SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️

By nunaleee_

520K 14.1K 703

{COMPLETE STORY} ✔️ Bukan dipaksa kahwin tetapi atas kerelaan sendiri. Mampukah Syed Imran menawan semula hat... More

ONE
TWO
NOTED
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
NOTED
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
NOTED
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
NOTED
TWENTY ONE
HAPPY
TWENTY TWO
TWENTY THREE
TWENTY FOUR
TWENTY FIVE
TWENTY SIX
TWENTY SEVEN
TWENTY EIGHT
TWENTY NINE
THIRTY
THIRTY ONE
HAIIII
THIRTY TWO
HAIII
HAIIIII
TITLE BARU
THIRTY THREE
THIRTY FOUR
THIRTY FIVE
SORRY
THIRTY SIX
THIRTY SEVEN
THIRTY EIGHT
THIRTY NINE
FOURTY
FOURTY ONE
FOURTY TWO
FOURTY THREE
FOURTY FIVE
TEASER
FOURTY SIX
FOURTY SEVEN
FOURTY EIGHT
FOURTY NINE
FIFTY
FIFTY ONE
FIFTY TWO
FIFTY THREE
FIFTY FOUR
FIFTY FIVE
FIFTY SIX
Epilog
SC |
SC / QA ?
SC ||
SC||| ending
#nakcakap

FOURTY FOUR

5K 162 17
By nunaleee_

"Sebenarnya aku banyak rahsia dengan dia Yas. Aku tah lah taktahu macam mana nak bercerita dekat dia. And haritu aku ter-marah dia. Sumpah aku tak sengaja. Dia me-na-ngis Yas. A-aku biarkan je." Aku bercerita lantas menundukkan wajahku kebawah. Aku malu weh. Malu sebenarnya bukak aib keluarga kami. Tapi aku tak salahkan Syafra. Yang salah aku. Aku lelaki dayus.

"Allahu Yan. Aku ingatkan hampir setahun korang kahwin ni bahagia je. Aku rasa takda siapa yang kacau rumahtangga korang kan? Apa punca kau jadi macamni Yan?"

"Pada awalnya aku nak uji Syafra je Yas. Ye aku nak uji dia. Aku nak uji dia ingat aku lagi ke tidak. Ta-pi aku silap. Aku lagi keruhkan keadaan. Aku kesian tengok dia. Aku jadi lain Yas aku taktahu aku kenapa," aku meraup mukaku kesal. Biarlah harini Iliyas tahu segalanya tentang aku. Aku dah tak mampu nak berahsia lagi. Aku dah penat.

Iliyas memandangku sekilas. Mukanya tidak ada tanda marah mahupun mahu menengkingku. Aneh aku dengan keluarga ni. Terlalu baik aku katakan sampai apa yang aku dah buat dekat adik dia pun dia masih lagi mampu bersabar dan tersenyum. Begitu juga ayah pagi tadi.

"Kau taktahu satu benda Yas," ujar Iliyas. Aku mengerutkan dahiku lantas memusingkan kepalaku mengadapnya.

"Taktahu apa?" Aku desak Iliyas untuk memberitahu perkara sebenar. Iliyas ketawa kecil. Aku semakin pelik. Dah kenapa? Apa yang mereka cuba sorokkan dari aku ni?

"Syafra tu amnesia dulu Yan. Dalam tahun ni jugak. Dia accident masa balik dari sekolah. Langgar lari tak silap aku. Tapi doktor kata hentakan dia tak kuat mana. Cuma ada sesetengah perkara je dia ingat tapi dia takdapat cam orang," melopong aku dengar penjelasan daripada Iliyas. Jadi selamani Syafra tak ingat aku lah? Syafra sakit? Sebab tu ke dia kerap sakit kepala. Allahu apa aku dah buat ni!

"Dan aku tahu dia sedaya upaya nak ingat siapa kau. Kadang kadang dia akan call aku. Dia tanya kau siapa sebenarnya. Takkan aku nak bagitahu sebab kau kan suruh berahsia. Tapi dia kata dia dah penat. Sebab bila dia fikir je dia sakit kepala. Aku kesian dekat dia Yan,"

Allahu apa aku dah buat ni! Aku dah buat silap besar dalam hidup aku! Sanggup aku tengok cinta hati aku terkapai kapai cari identiti aku yang sebenar. Ya Allah suami jenis apa aku ni. Aku meraup mukaku. Kali ni aku dah tekad. Aku harus berterus terang. Jangan ada lagi perbalahan.

"Aku mintak maaf Yas. Aku banyak sakitkan hati Syafra. Aku dera mental dia untuk ingat aku Yas. Tapi dia dah tahu siapa Adam,"

"Lah habistu apa lagi yang kau susah hati? Kau dah pun cerita perkara sebenar kan?" Soal Iliyas lantas tangannya ligat memutuar stereng ke arah kiri untuk masuk ke perkarangan hospital. Lama juga ambil masa untuk balik dari tanah perkuburan. Aku rasa masa pergi tadi adalah dalam 10 minit je. Mungkin sebab berbual tu yang sampai setengah jam.

