FIFTY FIVE

7.8K 214 51
                                    

Aku membuka mata perlahan lahan. Sinaran lampu diatas kepalaku terasa sangat silau.

"Sayang?"

"Baba.." aku dengar suara budak kecil dihadapanku. Aku membuka mata besar besar untuk melihat gerangan suara anak kecil itu.

Budak ni lah yang selamani masuk dalam mimpi aku!

Aku amati mukanya yang iras mukaku ketika kecil. Aku usap mukanya lembut. Terus kepalanya landing di atas bahuku seperti Syafra. Manja.

"Ye sayang kenapa ni?" Soalku sambil mengusap belakang badannya.

"Boleh tak ibu ikut saya?"

Ikut? Ikut pergi mana pulak ni? Jangan jangan...

"Ikut pergi mana sayang?" Soalku pelik.

"Ikut pergi sanalah baba. Bolehkan?" Ujarnya sambil jari telunjuknya terarah ke atas. Aku tidak dapat memproses apa yang cuba disampaikan.

"Mana boleh. Baba perlukan ibu. Ibu pun masih perlukan baba," ujarku lembut sambil merungkaikan pelukannya.

"Ohh kalau macamtu kan. Kita tunggu Baba dengan ibu tau.. nanti kalau baby dah keluar jangan lupa kita tau Baba?" Ujarnya sambil mencium pipiku sekilas. Belum sempat aku membalas aku terjaga dari tidurku.

"Astaghfirullah!" Ucapku sambil mengelap pipiku. Terasa basah. Mimpi ke realiti tadi? Apa maksud 'baby' yang dikatakan tadi? Syafra mengandung ke?

Tanpa berlengah terus bangun dari duduk tetapi terasa sesuatu yang berat dibahuku. Aku kerling. Dania rupanya. Dengan penuh berhati hati aku mengejutkan Dania.

"Dania dah 6.30 ni solat subuh jom?" Ujarku lalu Dania mencelikkan matanya memandangku.

"Oh ok jom,"

Selepas habis solat subuh, aku keluar dari surau lalu menunggu Dania dibangku yang terletak diluar surau ini.

Aku mengangkat kepala tatkala melihat Dania sedang menyarung sandelnya lalu bergerak ke arahku. Senyuman manis diberikan ke arahku manakala aku? Masam je muka yang mampu aku pamerkan ketika ini.

"Heyy asal muka masam Azran?" Soalnya lalu berdiri dihadapanku.

"You tu kenapa happy sangat muka you?" Soalku menyebabkan Dania tergelak kecil.

"Happy pun salah ke?"

"Apa yang menyebabkan you happy sangat ni? I risau tahu tak?" Ujarku sambil membuang pandangan ke arah lain manakala Dania mengambil tempat disebelahku.

"You tahu tak apa doktor cakap semalam?" Ujarnya menyebabkan kepalaku berpusing lalu anak mataku terarah kepadanya. Ye tak ye jugak eh aku terus pengsan mana sempat dengar penjelasan doktor. Ada bad news ke good news ni? Dania pun happy semacam je.

"Syafra...." percakapan Dania terhenti disitu mukanya yang ceria tadi tiba tiba jadi sugul.

"Syafra kenapa Dania!!!" Marahku sambil meraup mukaku kasar. Tubir mataku menjadi panas.

"Syafra pregnant! Almost 2 weeks," ujarnya ceria. Aku tergamam betul ke apa yang aku dengar ni?

"Be-betul ke?" Soalku seakan tidak percaya. Yelah Syafra baru je habis pantang 2 bulan lebih yang lepas. Kalau betul maknanya ni rezeki aku dengan Syafra lah kan?

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now