Epilog

10.9K 262 17
                                    

Masuk harini dah 8 bulan kandungan Syafra isteri kesayanganku. Memang awal awal umi takbagi dah aku bawak dia keluar jalan jalan. Tapi bagi aku biar dia banyak berjalan supaya dia senang bersalin n takperlulah ceaser ni.

Selepas selamat sampai ke destinasi, aku memusingkan badanku untuk mengejut si manja sorang ni. Dah lah tidur merengkok ke arahku sebab sejuk mungkin. Tak sedar perut dah besar boleh lagi tidur macamtu. Sayang sayang.

Aku menarik lengan kiriku yang masih setia menjadi bantal peluknya. Sebelum kejut, aku membetulkan dulu urat saraf akibat lama sangat memandu.

"Sayang... bangunn dah sampai nii," manja cara aku mengejutnya. Takboleh kasar kasar kang tangan yang sampai ke pipi. Akibat lama sangat tidur Syafra mengecilkan mata memandangku. Kemudian dilandingkan semula kepalanya dipahaku.

"Eh eh sayang dah sampai nii bangunlahhh...." aku menepuk pula pipinya sebelah kanan. Makin kejut makin sedap pulak dia lelapkan mata.

"Hmmm malaslah. Dukung byyy..." rengeknya sambil menggeselkan mukanya diperutku yang berlapik dengan baju.

"Boleh. Tapi karang keluarga angkat by nampak by dukung sayang jangan malu eh. Ha meh cepat sini alolo manja by niii," lembut cara aku menolak badannya supaya bangun dari pahaku. Aku bukan apa kalau cara dia tidur tu masa tak mengandung takpa ni dah lah kandung dua orang tak memasal dia sakit baby pun sakit nanti.

Sebelum keluar dari kereta sempat aku membetulkan tudungnya yang senget, lipstiknya yang sudah capuk aku lapkan menggunakan jariku. Syafra tak marah tau sebab apa? Sebab dia masih lagi dalam dunia dia. Sleeping beauty betullah manja sorang ni.

Setelah siap aku keluar ke arah pintu penumpang untuk mengheret mak buyung ni keluar. Eh bukan heret tapi ajak dia keluar sekali. Kalau dah asyik layan tidur je memang takjadi lah plan aku harini. Sempat aku kemas barang dia dan masukkan ke dalam handbagnya dan dibawa keluar sekali.

Belum sempat aku membuka pintu penumpang, Syafra terlebih dulu keluar dan menggosok matanya dengan kedua belah tangannya. Aku mengukir senyuman melihat perilakunya seperti budak budak ni. Rasa nak gigit je sekarang.

"By? Kenapa kita dekat sini? Ni bukan kee....." soalnya pelik sambil memandang ke arahku untuk mendapatkan kepastian. Aku tahu banyak tanda soal dalam kepala dia buat masani. Tapi apa boleh buat dah sampai masa aku kenalkan dia dengan semua orang.

"Iyepp ni rumah family angkat by. Dah jom masuk mesti dorang dah lama tunggu," aku menarik tangannya untuk mengekori aku tapi Syafra mengeraskan badannya dan masih berdiri kaku diluar pagar.

"Taknak!" Satu perkataan yang meluncur keluar dari mulutnya membuatkan aku kembali berpusing kearahnya.

"Sayang....jangan buat hal ea kita dah sampai ni," tegas suaraku sambil memandang tajam anak matanya. Tapi bila aku buat macamtu mulalah dia mencebikkan bibirnya seolah olah nak menangis. Aduhaii kalahlah encik suami macamni sayang.

Belum sempat aku berkata dia dah tundukkan mukanya kebawah. Kejap lagi mulalah babak airmata. Lagilah aku jadi serba salah. Ni lah Syafra kalau dia kata taknak tu taknaklah tapi nak buat macam mana penat aku drive takkan nak tunggu dekat luar je?

"Sayang. Meh pandang by. dah dah by mintak maaf okay? Sorry marah sayang.. by penat tau drive jauh semata mata nak tunggu luar pagar je? Sayang tak kesian dekat baby ke? Sayang tak sayang by eh? Kalau sayang aby kita masuk eh?" Pujukku sambil membenamkan mukanya ke leherku. Fav port dia kan. Ni je cara nak pujuk. Kalau dah menangis kasilah leher aku baru dia akan okay sikit. Dah nama pun manja by kan.

"Okay" terus aku lap airmatanya dan satu ciuman singgah didahinya bagi melegakan rasa rajuknya sebentar tadi. Apabila moodnya dah okay barulah aku menarik tangannya untuk mengekori aku masuk kedalam rumah.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now