FOUR

8.9K 253 5
                                    


Aku membolos masuk kedalam perut kereta abangku iaitu abang Ilyas apabila dia sukarela mahu menghantar aku kerja ke office Syed Imran. Katanya office Syed Imran hanya selang beberapa bangunan sahaja dengan DMC Holdings.

Mesti tertanya tanya kan macam mana aku boleh terima offer kerja ni kan walhal semua pun tahu aku masih 18 tahun dan penganggur terhormat di rumah selepas SPM.

*flashback*

Pada malam itu keempat- empat beradik tersebut berkumpul untuk makan malam di rumah umi dan ayahnya. Disebabkan Ilyas sudah berjanji mahu sponsor semua makanan maka malam tersebut dia menunaikannya.

"Hm hm para hadirin yang dikasihi sekalian. Saya Illya Syafra mahu kalian memberi cadangan" aku memulakan perbicaraan gaya pengerusi majlis di meja makan tersebut. Mata umi,ayah,abang,angah,kakak dan yang lain sudah tertumpu dekat aku. Aku jadi kelu nak meneruskan percakapanku.

"Iyaa Puan Syafra sila teruskan. Cadangan apa yang kamu mahu kami semua bantu" sambung angah Izham.

Aku menarik nafas dalam dalam dan meneruskan agendaku "Cemni, petang tadi umi dan ayah cakap anak kawan dia offer adik kerja dekat office dia as designer. Perlu ke adik pergi? Syaf pengalaman pun takda. Basic melukis tu adalah," kataku dengan sayu sambil menguis lauk didalam pinggan.

"Lah apa masalahnya adik pergi jelah. Even takda pengalaman dik. Adik kerja situ adik dah dapat pengalaman" abang memberi cadangan. Yang lain hanya mengangguk.

"Then alang alang adik jadi penganggur tak berbayar kat rumah ni. Baik adik pergi sana dapat duit dapat pengalaman," angah pula menambah.

"Ha lagi satu manetau jumpa jodoh ke," kakak cuba buat lawak hambar. Yang lain sudah ketawa. Kurang asam!

"Betul dik terima jela offer tu eh. As long as adik ada basic before adik sambung belajar. Tak gitu?" ayah pula cucuk jarum. Aku semakin buntu. Ada baiknya jugak aku terima cadangan semua.

Aku pandang muka ahli keluargaku satu persatu. Masing masing macam menaruh harapan. Tanpa berfikir apa apa aku terus menjawab "Yela adik terima,"

Yang lain usah cakap ada yang ucap alhamdulillah la senyum lebar sampai ketelinga la. Hish takfaham kenapa la suka sangat aku kerja situ. Ada apa apa ke? Soal ku dalam hati dengan sedikit blur mcm Amni.

"Okay kalau cemtu esok abang hantar adik tau. Sebab office budak tu dekat je dengan office abang," offer abang dengan tiba tiba. Aku hanya mengangguk lesu. Tak readyy nak kerjaaa!!!!

*end flashback*

"Okay dah sampai officenya. Ingat jangan buat perangai tau adik. And one more thing Syed Imran tu baik dia boss besar kat syarikat ni tau. Dia dengan kawan abang yang Azran Damian tu partner design jugak. Tapi just Yan tu Interior Designer." terang abang dengan panjang lebar.

Aku dengan malas segera mencapai tangan abang untuk salam dan terus keluar dari perut keretanya lalu menuju ke arah lift.

Sesampainya aku di lift tersebut. Bahuku dilanggar oleh seorang wanita. Dengan belagaknya wanita tersebut terus berlalu pergi anpa menoleh. Eh eh maaf pun takda. Pakaian dah la takcukup kain ketat sana ketat sini. Huh! Aku mendengus geram.

Harini Illya Syafra mengenakan baju kurung kraftan bewarna putih dan berbunga pink soft manakala tudung pula Syafra memakai shawl berwarna pink belacan dan dicalit sedikit gincu aloe vera menampakkan lagi wajah jelita Syafra. Walaupun umur Syafra baru 18, tapi Syafra cukup menjaga menampilannya. Biar chubby asalkan comel. Hiks!

------------

Syed Imran pagi pagi lagi sudah sampai kepejabat. Punyalah excited menunggu pekerja barunya masuk, Syed Imran mengarahkan penolong setiausahanya mengemas satu meja bagi menempatkan untuk pekerja itu.

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now