Imperfect WIFE ✔

By coretanhati

2.2M 44.7K 1.3K

? Highest ranking : #10 in cinta (18 Mei 2018) #1 in cerpen (26 Mei 2018) #1 in cerpen (4 July 2018) WARNIN... More

🐝 1 - Future.
🐝 2 - Terkedu.
🐝 3 - Suami.
🐝 4 - First Kiss ⚠
🐝 5 - Drive.
🐝 6 - Cekci.
🐝 7 - Rawat ⚠
🐝 8 - Gelora ⚠
🐝 9 - Haris mana?
🐝 10 - Marah.
🐝 11 - Ice cream.
🐝12 - Menggatal.
🐝 13 - Flying kiss.
🐝 14 - Suara.
🐝 15 - Stress.
🐝 16 - Tak save?
🐝 17 - Berita.
🐝 18 - Tak reti.
19 - Usaha.
20 - Untuk Zafran.
21 - Satu benda lagi
22 - Makcik.
23 - Doa
24 - Mandi
25 - Puji diri sendiri
26 - Selimut
27 - Rancangan kedua
28 - Zura
29 - 15 years.
30 - Mix up.
31 - Shopping
32 - Gangguan.
33 - "Abang". ⚠
34 - Movie
35 - Tarik muka.
36 - Urut
37 - All of me.
38 - Period pain ⚠
39 - Lunch sama-sama.
40 - Pergi mana ni?
41 - Count on me
42 - I love you! ⚠
43 - Sayang.. don't ⚠
A/N
44 - Old Things.
45 - Menyorok.
46 - Pahala.
47 - Masak.
48 - Instagram.
49 - Contact.
50 - None of your bussines.
51 - Begging you.
52 - Are you okay?
53 - Turkey.
54 - Takkanlah.
55 - Email.
56 - Tumbuk.
57 - Dayus.
58 - Call.
59 - Ring.
60 - Kotak.
61 - Cry.
62 - Kill.
63 - Kat mana?
64 - Paksa.
65 - Nak explain.
66 - Mengarut.
66 - Keputusan.
67 - Baju.
68 - Cari suami.
69 - Rindukan.
70 - Pengecut.
71 - Wajah.
72 - Haura. Bukan sayang.
73 - Pipi.
75 - Ask.
75 - Aktiviti malam ⚠
76 - Naughty lah
77 - Lebam.
78 - Muntah.
79 - Terlajak lagi?
80 - Haura kena pergi
81 - Hospital
82 - Body.
83 - Layan.
84 - poor you little darling.
85 - Koma.
86 - Kaitan.
87 - Susahkan semua orang.
88 - Usir.
89 - Baby.
90 - Kembali ke?
A/N.

74 - Sleep here?

19.9K 479 20
By coretanhati

Sorry previous chapter tu pendek sikit ennn? Hehehe. Sorry. Ohhhhh yaaa.... Kat bab ni tentang keberadaan Zura akan terungkai. Selamat membaca~ 

Vote 🌟 , Thank you! hehehe.    

-----------------


"KAMU naik la mandi dulu. Baju-baju kamu masih ada dalam bilik tu, jangan risau" 


"Hmm takpa ke Haura naik atas? Tak ganggu ..." Haura berhenti memotong dan meletakkan pisau di atas papan pemotong.


"Takpa sayang. Dah dah pergi naik. Dah petang dah ni. Busuk tau. Dari tadi ibu bau" Ibu menolakku agar menjauh darinya.


"Ibu lagi busuk eiiiii hahahahaha" Hidungnya dikepit sebagai efek tambahan yang ibu memang busuk.


"Eh ada ada ja lah kamu ni. Dah, pergi mandi sana. Nanti Zafran balik, kita dinner sama-sama, okay?"

Zafran keluar dalam pukul 6 petang tadi dan sampai sekarang masih tak nampak batang hidung. Pergi jemput Zura mungkin?

Ah, baik kau naik atas sekarang Haura sebelum kau kena serang dengan madu kau.


"Haura naik dulu ya"



*******

RASA lega sangat apabila dapat berdiri bawah pancuran air ni lama-lama. Rasa lega, nyaman dan sejuk. Kalau dapat masuk dalam bath tub mesti lagi 'peh'. Tapi bilik mandi ni takda tub. Bilik mandi di bilik Zafran ada lah.

Pili air ditutup. Tuala dicapai dan dalam keadaan basah kuyup, Haura berjalan keluar daripada bilik mandi.

Biliknya memang sangat bersih dan cantik. Nampak seperti ada orang duduk dalam ni dan mengemaskannya setiap hari.

Dia berjalan ke arah sliding door. Langsir disingkap sedikit. "Kereta Zaf takda. Yess, maksudnya dia tak balik lagi yes yes"

Bilik Zafran here we go

Segera aku berlari anak naik ke tingkat dua. Bilik Zafran. Segala pakaian tidak kiralah luar atau dalam, Haura bawa sekali ke bilik Zafran. Bukanlah satu almari dia bawa. Cum satu set yang akan dipakai untuk malam ni.

Haura menolak daun pintu bilik Zafran yang tidak bertutup rapat. Bau vanilla mencucuk lubang hidungnya. 

Peh wangi sangat ni. 

Oh.... dan baunya sama macam masa aku masuk bilik aku tadi. Mungkin ibu kot yang meletakkan pewangi yang sama?

