SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️

By nunaleee_

520K 14.1K 703

{COMPLETE STORY} ✔️ Bukan dipaksa kahwin tetapi atas kerelaan sendiri. Mampukah Syed Imran menawan semula hat... More

ONE
TWO
NOTED
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
NOTED
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
NOTED
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
NOTED
TWENTY ONE
HAPPY
TWENTY TWO
TWENTY THREE
TWENTY FOUR
TWENTY FIVE
TWENTY SIX
TWENTY SEVEN
TWENTY EIGHT
TWENTY NINE
THIRTY
THIRTY ONE
HAIIII
THIRTY TWO
HAIII
HAIIIII
TITLE BARU
THIRTY THREE
THIRTY FOUR
THIRTY FIVE
SORRY
THIRTY SIX
THIRTY SEVEN
THIRTY EIGHT
THIRTY NINE
FOURTY
FOURTY ONE
FOURTY TWO
FOURTY THREE
FOURTY FOUR
FOURTY FIVE
TEASER
FOURTY SIX
FOURTY SEVEN
FOURTY EIGHT
FOURTY NINE
FIFTY
FIFTY ONE
FIFTY TWO
FIFTY THREE
FIFTY FOUR
FIFTY FIVE
FIFTY SIX
SC |
SC / QA ?
SC ||
SC||| ending
#nakcakap

Epilog

10.9K 262 17
By nunaleee_

Masuk harini dah 8 bulan kandungan Syafra isteri kesayanganku. Memang awal awal umi takbagi dah aku bawak dia keluar jalan jalan. Tapi bagi aku biar dia banyak berjalan supaya dia senang bersalin n takperlulah ceaser ni.

Selepas selamat sampai ke destinasi, aku memusingkan badanku untuk mengejut si manja sorang ni. Dah lah tidur merengkok ke arahku sebab sejuk mungkin. Tak sedar perut dah besar boleh lagi tidur macamtu. Sayang sayang.

Aku menarik lengan kiriku yang masih setia menjadi bantal peluknya. Sebelum kejut, aku membetulkan dulu urat saraf akibat lama sangat memandu.

"Sayang... bangunn dah sampai nii," manja cara aku mengejutnya. Takboleh kasar kasar kang tangan yang sampai ke pipi. Akibat lama sangat tidur Syafra mengecilkan mata memandangku. Kemudian dilandingkan semula kepalanya dipahaku.

"Eh eh sayang dah sampai nii bangunlahhh...." aku menepuk pula pipinya sebelah kanan. Makin kejut makin sedap pulak dia lelapkan mata.

"Hmmm malaslah. Dukung byyy..." rengeknya sambil menggeselkan mukanya diperutku yang berlapik dengan baju.

"Boleh. Tapi karang keluarga angkat by nampak by dukung sayang jangan malu eh. Ha meh cepat sini alolo manja by niii," lembut cara aku menolak badannya supaya bangun dari pahaku. Aku bukan apa kalau cara dia tidur tu masa tak mengandung takpa ni dah lah kandung dua orang tak memasal dia sakit baby pun sakit nanti.

Sebelum keluar dari kereta sempat aku membetulkan tudungnya yang senget, lipstiknya yang sudah capuk aku lapkan menggunakan jariku. Syafra tak marah tau sebab apa? Sebab dia masih lagi dalam dunia dia. Sleeping beauty betullah manja sorang ni.

Setelah siap aku keluar ke arah pintu penumpang untuk mengheret mak buyung ni keluar. Eh bukan heret tapi ajak dia keluar sekali. Kalau dah asyik layan tidur je memang takjadi lah plan aku harini. Sempat aku kemas barang dia dan masukkan ke dalam handbagnya dan dibawa keluar sekali.

Belum sempat aku membuka pintu penumpang, Syafra terlebih dulu keluar dan menggosok matanya dengan kedua belah tangannya. Aku mengukir senyuman melihat perilakunya seperti budak budak ni. Rasa nak gigit je sekarang.

"By? Kenapa kita dekat sini? Ni bukan kee....." soalnya pelik sambil memandang ke arahku untuk mendapatkan kepastian. Aku tahu banyak tanda soal dalam kepala dia buat masani. Tapi apa boleh buat dah sampai masa aku kenalkan dia dengan semua orang.

