TWENTY SIX

6.5K 207 7
                                    

Ada readers yang mintak update lagi 😍 so nah special bab untuk minggu niii 💓 jangan lupa VOTE gais!!!

******************************************

Setibanya di parking lot terus aku keluar dari kereta. Sementara tunggu dua minah ni touch up pesemua dalam kereta aku bersandar sekejap dekat tepi kereta ni.

Mood aku yang hendak keluar ni tiba tiba melayang. Hatiku macam gusar sangat tengok kemesraan Azran dengan Mai sebentar tadi. Diorang ni ada apa apa ke?

Aku mengusap dadaku. Rileks Syaf jangan nangis harini sepatutnya kau happy dapat keluar dengan dua sahabat baik kau ni. Jangan spoiledkan mood okay.

"Woi Syaf dah dah lah tu termenung. Dah jom!" Sergah Mai seraya itu dia menarik tanganku dan mengekorinya. Aku akur.

Aktiviti kami bermula dengan menonton wayang. Kami menempah tiket movie 'Train to busan' walhal semua dah tahu benda ni boleh je download dekat youtube. Tapi aku taknak sebab cerita lain semua tak menarik.

Selepas tengok movie kami solat zuhur dan kemudian Chicken Rice Shop menjadi santapan kami pada hari ini. Bukan aku yang mengidam tau tapi Wawa ni. Dulu kalau gegadis berempat keluar mesti KFC tempat kami melepak. Maybe sekarang ni masing masing dah berduit so uplah sikit tempat makan kan.

Selepas makan aku mencuci tangan di tempat yang disediakan. Elok je aku berpusing tiba tiba aku terlanggar seseorang.

Bum!

Aku terkejut. Lelaki?

"Woii agak agaklah sampai langgar orang kau buta ke apa?!" Sembur laki tu. Tangannya lincah mengelap bajunya yang kotor itu. Nasib tempat ni tersorok sikit so ramai taknampak adegan ni kalau tak malu oiii.

"Errr maaf cik. Saya tak sengaja," ujarku.

"Kau ni maaf je tahu habistu baju kotor aku ni siapa nak ganti?" Marahnya tapi masih lagi takpandang aku. Huh!

"Nanti saya ganti ya?"

"Ganti gan....." Belum sempat dia mengangkat muka terus jadi kelu lidahnya dah juga aku.

"Faizil !?" Soalku terkejut. Omg macam mana boleh jumpa dia dekat sini? Weii aku nak lari weiiii.

"Ya Allah Liya buat apa dekat sini?" Soalnya. Aku jadi kalut alahai aku nak lari tolonglah aku taknak jumpa dia ni.

"Emm Faiz i got to go ada masa nanti kita sembang lagi," ujarku lalu beredar sebelum tu sempat Faizil menarik tanganku. Aku rentap!

"Liya still guna number sama kan?" Ujarnya lembut. Aku hanya mengangguk. Tanpa menunggu lama aku terus beredar dari situ. Wawa dan Mai dah lama habis makan then terus aku tarik tangan dorang untuk blah dari situ.

"Wei Syaf kau dah kenapa macam nampak hantu?" Soal Wawa pelik. Yela tiba tiba je aku heret dorang keluar mana tak terkejutnya.

"Rasa rasa muka aku ada macam nampak hantu ke?"

"Hm adalah sikit," jawabnya. Takguna punya Wawa.

"Dah jom kejap lagi aku cerita," mereka hanya mengangguk seraya itu bowling destinasi kami yang seterusnya. Wuhuu dah lama tak tunjuk skills

Lepas je aku strike satu pusingan aku terus menerpa ke arah Wawa. Aku tahu dari tadi dia tunggu aku bercerita. Sementara tengah turn Mai baik aku cerita.

"Weh cepatlah cerita kau ni berzaman dah aku tunggu au huh!" Keluh Wawa.

"Okay okay ye aku nak ceritalah ni sayang oiii," terus aku melabuhkan punggung disebelah Wawa. Aku pandang Wawa dan Wawa pun pandang aku. Haha! Cantiklah Wawa ni dah lah suka pakai bubble shawl.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now