TWENTY SEVEN

6.5K 219 4
                                    

Aku mengeluh. Ni dah nak masuk hari keberapa Azran selalu balik lewat. Dah ada secetary pun still balik lewat ke? Taktahu ke aku ni pun nak perhatian jugak? Taktahu ke aku rindu dia? Hm?

Aku duduk disofa ruang tamu. Jam didinding ku kilas. 10:30 malam. Hm nasib time time cemni umi dengan ayah dah tidur.

Jari runcingku menekan punat di remote control itu. Siaran korea menjadi pilihan utama. Aku ni bukan obses sangat pun dengan korea cuma aku suka tengok je.

Makin lama mataku makin kuyu dan terus terlelap di sofa. Sampaikan hubby aku dah balik pun aku tak sedar.

Azran tergopoh gopoh masuk kedalam rumah. Penat tu usah cakap wei baru berapa hari masuk office dah berlambak kerja kena handel.

Sampaikan solat isyak pun boleh terbabas. Nasib baru pukul 11. Tanpa berlengah Azran terus mencapai tuala yang berada di penyidai dan menuju ke bilik mandi.

Selesai solat isyak Azran terus merebahkan dirinya diatas katil. Penangan tilam yang empuk menyebabkan dia terbuai seketika dan melupakan masalah yang sarat dikepalanya.

Entah kenapa tiba tiba Azran terjaga. Jam ditepi katil dilihat. 3:00 pagi??!

"Eh asal lampu bilik tak tutup ni? Syafra ni careless betul la takkan mengantuk sangat sampai lampu pun lupa tutup." Bebel Azran yang masih tidak perasan akan ketiadaan isterinya di bilik itu.

"Eh jap Syafra?"

"Sayang dekat mana ni," seluruh corok bilik itu Azran mencari kelibat isterinya tetapi tiada.

"Sayang?" Panggil Azran dalam nada cemas. Patutlah tadi  bangun rasa ringan je selalu kepala Syafra mendarat dekat lengan sado dia ni sebagai alas bantal.

"Sayang mana ni jangan buat by risau!"  Jerit Azran sedikit apabila dia masih tidak menjumpai kelibat isterinya.

"Allahu mana sayang ni," ujar Azran dalam sendu.

"Sayang jangan buat by macamni,"

'Baru kau tahu penangan isterinya tu macam mana kan lain kali pentingkanlah kerja kau sampai lewat malam' ujar satu suara halus.

"Kau diamlah!!!!" Jerit Azran geram dengan suara halus itu. Terus kakinya ingin menuju ke arah bilik mertuanya tiba tiba matanya terkalih ke arah televisyen yang masih terbuka itu.

Belum sempat dia ingin menutup tv, Azran ternampak sekujur tubuh yang lena dibuai mimpi di sofa. Laju Azran mengorak langkah menuju kearah isterinya dan tubuh Syafra didakap erat bagaikan melepaskan rindu.

"Emmmmmm" Syafra mengeliat sedikit apabila terasa tidurnya diganggu.

Azran menolak lembut tubuh isterinya kedalam sedikit agar dia dapat berbaring sama disebelah isterinya. Tanpa berlengah terus comfoter yang ada disitu dicapai dan menyelimut tubuh Syafra.

Syafra yang perasan akan kehadiran suaminya segera mengalihkan tubuhnya kearah Azran. Tubuh sado itu didakap erat dan terus kepalanya disandarkan di dada suaminya.

Azran serbah salah. Terasa dirinya bodoh kerana terlalu pentingkan kerja sampai tidak ada masa dengan isteri tercinta. Rindu! Itu satu ungkapan yang jarang disebut sejak dulu. Ego menguasai dirinya untuk berbuat demikian walhal dirinya sendiri sedang berperang dengan perasaan.

Terus dahi isterinya dicium dan serta merta tangannya memeluk erat tubuh isterinya dan terus lena.

--------------

Azan subuh berkumandang. Puan Mastura bangun awal sedikit kerana hari ini dia harus menyediakan sarapan untuk suaminya yang akan bertolak ke sabah jam 7 pagi nanti.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now