FOURTY THREE

5.2K 154 7
                                    

DEMI MALAM NEW YEAR KAK NURUL UPDATE! 👀

DAH JANGAN NANGIS HAHA

HAPPY NEW YEAR KORANG! 🎉SHARE SIKIT AZAM TAHUN BARU

************
Aku membuka mata perlahan lahan. Bau asing yang menerpa ke dalam hidungku membuatkan aku jadi tak selesa.

Sedaya upaya aku mengangkat badanku tetapi rahimku seperti mencucuk cucuk. Sakit!

"Awh!" Aku memegang perutku dan berbaring kembali.

"Syaf? Okay tak?" Aku terdengar suara wanita disebelah kiriku. Aku memusingkan kepala untuk melihat siapakah gadis itu.

Dengan bantuan cahaya bilik aku dapat melihat seorang gadis yang lengkap berbaju santai duduk diatas kerusi disebelah katilku. Mukanya kelihatan risau.

"Dania? Ma-cam ma-na sayaa boleh ada dekat sini?" Soalku apabila melihat keberadaanku yang memakai baju hospital dan tanganku juga terasa perit akibat cucukan jarum.

Dania tersenyum nipis.

"Awak....."

Aku tak puas hati dengan jawapan Dania. Terus aku begerak ke sisi katil untuk turun. Tetapi dengan pantas Dania menghalang pergerakanku.

"Baik cakap saya kenapa!!!! Kenapa perut saya sakit!!!" Aku sudah menjerit seperti kena rasuk. Entahlah secara tiba tiba aku bersikap sedemikian.

"Sabar Syaf. Dengar dulu saya cakap. Yang penting saya harap awak terima dengan redha dan sabar," ujar Danis lemah. Tangan kiriku digapai seperti menyalurkan kekuatan. Aku pelik kenapa Dania cakap macamni? Macam ada sesuatu yang terjadi.

"Saya kenapa Dania?!" Aku menengkingnya. Kesakitan di bahagian rahimku tidak kuhiraukan bahkan lagi sakit apabila Dania tidak menerangkan perkara sebenar.

"Awak-"

Dania berhenti seketika lalu nafasnya ditarik sedalam dalamnya sebelum meneruskan percakapannya.

Aku menanti dengan penuh debaran. Badan aku sandarkan ke kepala katil dengan penuh hati hati.

"Keguguran Syaf.." ujar Dania lalu melarikan wajahnya untuk memandangku. Aku kaget. Aku taktahu perasaanku tika ini sama ada nak menangis ataupun terkejut.

Tanpa sedar airmata ku menitis laku dipipi mulusku bahkan anak mataku masih lagi merenung Dania yang sedang menundukkan wajahnya.

"Syafff a-w-a-k ookaay?" Soalnya sambil menarik kerusi tersebut agar rapat denganku. Tanganku diusap lembut.

"Saya taktahu saya mengandung.." ujarku dalam sendu walhal hatiku berasa sedih yang amat kerana anakku mati tanpa aku sedari yang selama ini aku telah mengendong satu nyawa di dalam rahimku. Maafkan ibu sayang.

"Shhhh sabar Syaf istighfar jangan fikir bukan bukan. Saya ada dekat sini. Awak nak apa apa tak?" Ujarnya lalu mengusap lembut umbun kepalaku yang masih dilitupi tudung itu.

"Azran mana Dania?" Soalku pelik. Yelah lepas kami gaduh tadi dalam bilik duniaku menjadi gelap dan aku taktahu sama ada Azran nampak ke tak yang aku dah pengsan. Dan macam mana Dania boleh ada dekat sini?

"Azran ada. Dia pergi uruskan baby Muhammad kamu berdua. Banyak banyak bersabar. Ingat Allah Syaf," Dania masih lagi menenangkan aku. Nama 'Muhammad' yang disebut oleh Dania tadi seolah olah telah memberi satu sapaan angin dingin di dalam rahimku. Sejuk dengar nama permata cinta aku. Tapi aku takda rezeki nak lihat wajah dia nak tatap dia nak cium dia buat kali terakhir. Allahu.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now