FIFTY FOUR

6.7K 203 15
                                    

"Uwelkkkkkkk"

dengan pantas aku berlari ke arah bilik air untuk mengeluarkan isi yang ada. Setelah penat aku duduk mencangkung di tepi singki. Air liur yang keluar tidak kutahan malah kubiarkan sahaja sambil kepalaku ditundukkan kebawah. Macamni lah aku setiap pagi buta. Kalau tak disebabkan Dania tak mungkin aku dapat survive diri aku dalam keadaan macam ni.

Dania ada juga ajak aku pergi klinik tapi aku taknak. Aku takut jarum. Aku taksuka ubat. Akhirnya macam ni lah hari hari akan muntah. Pagi dengan malam benda ni akan jadi. Aku taktahu kenapa. Bubur jelah peneman tekak aku buat masani.

Airmataku mengalir dengan deras. Tangan kananku letakkan ditengkuk untuk merasa haba dibadanku. Panas! Ya itu yang aku rasa. Sebab tu aku rasa tak larat dah nak bangun. Kalau boleh aku nak duduk je dalam toilet ni. Kepala yang sakit tidak kuhiraukan malah tekakku masih lagi mahu mengeluarkan isi dalam erti muntah air.

"Syaf! Ya Allah kenapa ni!?" Sergah Dania yang tiba tiba muncul dari pintu bilik air. Punggungku kini telah mencecah lantai. Aku tak peduli basah ke tak sebab sumpah aku dah tak larat.

"Syaf! Heii bangun!" Dania menanpar lembut pipiku apabila melihat keadaanku semakin layu. Dania dengan pantas mencapai gelas kosong di singki dan disuanya air paip itu ke arahku. Tidak kusambut sebab keadaan lemah tidak mengizinkan tanganku untuk beroperasi. Tanpa berlengah terus Dania mencuci mulutku, muka dan juga tapak tanganku. Riak muka Dania jelas menunjukkan yang dia risau.

"Tak larat...." aku menangis lantas meletakkan kepalaku dibahu Dania. Dania pula merapatkan sedikit badanku lalu tangannya dilekapkan dibelakang badanku yang masih beralas dengan baju.

"Ya Allah panas ni! Awak kenapa ni Syaf? Heii bangun!" Suara Dania sedikit tinggi apabila aku tidak memberi respon malahan mataku semakin lama semakin kuyu.

Tiba tiba.

"Uwelkkkkk!!" Aku memuntahkan lagi isi tetapi kali ni aku tak sempat bangun aku termuntah ke lantai nasib tak kena seluar.

Eh kejap.

"Da-nii-aa . da-raa-hh" spontan aku berkata lantas mengelap mulutku menggunakan jari. Ya aku bukan muntah keluarkan isi tapi darah.

"Ya Allah kenapa ni!!! Tunggu kejap Syaf," Dania sudah mula risau. Habis merecik peluh didahinya aku lihat. Tanpa berlengah terus Dania keluar dari bilik air dan membiarkan aku keseorangan. Aku jadi semakin lemah yang aku nak masani Azran. Tiba tiba dadaku menjadi sesak nafas dan seperti mahu meraung habis habisan.

Akibat muntah aku jadi lemah dan terus aku letakkan kepalaku didinding. Airmataku bercucuran tidak kuendahkan. Dalam fikiran aku hanya nampak bayangan Azran.

"A-byyy.." aku merengek kecil dalam tangisan yang bersisa. Mata kurapatkan akibat keletihan.

Dalam 10 minit aku dengar hempasan pintu bilik air dari luar tidak kuhiraukan sebab aku tahu tu Dania.

"sayang..." aku dengar suara Azran dimuka pintu tapi mustahil tu Azran. Terus aku nangis semahunya ditepi mangkuk tandas itu. Yang aku nak sekarang ni Azran. Aku dah tak larat.

"Sayang shhhh aby ni.." aku terasa ada tangan kasar yang mengelap sisa airmataku. Kepalaku pula ditarik agar mendarat dilehernya. Bau Azran! Maknanya ni betul Azran!

"Abyy..." tersekat sekat suaraku mengeluarkan kata kata.Tak larat sebenarnya.

Walaupun keadaan aku lemah aku dapat dengar sayup sayup suara Azran bergetar menyuruh Dania mengambil tuala manakala tubuhku masih lagi didalam pelukan Azran. Rasa dingin je. Tak sesejuk tadi. Menggigil tu masih ada.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now