari takpandai masak umi bebel hari hari Azran jugaklah tenangkan aku. Dari suka merajuk keras kepala ni Azran jugaklah yang faham aku. Senang cerita semua benda ada Azran Azran Azran iaitu my lovely hubby!!!!

Aku tenung wajah bersih Azran "By kalau sayang takpergi rugilah sayang. Ni peluang yang sayang nantikan kot," ujarku sambil memandang tepat kearahnya.

"Tulah sayang haritu dapat matriks taknak pergi. Susahlah apa lah. By ni lepasan matriks okay je. Dah belajar sampai master dah. Dah handel syarikat sendiri dah," sudah dia dah mula bagi syarahan free dah.

Bukan taknak tapi memang taknaklah. Betulkan author? Heks.

"Bukan macam tu by. Sayang taknak sebab sayang takminat science stream even result spm sayang okay but sayang rasa stoplah. Nak beralih arah pula. By faham kan?" Ujarku separuh merayu sebenarnya agar dia faham aku.

Azran melarikan wajahnya. Aku tahu hatinya sedang menangis. Alahai encik suami ni. Bukannya jauh pun KL-JB tu. Erk takjauh Syaf? Lebih kurang 4-5 jam jugaklah maybe (I dont know betul ke tak yang pasti kl ke pahang 5 jam 😂). Setengah hari tu dalam kereta.

"Yelah sayang," ujarnya lalu merentap tangan yang kupegang dah beredar tanpa memandang aku sedikit pun.

"Byyyy!!!!" Jeritku. Tapi jeritan tu hanya sia sia. Bayangan Azran telah hilang sekelip mata.

Merajuklah tu.

Takpa Syaf kau harus bersabar. Biar dia cool dulu.

------------

Encik Idrus dan Puan Nura tidak berhenti berdoa agar Syed Imran bangun seperti sediakala walhal mereka juga tahu Syed Imran bakal hilang ingatan tetapi tidak sepenuhnya kata doktor.

Hari ni genap sebulan Syed Imran koma dan sebulan jugalah tempoh perkahwinan Syafra dan Azran.

Dalam tempoh sebulan ini tidak pernah sekalipun Puan Nura menelefon Syafra memberitahu perihal sebenar mengenai Syed Imran ini. Cuma hanya bertanya khabar dengan umi Syafra iaitu Puan Mastura.

Bagi Puan Nura, dia tidak mahu merumitkan keadaan. Biarlah apa yang terjadi jadi pengajaran buat dirinya untuk mendidik anak menjadi lebih elok.

Puan Nura dan Encik Idrus mengamati seraut muka anak terunanya itu. Kalau lah Syed Imran bangun agak agak dia terkejut tak nampak muka dua insan asing bagi dia ni?

Tiba tiba jari tangan kanan Syed Imran bergerak.

Puan Nura terkejut melihat reaksi Syed Imran itu.

"Bang, Am gerakkan tangan bang," ujar Puan Nura.

Segera dia mendapatkan Syed Imran.

Syed Imran mencelikkan matanya. Sinaran cahaya lampu membuatkan kepalanya berdenyut denyut. Mungkin sebab lama sangat tidur kot.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now