"Iyepp ni rumah family angkat by. Dah jom masuk mesti dorang dah lama tunggu," aku menarik tangannya untuk mengekori aku tapi Syafra mengeraskan badannya dan masih berdiri kaku diluar pagar.

"Taknak!" Satu perkataan yang meluncur keluar dari mulutnya membuatkan aku kembali berpusing kearahnya.

"Sayang....jangan buat hal ea kita dah sampai ni," tegas suaraku sambil memandang tajam anak matanya. Tapi bila aku buat macamtu mulalah dia mencebikkan bibirnya seolah olah nak menangis. Aduhaii kalahlah encik suami macamni sayang.

Belum sempat aku berkata dia dah tundukkan mukanya kebawah. Kejap lagi mulalah babak airmata. Lagilah aku jadi serba salah. Ni lah Syafra kalau dia kata taknak tu taknaklah tapi nak buat macam mana penat aku drive takkan nak tunggu dekat luar je?

"Sayang. Meh pandang by. dah dah by mintak maaf okay? Sorry marah sayang.. by penat tau drive jauh semata mata nak tunggu luar pagar je? Sayang tak kesian dekat baby ke? Sayang tak sayang by eh? Kalau sayang aby kita masuk eh?" Pujukku sambil membenamkan mukanya ke leherku. Fav port dia kan. Ni je cara nak pujuk. Kalau dah menangis kasilah leher aku baru dia akan okay sikit. Dah nama pun manja by kan.

"Okay" terus aku lap airmatanya dan satu ciuman singgah didahinya bagi melegakan rasa rajuknya sebentar tadi. Apabila moodnya dah okay barulah aku menarik tangannya untuk mengekori aku masuk kedalam rumah.

----------
Syafra pov

"Bonda mana Sarah eh? Tak nampak pun?" Soal Azran ketika kami semua sedang minum petang dilaman rumah keluarga angkat dia ni. Dari tadi aku cari juga kelibat si Sarah ni dah tak reti nak keluar ke?

Sarah. Satu nama yang tak asing aku takkan lupa dari dulu. Betul ke ni family angkat Azran. Ke ni family isteri number dua? Kalau betul isteri number dua dia aku sanggup bergusti. Kalau terberanak pun aku tak kisah.

"Dia keluar dengan kawan katanya. Ni lepas asar kejap lagi baliklah tu," ujar Bonda sambil tersenyum ke arah kami berdua. Aku dari tadi hanya jadi patung cendana sahaja. Taktahu nak menyampuk apa.

"Sayang okay? Ke nak duduk dalam?" Soal Azran tiba tiba sambil merenung kasih anak mataku. Aku hanya membalas dengan mengangguk sahaja manakala tangan Azran masih kemas di genggamanku.

"Syaf dah berapa bulan dah ni? Nampak macam sarat je,"

"Lapan bulan makcik.." jawabku sambil tersenyum ke arahnya.

"Janganlah makcik makcik. Bonda ni ibu susuan Adam juga dari kecil. Kalau Bonda dengar kamu panggil makcik lagi siap kamu!" Guraunya menyebabkan kami semua tergelak besar. Begitu juga aku.

Sedang kami leka berborak loceng pintu pagar berbunyi. Belum Bonda ingin membuka pintu, seorang gadis sebaya aku melangkah masuk menuju ke arah kami dengan senyuman yang tak lekang. Belakang dia pulak ada seorang lagi gadis.

Eh?! Membulat mataku melihat dua gadis yang semakin hampir dengan kami ini.

"Mai! Wawa!" Berlari aku mendapatkan dua sahabat baik aku yang dah lama tak ketemu ini. Lupa seketika yang aku sedang sarat mengandung.

"Wehhh! Kau sedar tak kau tu mengandung? Naik gugur jantung aku tengok kau berlari sakai!" Marah Mai sambil mencubit lenganku kuat. Habit dia!

"Sorry... aku rindu korangggg...." ujarku sayu sambil memeluk dua sahabatku ini manakala Azran dan bonda sudah tersenyum melihat perilaku kami bertiga. Cara renungan Azran aku tahu kejap lagi aku bakal dibrainwash sebab berlari. Hehe sorry byy..

