ELEVEN

6.7K 192 4
                                    


Aku melajukan kakiku ke arah restoran tomyam makwan favourite port kitorang berempat masa kelas tambahan time PMR dulu. Sekarang port Mai dgn Wawa pula sebab berdekatan dengan area tempat kerja Wawa dengan Mai.

Aku taktahu apa motif dorang nak jumpa aku. Tapi asal Amni takjoin eh? Maybe dia cuti hari lain kot. Aku cuba positif.

Sampai sampai je aku tengok 2 makhluk Allah ni tengah makan.

Masha Allah tak tunggu aku pun!

"Woiii aku sampai pun semasing kusyuk lagi makan eh?" tegurku. Tangan kananku memain peranan menepuk meja itu. Wawa dan Mai terus tersentak. Suapan yang dimakan turut terhenti.

Tahu terkejut.

"Kau lah dah sejam tunggu kitorang pun melantak la dulu heheheh," balas Mai. Sambil tu sempat lagi dia sumbat ayam dalam mulut. Teruk betul perempuan ni!

"Okay takpa takpa asalkan kejap lagi korang tunggu aku," balasku. Mai dan Wawa sudah tercengang. Ha padanlah muka kau buat aku lagi kan.

Selepas ambil order aku pun macam tak sabar nak dengar benda yang dua sahabat aku nak share ni. Macam penting sangat. Entah entah nak belanja aku kasut? Baju? Ke handbang? Wow asyukkk aku macamni.

Tengah tengah syok mengelamun ada pulak tangan merentap tangan aku.

Aku terus tersedar dari mimpi yang nyata. Ngeh ngeh.

"Tak kau apehal nak mengelamun ni? Amboii makanan kau dah sampai pun sedap lagi mengelamun kan," bebel Wawa. Eleh sekati ah jeles ah tu aku mengelamun.

"Okay sebelum aku makan. Apa benda yang I.M.P.O.R.T.A.N.T sangat yang korang nak cakap ni?"

Wawa dan Mai berpandangan sesama sendiri. Aku pulak pelik. Pehenya dua minah ni.

"Okay firstly bila aku cakap kau kena sabar plus jangan melenting okay?"

Dah sudah. Elok elok aku ada mood terus jadi berdebar pulak. Apa benda do dah jadi.

Aku cuba positif. Tapi akal aku ni macam menghasut benda jahat. Nyah kau seton!

Segera aku beristighfar.

"Ha pediaa. In sha Allah aku terima. Jujur jela,"

"Errrr cemni Syaf sebenarnya haritu kitorang nampak tunang kau," kata Mai. Cara dia cakap macam terketar ketar. Pehal ni sindrom ke?

"Then?"

"Hm dia dengan Amni jalan sesama dalam mall tempat kitorang kerja," balas Wawa pula.

"Ohhhh," balasku sepatah.

"Amni mana? Taksangka dia ada kakak nama Amni," balasku bendul.

"Kepala hongek kau kakak dia. Kawan kau, kawan aku, kawan Wawa si Siti Amni la ngekkk," balas Mai sambil ketuk kepala aku. Sakit!

"Eh wait! Korang tipu kan? Sebenarnya korang jeles kan aku tunang tengku kan,"

"No Syafra! Kitorang nak kau beware je! Takda langsung niat kitorang nak jatuhkan kau or else Syafra. Dengar apa ktorang nak cter ni!" jawab Wawa.

Aku sendiri taktahu nak percaya atau tidak. Lagipun dorang ni sahabat aku. Mana mungkin dorang nak tipu aku.

But wait Amni? Patutlah dia takda harini.

"Takpalah korang terima kasih sebab bagitahu. Bagi aku hadam dulu apa korang cakap and biar aku siasat ya. Takpalah aku balik dulu. Assalamualaikum," kataku lalu beredar keluar dari restoran tersebut. Sempat jugak aku meletakkan not rm20.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now