FOURTY TWO

5.5K 181 15
                                    

Mana readers kak nurul ni dah lama tak muncul dekat komen 😭

Merajuk ke jangan aaaaaaa

BSMB dah nak ending ni hm 👉🏻👈🏻

************
Amni pov

"Ibuuuuuu Amni minta maaf ibu. Amni janji Amni takbuat lagi ibu. Ibu maafkan Amni. Ibu jangan tinggalkan Amni ibuu.." rayu Amni dengan penuh kekesalan. Airmata sejak dari tadi tidak pernah berhenti mengalir dari tubir mata Amni. Ruang rumah itu pada harini penuh dengan kehadiran orang ramai dan sanak saudara Amni.

"Sudahlah Amni. Biar ibu tenang dekat sana," pujuk Makngah sambil mengusap bahu aku. Aku tak kuat ya Allah!

"Tak makngah! Amni dah banyak buat salah dekat ibu. Amni takda sapa lagi dekat dunia ni makngah," aku menghemburkan tangisanku disisi jenazah ibu. Ya aku anak yang takguna! Masa ibu sakit aku taknak balik. Aku tipu ibu. Aku selalu paksa ibu masukkan duit walhal aku pergi berjoli dengan rakan kuliahku.

"Dah Amni. Jom baca yasin. Dari Amni menangis ni roh ibu tak tenang sayang,"

Aku pandang wajah makngah yang dari tadi tak henti memujukku. Aku seperti terkena renjatan elektrik terus bangun dan menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.

Setelah selesai, aku duduk disisi makngah. Surah yasin kuambil. Satu persatu ayat yasin itu kuamati. Lidahku seperti kelu untuk membaca walhal masa dulu aku lah yang takpernah lekang membaca surah yasin selepas maghrib dengan ibu. Semua perkara yang aku lakukan aku akan teringat ibu.

Mungkin ini balasan Allah. Dulu aku abaikan ibu dan kini apabila ibu pergi mengadap ilahi barulah aku sedar bahawa ibu itulah anugerah Allah yang tak ternilai. Allah sedang uji aku.

----------

"Amni ada kawan datang," aku yang baru sahaja memakai tudung di dalam bilik tersentak apabila sepupuku memanggil namaku.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar pagi tadi. Arwah ibu telah selamat dikebumikan selepas zuhur di tanah perkuburan yang berdekatan.

Sebentar nanti tahlil arwah akan dibuat oleh orang surau. Segala persiapan tahlil semuanya saudara mara aku yang lakukan. Mereka semua menyuruh aku duduk berehat di dalam bilik.

Kini aku hanya tinggal sebatang kara. Aku sebenarnya cuma anak tunggal yang dibesarkan oleh ibu dan ayah tetapi ayah telah menghilangkan diri 3 tahun yang lalu. Maka ibulah yang membesarkan aku tanpa ayah selama ini.

Aku tarik nafas panjang panjang dan keluar dari bilik untuk melihat siapa yang datang. Siapa pula yang bagitahu kawan kawan aku? Aku rasa aku dah takda kawan rapat lagi semua dah taknak kawan dengan aku disebabkan perangai aku. Ya Allah semua orang dah tinggalkan aku.

"Tu panggil kawan dekat luar tu Amni," ujar Maklang.

Aku menapak perlahan keluar rumah untuk melihat gerangan orang yang datang kerumahku ini. Apabila sampai didepan pintu rumah aku terpaku.

Dua figura itu memandang tepat ke arahku. Airmataku mengalir dengan deras.

"Wawa, Mai!" Terus aku berlari menerpa ke arah mereka berdua. Teresak esak aku menangis di dalam dakapan dua sahabatku ini. Mereka juga tidak dapat menahan kesedihan dan mengalirkan airmata.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now