"Kitorang punnn...." kami saling berpelukan dalam masa 5 saat untuk melepaskan rindu yang bersarang.

"Dah dah jom masuk nak dekat asar ni. Kita jemaah sekali. Boleh kan Adam?" Soal bonda menyebabkan kami bertiga berhenti bergurau dan saling berpandangan. Azran pula aku lihat sudah mengangguk dan belum sempat Azran menghampiri aku, lengan tanganku telah disambar oleh Mai untuk masuk kedalam.

"Sorry hubby sayang kena lupakan by sekejap," ujarku sambil memandangnya dengan wajah kesian. Azran pula menggeleng melihat telatah kami bertiga.

"Sorry Syaf aku lupa kau dah bersuami. Its okay aku harap abang aku tak marah lah," ujar Mai sambil mempamerkan riak teruja apabila berjumpa dengan aku.

---------

"Bonda, Mai, Wawa kitorang gerak dululah ye karang lambat sampai pulak. Terima kasih bagi tumpang solat, makan, rehat kejap. Ada rezeki kami datang lagi ya?" Tuturku lembut sambil mengucup tangan bonda, Mai dan Wawa. Azran juga turut buat perkara yang sama.

"Kamu berdua ni dah macam anak bonda. Adam, semua dah prepare ke? Takut pulak tetiba isteri kamu nak bersalin ke," soal Bonda kepada Azran yang tadi ralit berbual dengan adiknya Sarah a.k.a Maisarah sahabat aku. Aku hanya diam sambil berdiri disebelah Wawa. Aku taktahu kenapa aku rasa kaki aku macam sejuk semacam.

Azran yang masih tak perasan akan perubahanku masih lagi berbual mesra dengan bonda manakala aku sudah rasa berpeluh peluh saat ini.

"Ehh kejap ehh phone tertinggal pula," Azran sudah meluru masuk kedalam rumah manakala aku masih lagi diam tak bersuara.

"Syaf kau okay tak ni?" Soal Wawa cemas disebelahku. Tangan kananku sudah mencengkam lengannya. Bonda dan Mai sudah menghampiri kami berdua dan membawa aku supaya duduk dikerusi berdekatan.

"Syaf muka dah pucat ni. Kau okay tak?" Soal Mai pula sambil mengelap peluhku didahi. Tiba tiba aku rasa bawah kain ku basah.

"Ya Allah air ketumban dah pecah ni!! Azran Azran cepatt!!! Syafra dah nak bersalin niii!!" Jerit bonda menyebabkan Azran terkocoh kocoh keluar dari rumah mendapatkan kami.

"Bonda! Korang pegi siap ikut Azran pegi hospital cepatt!!!" Tanpa berlengah terus bonda dan yang lain berlari masuk kerumah manakala Azran sudah mencepung badanku supaya masuk kedalam kereta.

Tanganku digenggam erat. Dahiku dikucup berkali kali. Aku nampak Azran menangis sambil melagakan dahinya ke dahiku. Ya Allah.

"Maafkan sayang byy buat byy risauu! Awhh sakitttttt...."

"Shhhh sayang tahan sikit eaa.. by tahu sakit. Sayang pegang tangan by pegang jangan lepasss..." teresak esak Azran dibuatnya. Akibat menggigil aku menarik tangan Azran dan aku letakkan dipipiku.

"Adam jom cepat!" Tanpa berlengah terus kereta yang dipandu Azran meluncur laju dijalan raya manakala aku masih lagi menahan kesakitan yang amat sangat dibawah ari ari ku.

----------

Azran pov

"Allahuakbar Allahuakbar,"

Alhamdulillah Syafra telah selamat melahirkan baby kembar lelaki kami tepat jam 10:00 malam tadi. Memang pada awalnya aku nak bawa dia pergi hospital kerajaan tapi dah hospital swasta yang dekat dengan rumah bonda. Takdapatlah aku tengok macam mana kuatnya Syafra melahirkan dua kembar tersebut sebab aku fobia dengan darah sebenarnya.

Aku bersyukur sebenarnya Syafra bersalin awal sebab dia dapat bersalin normal macam yang dia nak. Sebab tulah aku suka bawak dia jalan jalan dalam tempoh nak bersalin sebelum ni. Lagi umi larang lagi aku nak bawa dia jalan. Dia pun kaki jalan so ikut jelah kaki hubby dia yang kuat jalan ni.

