SC ||

6.8K 252 39
                                    

Syafra pov

Selepas aku masuk kedalam perut kereta, aku lihat heroko sudah lena dipangkuan mummy. Yang si Dani elok je tidur dekat seat baby dekat depan sebelah pemandu. Haih kuat betul dua kembar ni tidur semenjak nak membesar ni.

Now time to gegirl jalan jalan. Sebenarnya bukan ke arah girls day out tapi kami ada satu plan. Cuma plan ni hanya kami bertiga je tahu. Kalau dah kami bertiga je tahu dah sah sah lah Azran takboleh tahu sebabtu aku tinggalkan je dia dekat rumah walhal aku tahu dia tengah demam. Tapi apa boleh buat daa ni plan kebabom punya.

Aku alihkan badanku ke kanan untuk mengambil Iyan, tapi mummy menghalang. Yelah aku kesian kot tengok mummy pangku cucu dia yang semangat sorang ni. Nasib baik Dani tak semangat macam Iyan. Ada kontra antara kembar ni.

"Takpelah Syafra. Dah alang alang dia tertidur dekat lengan Nek My dia ni biar terus tidur je. Kang alih posisi tidur dia takut terjaga pulak," ujar mummy sambil menutup muka anakku dengan tangannya bagi menghalang terkena cahaya matahari. Alahai sayang cucu betul.

Aku hanya tersenyum melihat perilaku mummy. Kalau dulu aku tak dapat nak kenal siapa mummy Azran yang Azran sembunyikan tu kini dah ada depan mata aku. Siap sanggup tu tinggalkan daddy dekat Perak semata mata duduk JB 2 minggu katanya takboleh berjauhan dengan anakku. Memang pada awalnya aku merancang nak ajak mummy tidur rumah aku, tapi Dania awal awal dah cop mummy dulu duduk rumah dia. Jadi aku terpaksalah mengalah.

"Iyelah mummy... kalau mummy tak larat mummy bagi Syaf tau. Bukan apa Iyan dah semangat mummy," ujarku lalu mengelus lembut rambut yang masih bersisa dikepala Iyan. Seciput je rambut yang tinggal sebab sebulan lalu dah buat cukur jambul dekat rumah umi dengan ayah dekat KL.

"Haih untunglahh mummy dah sayang kembar. Anak kita dah terpaksa turun tahta lah pulak," ujar Dania yang fokus memandu dihadapan. Mummy dan aku berpandangan dan saling membalas senyuman.

"Kak Dania! Bagi mummy cucu number two okay?" Sergahku menyebabkan Dani membuntangkan mata lalu memandangku sekilas.

Sejak kami semakin rapat ni, aku mula gelarkan Dania ni "Kakak" sebab dia kan kakak ipar aku dan lagipun dia kan lagi tua dari aku. Memang Dania halang aku berbuat demikian, tapi atas dasar hormat aku tetap memanggilnya begitu. Jadi Dania sudah lali.

"What the mummy? No way!!!!"

Makin galak mummy dan aku bergelak sakan dibelakang manakala Dania sudah memuncungkan mulutnya. Marah lettew!

Dania Dania bukannya tak laku semenjak dia bercerai dengan husband dia dulu tapi dia yang jual mahal. Katanya lelaki semuanya sama yeke? Sebabtu lah dia marah gila gila masa Azran tengking aku dulu. Aku harap perkahwinan aku ni berkekalan sampai jannah in sha Allah.

--------

"Boss. Saya tengah perhatikan dia ni. Tapi nampaknya macam dia tengah jumpa sorang lelaki,"

"Seriouslah? Kau jangan tuduh sebarangan. Dia sorang je ke?"

"Ye boss dia sorang je ni. Mana ada orang lain. Sekarang ni dorang ada dekat kfc,"

"Shit ah! Anak aku pun takda dekat situ ke? Kakak aku?"

"Takda bos. Tapi saya tengok muka dia macam serious je. Saya pun tengah curious sekarang ni,"

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now