"Bukan tu je ada lagi,"

"Hah! Apa lagi Yan? Kau ni complicated ah Yan pelik aku. Jangan lama lama sangat berahsia kesian adik aku tu. Kau dah besar Yan umur pun dan nak masuk 26 tahun, aku harap kau bijak selesaikan masalah,"

"Baiklah abang ipar. Apapun thank you dengar hujahan aku panjang lebar tadi. Aku harap kau jangan bocorkan dekat sesiapa lah ye," ujarku lantas membuka pintu kereta sebelah penumpang untuk keluar. Iliyas sempat menahan aku. Aku menoleh.

"Jaga adik aku elok elok. Dia je satu satunya adik kesayangan kami bertiga. Jangan bagi dia stress. Masalah korang lupakan dulu tapi ingat jangan lari dari masalah," tutur Iliyas lembut lantas menepuk bahuku dari arah belakang.

Aku menguntum senyuman manis. Bait bait perkataan yang keluar dari mulut Iliyas membuatkan aku tersedar seketika. Iliyas memang matang dalam bicara. Mungkin sebab dia dah jadi ayah sebab tu dia boleh bagi motivasi dekat aku. Lagipun aku adik ipar dia maybe tak salah orang lah dia nak tegur.

"Yas, terima kasih."

"No hal lah adik ipar! Hahaha weh kejap lagi aku hantar kereta ya? Ada apa apa call aku,"

Sebelum aku menutup pintu aku sempat membuat isyarat 👌🏻 tanda OK. Iliyas mengangguk lantas bergerak meninggalkan aku untuk menjalankan misi memujuk hati si manja aku sorang ni.

Tunggu by ya sayang.

Terus aku mengorak langkah dan masuk ke dalam hospital dengan satu tekad. Tekad nak jujur dalam semua perkara. Aku tak sanggup tengok Syafra menangis lagi menahan sakit. Kesian dia.

---------

Syafra pov

"Dania, saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Soalku ketika Dania sedanf memotong buah epal di atas meja khas yang disediakan ditepi katil wadku.

Dania menoleh lantas meletakkan epal yang dipotong kedalam pinggan.

"Tanya lah,"

Aku menarik nafas dalam dalam sebelum memulakan perbicaraan. Dania yang ralit memotong disebelah kupandang.

"Awak suka Azran?"

Zappp!

Laju sahaja tangan Dania berhenti memotong lalu pandangannya dihalakan ke arahku yang sudah menunduk itu.

"Kenapa awak cakap macamni? Saya cuma secetary je Syafra tak lebih dari tu," Dania menggapai tanganku dan daguku ditolak lembut supaya memandangnya.

"Tapi saya nampak Azran selesa dengan awak," entah kenapa soalan itu terpacul dari mulutku walhal hatiku melarang untuk bertanyakan soalan sebegitu.

"Takda maknanya Syafra. Azran tu sayang awak lebih dari segalanya. Awak jangan overthinking sangat. Saya faham orang lepas gugur ni perasaan dia lain sikit sama macam orang baru lepas bersalin," aku mengeluh. Bukan itu jawapan yang aku nak dengar sebenarnya dari mulut Dania.

"Tapi awak tak jawab soalan saya lagi?"

Dania tersenyum lantas mengusap pipiku lembut.

"Syafra, saya dah ada anak. Awak jangan risau. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja tak lebih dari itu," ujar Dania lembut lantas kembali semula memotong buah.

Setelah selesai pinggan yang berisi buah epal itu diserahkan kepadaku dan aku menyambut huluran Dania.

"Nah makan isi perut tu. Saya nak turun bawah beli makanan. Nak order apa apa tak?" Soalnya ketika berjalan ke arah sofa untuk mengambil dompetnya.

Aku hanya menggeleng tanda taknak apa apa. Lantas Dania keluar meninggalkan aku sendirian di dalam wad itu.

Belum sempat aku mengunyah buah epal, tombol pintu dipulas dari luar.

"Eh takkan Dania tertinggal barang?" Soalku lantas memandang ke arah pinggan.

Aku masih tidak melihat gerangan orang yang masuk sebentar tadi sebab dalam fikiran aku hanyalah Dania. Tapi kenapa dia tak balas soalan aku eh?

Aku mengangkat muka. Berderau darahku melihat suamiku berdiri kaku di belakang pintu yang sudah ditutup rapat olehnya tadi.

"A-a-by?" Azran merapati katilku. Aku jadi takut secara tiba tiba. Aku sendiri taktahu kenapa dengan perasaan aku tika ini.

Aku begerak ke dalam sikit untuk memberi ruang Azran duduk disitu.

Aku kaku. Lidahku kelu seperti tidak ada satu patah perkataan pun yang aku nak lontarkan kepadanya.

Muka gerunnya malam tadi. Suara marahnya buatkan aku takut nak mengeluarkan sebarang ayat dari bibir comelku.



Siapa nak benci Azran lepasni sila angkat tangan 👀

Syafra amnesia? Kesiannya hm

Tunggu next chapter!!!

Jangan lupa tinggalkan komen 😋

Continue Reading

You'll Also Like

449K 16.6K 58
𝙁𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ Known as His Kesayangan : Forever Love 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝑰 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝑰 𝒇𝒂𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆...
4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
184K 13K 71
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
51.1K 5.2K 22
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...