Saat ni aku berjanji akan menjaga dan membahagiakan insan yang aku cinta ini selain mummy. Tengoklah bertapa kuatnya seorang wanita yang bergelar ibu sanggup bertarung nyawa melahirkan anak mereka. Siapa yang masih ada ibu tu hargailah selagi mereka masih hidup.

"Alhamdulillah tahniah Dam! Tak sangka kan dapat baka kita. Tengok sikit baby. Alolo comelnya ikut muka Aunty Nia dia," puji Dania sambil mengangkat bakul sendiri.

"Kuatlah kau Yan sampai terkeluar dua sekali. Sayang kita kena kerja keras ni!" Gurau Iliyas abang iparku diselangi gelak ketawa keluargaku yang lain akibat gurau kasar Iliyas itu.

"Tak sangka atok dapat cucu dua dua hero. Adalah geng dengan anak Sofea," ujar Ayah ceria sambil mencium pipi montel anak sulungku. Manakala anak keduaku didukungan umi. Tak pula merengek tu.

"Abang dah ada nama belum?" Soal Sarah beria beria sambil menunggu jawapan daripada mulut aku. Sebelum baby lahir lagi aku dengan Syafra dah mencadang nama ni.

"Dah lah. Yang abang nama dia Tengku Izz Danial yang adik Tengku Izz Daiyan," ujarku sambil tersenyum.

"Sedap nama. Zaman sekarang pilih nama anak pelik pelik. Berbelit lidah nak menyebut. Semoga jadi anak soleh ya dua hero ni," ujar Umi sambil mengelus lembut pipi si adik yang sudah lena di pangkuannya.

"Comel kan bonda ada lesung pipit. Sorang tu ada dua dua belah yang ni sebelah je," ujar Sarah ceria sambil mencium pipi anak keduaku bertalu talu.

Bahagia! Ya ini yang aku rasa tika ini. Semua keluargaku berkumpul menyambut anak kembarku. Umi, ayah, Iliyas dan Maya, bonda, Sarah, Wawa dan yang lain lain. Sanggup mereka bergegas datang kesini selepas aku bagitahu Syafra dah nak bersalin. Manakala Syafra? Masih lagi berehat sebab dia tumpah darah tadi.

"Adam. Ni dah nak lewat malam ni apa kata semua tidur rumah bonda je? Esok boleh lawat lagi. Lagipun nak drive jauhkan?" Cadang bonda menyebabkan semua mata tertumpu kearah bonda terutama aku.

"Ehh boleh ke? Tak susahkan awak ke? Ramai ni," ujar Umi pula sambil memandang ke arah bonda. Aku tahu apa yang ada dalam pemikiran umi. Umi susah sebenarnya nak tidur rumah orang tapi tengoklah dorang ni setuju ke tak.

"Boleh je. Rumah saya besar kak. Muat je lagipun bilik banyak. Yang tinggal dengan saya pun dua orang ni je dengan bibik. Tak keberatan bolehlah gerak," ujar bonda menyebabkan ramai yang mengangguk tanda setuju.

Setelah meletakkan baby, mereka semua beredar untuk turun kebawah. Sempat aku menyerahkan kunci keretaku kepada Sarah sebab datang sini naik sekali kereta aku takkan nak balik tumpang dorang pulakkan.

"Goodnight hero Baba. Sleep well ea esok kita borak lagi tau. Assalamualaikum," ujarku seraya mencium pipi mereka dan meletakkan dua heroku di dalam inkubator. Setelah selesai, aku beredar untuk menuju ke wad yang menempatkan Syafra.

'Terima kasih ya Allah atas kurniaanmu yang tak ternilai ini'






-TAMAT-

Mana Azran & Syafra lovers ni
Tak sedih ke story dah habis.
Comment bebanyak pasni takjumpa dah dalam BSMB!
😭😭😭

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 51.9K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
1.4M 46.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
449K 16.6K 58
𝙁𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ Known as His Kesayangan : Forever Love 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝑰 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝑰 𝒇𝒂𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆...
95.6K 6.5K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...