FOURTY

5.9K 203 4
                                    

Double update gais!

************

Setelah dua minggu aku berada dirumah, kini aku telah kembali semula ke rumah kedua ku di UiTM Pasir Gudang. Haih rindu dekat rumah pun balum habis lagi dah kena balik sini tapi takpa demi sesuap dekan 💪🏻.

Harini aku terpaksa pergi ke kelas seorang diri kerana Amza pun demam. Kejap lagi lepas class memang aku kena teman dia pergi klinik sebab haritu masa aku demam panas pun dia yang teman aku dekat hospital. So kena balas balik jasa roomate aku sorang ni.

Belum sempat aku meletakkan punggung dikerusi suara riuh dihadapan class menyentakkan aku supaya melihat kejadian apakah yang sedang berlaku.

"Wahh Encik Faizil handsome lah harini ada apa apa ke?"

"Encik nice lah harini terpikat saya!"

"Sejak bila encik jadi lect kitorang ni"

And so on.

Huh ada lecturer baru rupanya.

But wait!

"Faizil Aiman OMG that my senior!"

"Alamak weii mana aku nak sorok ni menci lah!" Aku jadi kelam kabut secara tiba tiba. Bilik kuliah yang beraircond ini tiba tiba je jadi panas. Kertas yang berada ditanganku juga berselerak.

Hadeh masani jugaklah kelam kabut ni nak datang.

"Syaf kau kenapa ni? Relakslah macam ibu hilang anak pulak," tegur Opi disebelahku apabila melihat keadaaanku yang kelam kabut. Huluran kertas yang Opi beri jugak tidak kusambut malahan aku terasa ada seseorang berdiri dihadapanku.

"Ehem,"

Aku mengangkat kepala. Tudung yang senget jugak kubetulkan.

"Errr ye encik kenapa ya?" Sengaja aku menekankan perkataan 'Encik' disitu. Takkan nak panggil abang kang kantoilah yang Faizil ni senior aku a.k.a ex aku pheww ~

"Tak kenapa awak nampak cemas je ni? Ada hantu ke dalam bilik kuliah ni?" Perlinya sinis sambil diselangi oleh gelak ketawa pelajar lain.

Takguna!

Aku mengecilkan mata memandangnya. Faizil hanya mengangkat bahu lantas membuat isyarat eye contact untuk menyuruh aku fokus kerana sebentar lagi class akan bermula.

"Heh orang tau lah!" Ujarku sambil mengemas kertas yang berselerak manakala Faizil sudah berlalu ke hadapan.

Aku berpusing semula tetapi ada mata mata yang menyebabkan hangin aku naik. Yang takleh blah siap pandang pandang lepastu berbisik!

"Apa pandang pandang? Nak kena cocok ke?" Marahku sambil menunjukkan pen biru yang berada di tangan kananku. Pelajar itu tersentak lantas berpusing dan berhenti daripada mentertawakanku.

Tahu takut.

Selepas dua jam kelas kami berlangsung, maka tepat jam 2 petang class bersama Encik Faizil pun tamat. Yang aku takboleh blah kenapalah masani jugak Puan Nurhaya ni nak bersalin? So Faizil lah kena take over class kitorang selama dua bulan tau. Tu tak kira lagi seminggu berapa kali jumpa dia. Yang aku pulak macam mana boleh tak perasan dia ni lecturer fakulti aku? Haih serabut!

Selepas mengemas meja, aku pun melangkah keluar dari bilik kuliah tersebut bersama Opi tetapi langkah kami terhenti.

"Syaf wait!" Faizil menghampiri kami. Opi sudah memberi isyarat sama ada dia harus beredar ataupun tidak.

"Opi takpa awak balik dulu," Faizil mengarah lantas memberi senyuman manis kepadaku.

Dah apehal!

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now