FOURTY SIX

5.4K 181 1
                                    

Alhamdulillah dengan berkat penjagaan umi mengikut tradisi orang kampung, makin lama aku semakin sihat dan sebati dengan cara penjagaan orang berpantang ni. Walaupun pada mulanya ada lah kena minum air yang agak pahit. Takboleh berembun, takboleh lalu bawah penyidai kain and else. Tapi as usual macam korang tak kenal Iliya Syafra yang degil ni awal awal adalah terbuat bukan sengaja eh. Then lepas kena marah barulah tak buat dah sebab semua tau marah aku termasuk ayah sekali.

Masuk minggu ni dah minggu kedua aku berpantang so ada lagi baki 7 hari aku bakal menghabiskan sisa orang berpantang ni. Azran? Gila tak rindu. Lately ni dia selalu busy sampaikan pukul 1 baru try nak facetime dengan aku tapi malangnya aku dah tertidur sambil pegang phone sebab tunggu dia. Dan aku sebagai isteri kenalah faham komitmen dia dengan kerja pun lebih utama juga kalau tidak macam mana nak bagi aku makan.

"Huh bosanyaaaaaaaaa," aku mengeluh sambil melunjurkan kaki kehadapan. Harini hari isnin so agak bosan sebab semua adik beradik aku dah balik semalam huaaaaa!!! So hanya tinggal aku, umi dengan ayah je dekat rumah ni. Tapi umi dekat atas. Ayah pulak keluar katanya adalah sikit program dengan kawan kawan dia.

"Haih mengeluh nampak? Apa kata adik pergi naik atas mengaji? Umi rasa Azran selalu kan pesan kalau bosan buat apa? Ni duduk depan tv tapi takbukak dengarlah ceramah ke apa ke," tutur umi lembut sambil melabuhkan punggunya di atas sofa empuk itu. Aku hanya mendengar lalu terasa-agak-deep. Yeah.

"Sorry umi. Adik terlupa. Hm apa kata kita mengaji sama sama umi?" Aku memberi cadangan bernas. Yelah bukan apa rasa kasih sayang tu akan melimpah ruah bukan kalau kita buat sesuatu perkara tu secara berjemaah?

Umi memberi senyuman manis lantas bangun dan bergerak ke arah aku yang sedang terlantar dikerusi malas fav port ayah itu.

"Bagus anak umi ni. Dah jom pergi surau kita mengaji sama sama," ujar umi lalu bergerak menuju ke arah bilik khas yang disediakan oleh ayah untuk kami sekeluarga solat berjemaah disitu. Takdelah besar mana cuma muatlah untuk 20 orang solat jemaah dalam tu. Kalau korang nak tahu dekat dalam rumah ni pun ada tempat zumba sebab dulu aku kan malas nak pergi joging dekat luar then kakak Sofea pula muslimah so takkan nak pergi outdoor punya akhtiviti kan. Then ada mini library tempat ayah lepak juga lepastu kolam renang. Tapi jarang digunakan kecuali kalau semua berkumpul dekat rumah.

"Adik cepat sikit. Umi dah habis amik wuduk ni. Umi tunggu dekat dalam,"

"Okay umi!" Terus aku bergerak ke arah bilik wuduk untuk mengambil wuduk sebelum memulakan membaca al quran bersama umi tercinta!

"SodaqaAllahul adzim," kitab suci al Quran itu aku cium lantas meletakannya di atas rak yang tinggi. Tak lupa juga al Quran umi aku ambil dan aku letakkan di tempat yang sama. Setelah selesai aku kembali bersimpuh dihadapan umi. Tangan umi aku ambil dan aku kucup lembut.

"Umi... adik mintak maaf tau kalau banyak buat salah dekat umi. Adik harap umi tak simpan dan dendam dengan adik," ujarku sayu. Umi pula memainkan peranan mengusap kepalaku lembut. Aku memandang wajah umi. Pandang wajah kedua ibu bapa kita cukup membuatkan aku rasa tenang dan damai selain wajah Azran iaitu suamiku. Sebab apa? Sebab mereka ni syurga kita walaupun aku dah bersuami, umi dan ayah tetap number 1 dalam hati aku sebab mereka lah membesarkan aku sehingga aku berumur 19 tahun.

"Adik, umi dah lama maafkan. Buat apa nak dendam dengan anak anak sebab anak anak ini anugerah oleh Allah jadi sejahat mana pun anak tu mereka tetap anak umi dan ayah. Kamu berempat walaupun pernah buat umu kecil hati tapi umi tak ambil hati pun," ujar umi sambil tersenyum. Aku menyandarkan kepalaku dibahu umi. Dah lama tak rasa manja manja dengan umi.

Aku rasa terkilan dengan ayat umi yang last tu. Mesti dulu kami empat beradik pernah buat umi kecil hati masakan tidak umi boleh bercakap macamni sekarang.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now