FOURTY NINE

5.9K 170 3
                                    

Azran jadi tidak keruan. Sudah dua minggu dia memerapkan dirinya dirumah tetapi khabar berita dari orang upahannya untuk mencari Syafra juga tiada. Mereka juga menyepi.

"Bodohlah! Dorang ni tak reti buat kerja ke macam mana? Bukan susah pun jejak Syafra tu! Huh," Azran sudah naik berangnya. Iphone6 nya dicapai dan terus tangannya mendail number seseorang.

"Hello korang dekat mana? Buat kerja ke tak buat kerja? Dah dua minggu aku diam korang pun diam. Petang ni jumpa aku dekat tempat biasa kalau tak korang boleh berambus,"

"Ba-aik bos,"

Azran mendengus kasar lantas rambutnya yang menutupi dahi diselak kebelakang. Mukanya diraup kasar.

"Baliklah sayang....by takkan penat cari sayang. By yang buat masalah! By menyesal sayang," ujar Azran sayu lantas kepalanya dilentokkan ke kepala sofa itu. Air milo tin ditangannya diteguk sedikit demi sedikit menghilangkan dahaga. Azran pun pelik sejak bila dalam rumah ni ada air tin milo? Selalunya Syafra yang akan bancuh sendiri katanya biar Azran rasa air tangan dia buat air milo.

Sejak seminggu lalu Azran kerap bangun lewat dalam pukul 11 pagi macamtu. Bila bangun je aroma bau masakan menjengah hidung Azran. Takkan ada orang masak guna dapur dirumah Azran kot? Bila pergi mengintai dekat dapur takda siapa cuma yang ada lauk ayam pedas, sayur bayam dan juga nasi putih yang masih panas. Siapa yang hantar?

Apabila Azran mencuit sedikit lauk tersebut rasanya sama seperti Syafra masak. Jangan jangan Syafra ada dekat rumah ni tak? Tapi hampa habis kesemua corok di dalam rumah ni Azran carik kelibat Syafra tapi takda. Hanya bauan si manja itu je masih tertinggal.

Remote control dicapai dan rancangan memasak menjadi tumpuan utama Azran ketika ini. Masih ingat lagi waktu dahulu dirumah umi. Kalau ada masa terluang je mesti Syafra masuk dapur katanya nak bergusti dengan periuk. Azran pun apa lagi ambil kesempatan yang ada untuk bergusti sama.

"Byyy pergi keluar! Bukan tolong sayang tapi by pijak kaki sayang lah cubit pipi sayang lah sakit tau tak," senduk yang berada ditangan Syafra dihalakan tepat kemuka Azran. Azran hanya membatu dan tidak ada tanda mahu bergerak.

"Eh eh tak takut pulak dia eh," belum sempat Syafra bergerak seinci tubuhnya segera didakap erat oleh Azran. Syafra meronta untuk dilepaskan tetapi pelukan diketatkan lagi oleh Azran.

"Ishh sayang diamlah. Bising lah macam mak nenek! Biar by hug sayang cemni. Lepastu sayang masaklah!" Ujar Azran girang lantas mencium pipi gebu isterinya itu bertalu talu. Syafra tidak mempunyai kudrat untuk menolak bahkan terpaksa merelakan setiap inci perbuatan Azran itu.

"By tengoklah ni by kacau sayang bukan tolong! Tolonglaa lepaskan byyy," Syafra merengek sekali lagi tetapi kali ni dia merengek di leher Azran. Mula lah tu nak manja manja. Sambil tu hidungnya digeselkan dileher Azran.

"Hish si manja ni. Meh sini senduk tu. Sayang duduk sini tengok by pula masak. Asyik dia je berperang. Asyik by je tengok sayang. And now turn sayang tengok your lovely handsome hubby masak okay madam?" Lantas Azran mengangkat tubuh montel isterinya itu ke arah kerusi meja yang berdekatan. Dengan penuh berhati hati Syafra duduk dengan cermat. Belum sempat tangan Azran dilepaskan dipinggan Syafra satu ciuman hinggap di bibirnya.

Azran tergamam. Lantas duduk melutut dihadapan isterinya.

"What for baby?" Soal Azran dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir manisnya. Lepas kena kiss terus senyum lebar nampak. Hai lah Azran.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now