TWENTY TWO

7.3K 231 1
                                    

Selepas bersiap Syafra menilik dirinya di cermin. Syafra mengenakan jubah bewarna pink belacan dan juga tudung bawal creepe bewarna hitam. Takperlu cantik cantik sebab ada tahlil je kan lagipun baik cantik depan hubby auch 🙈

Azran Damian keluar dari wardrobe bilik mereka setelah siap memakai baju yang sedondon warna dengan Iliya Syafra. Dari jauh Azran sudah tersenyum. Cantik cantik nak pergi mana sayang oiii. Ujarnya dalam hati .

Bukan secara tak sengaja pilih warna yang sama tapi sengaja dirancang katanya biar sweet. Siapa lagi punya idea kalau bukan Syafra yang taknak mengalah.

Azran Damian memandang isterinya lama sebelum menghampiri isterinya yang ralit membetulkan tudung dihadapan cermin. "Masih tak perasan aku lagi rupanya," ujar Azran lalu memeluk erat pinggang Syafra.

Syafra tersentak. Terus pelukan dileraikan.

"Baru nak manja manja dah orang lepaskan. Merajuk ah ceni," terus Azran Damian mengalihkan padangannya. Sengaja mahu memancing Syafra.

Aku menjadi tidak keruan. Terus muka suamiku dikalihkan supaya mengadapku. Dengan segera bibir mulus suamiku dikucup mesra. Itu tanda pujuk okey.

Azran Damian terkaku. Ini ciuman ikhlas atau sebaliknya? Segera matanya dibuka dan ya anak mata isterinya menikam ke dalam bebola mata hitamnya. Ya Allah gugur iman!

"Haip cukup pandang sayang. Dah jom turun rasanya dah ramai dekat bawah tu," ujarku lalu menghentikan perbuatanku sebentar tadi. But wait!

"Hello dah dekat mana dah tu?" Sekali lagi aku mengibas tanganku di depan muka suamiku yang masih kaku seperti tadi.

Dah kenapa pula ni.

"By!!!!!" Sergahku menyebabkan Azran Damian tersentak.

"Errrrr ye sayang ha jom turun cepat!" Terus jadi kalut ya lepas kena kiss? Hek mengada betul Encik Hubby ni.

Masa dalam perjalanan aku turun kebawah ramai orang masjid dah berkerumun dirumahku. Maknanya tahlil dah nak start. Makin laju kaki aku mengorak dan menuju kearah kakak kakak iparku. Yelah karang makin ramai makin takdapat aku nak turun. Suamiku sudah aku tinggalkan dekat belakang berangan lagi lepas kena kiss. Haha 😂

Sedang aku duduk mataku masih lagi melilau mencari kelibat dua sahabatku iaitu Wawa dan Mai. Dorang ni janji lepas zuhur harem taksampai lagi. Dasar janji melayu betui lah 😑

------------

"Dah Am jom turun," ujar Puan Nura seraya membuka seat beltnya. Encik Idrus membuat perkara yang sama. Sempat dia mengerling ke arah Syed Imran. Nampak macam bersahaja je anak dia tu. Mungkin ingatannya masih belum kuat untuk mengetahui rumah siapa yang mereka hadiri ini.

"Am ikut papa eh mama nak pergi tempat perempuan. Apa apa call mama tau?" Ujar Puan Nura sekali lagi. Takut juga dia kalau terjadi apa apa yang tak diingini.

Seraya itu Syed Imran terus membontoti papanya Encik Idrus masuk kerumah banglo itu.

Sedang dia berjalan tiba tiba bahunya dilanggar seseorang. Mahunya tak marah sebab sikit je lagi badannya terdorong kehadapan maka excident bakal berlaku. Hek merepek apa author ni 🙄

Terus sahaja matanya dikalihkan kesisi untuk melihat siapakah gerangan orang yang melanggarnya itu. Oh gadis! Cantik. Persis hatinya.

"Ya Allah maaf maaf bang saya tak sengaja," ujar gadis tersebut yang masih tidak perasan bahawa Syed Imran sedang merenungnya.

Apabila kepala gadis itu diangkat mendongak untuk memandang Syed Imran. Lidanya kelu. Terus menjadi bungkam secara tiba tiba.

"Errrr Syed Imran?" Ujar gadis tersebut dengan terketar ketar. Dah kenapa sindrom pulak ke?

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now