Tanpa membuka lampu terlebih dahulu, terkedek-kedek aku berlari ke bilik mandi. Mujur sahaja aku ingat kedudukan perabot dalam bilik ni. Jadi takdalah isu tersepak kaki katil ke, langgar bucu almari ke.



********

DAH banyak tempat aku pergi tapi satu pun masih tak jumpa. Okay, sebenarnya bukan tak jumpa. Aku yang taktau nak pilih hadiah yang sesuai untuk diberi kepada Haura. 

Hadiah bersempena apa pun aku tak tahu. Yang aku tahu, hati ni melonjak-lonjak ingin memberi Haura hadiah. Ceh ayat!


1. Bunga?

klise sangat. Lagipun bunga bukannya boleh makan.


2. Chocolate?

Boleh beli yang ni tapi kena tambah yang lain juga.


3. Dress

Takut salah saiz. Lagi satu, kalau dia tak pakai mesti aku kecewa, kan?


4. Rantai / gelang emas?

Boleh dipertimbangkan


5. Kereta?

Amboi over sangat! nak bagi boleh, tapi tunggu lah hari yang lagi special contohnya anniversary diorang ke birthday Haura ke.


6. Pakaian ehem ehem

Mampus aku kalau dia tambah benci aku hahahaha dah dah la Zaf. Berhenti mengarut.

"Haaa okay okay dah tau dah nak beli apa. Memang klise tapi harap dia terima lah" Zafran keluar daripada keretanya dan berjalan ke pintu masuk Shopping Mall.



*******

"YANG kamu ni masuk macam ni kenapa? Macam pencuri ja ibu tengok" Ibu menyergah Zafran yang ingin masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang mencurigakan. Dengan kepala tinjau-tinjau sana-sini, mata melilau, jalan jengket-jengket. 

Buang tebiat? Nak rompak rumah sendiri?

Zafran menarik tangan ibunya perlahan supaya mengikutnya menyangkung.

"Eh ibu shhhh. Cakap perlahan-lahan la" Diletakkan jari telunjuknya ke bibir ibu.


"Kenapa kamu ni? Dengan plastik-plastik semua ni?" Ibu bertanya dalam keadaan suara yang berbisik.


"Persiapan perpindahan sebelum zombie menyerang rumah kita. Haura mana?"


Ibu menjeling sebelum bangun, "Atas la. Ish kamu ni main-main la. Dahlah ibu nak sambung masak ni. Malas nak layan merepek kamu ni"

Zafran menahan tawa melihat wajah cemberut ibunya. Langkah kakinya di bawa ke arah tangga untuk masuk ke biliknya. Plastik-plastik tadi diangkut bersama.




*******

SETELAH siap berpakaian lengkap, Haura keluar dari bilik mandi. Dia berjalan ke arah suis lampu bilik ni sebab dah gelap sangat ni. 

Mungkin dah Maghrib. Lama betul aku berendam tadi.

Apabila cahaya lampu yang terang telah menerangi satu bilik, Haura kaget. Ada satu perkara yang membuatkan dia keliru dengan perasaan diri sendiri.

Satu dinding yang dulunya kosong kini telah dipenuhi dengan pelbagai jenis saiz frame gambar dan gambar-gambar yang terdapat dalam frame itu kebanyakanya adalah gambar dia!



"Ya Allah apa maksud gambar-gambar ni..." Kakinya menapak perlahan-lahan ke arah dinding itu. Disentuhnya satu-satu gambar yang berada dalam frame.

Gambar yang paling besar ialah gambar dia dan Zafran di hari penikahan mereka berdua. Mereka tiada gambar di pelamin seperti pengantin-pengantin lain. Kenduri kahwin pun buat simple simple. Jemput keluarga terdekat, kawan rapat. Buat makan-makan ja.

Rasa sebak pula hati ni. Dia duduk di tepi katil Zafran. Ya, katil yang pernah dia guna dulu.

Macam mana dengan Zura? Dia tak kecil hati ke bila lihat semua ni?

Dia rindukan aku ke? Sayangkan aku ke? 


"Zafran.. cinta saya pada awak tu takkan berubah sampai bila-bila walaupun berkali-kali awak sakiti hati saya" Bisik Haura.


"Haura?" Haura tersentak. Dia masih duduk di situ. Pegun. Tidak berganjak. Tak perlu tengok siapa pun, sudah tau siapa yang memanggilnya.

Zafran.

Dia dengar derapan kaki Zafran makin dekat padanya. Kemudian dengar bunyi plastik.


"Sayang? Are you sure you want to sleep here?" Zafran memegang bahu Haura yang dari tadi menunduk

Geleng



"Oh hmm tak apa saya faham sayang tak ready. Tapi alaaaa tak jadi suprise dah sayang masuk bilik ni awal awal"

Zafran memandang dinding yang dihiasi dengan banyak gambar. Dah sebulan lebih dah gambar cantik-cantik ini berada di situ. Dia terlalu rindukan Haura. Jadi, bila dia bangun daripada tidur, terus dia nampak gambar-gambar tu dan membuatkan harinya lebih ceria walaupum ianya sekadar gambar.


"Sorry" sepatah sahaja perkataan yang keluar daripada Haura. Dia mencapai tualanya sebelum bangun untuk keluar daripada bilik itu.

Haura keliru dengan semua ini saat ini.

Zafran sempat memegang tangan Haura. Dipegangnya kemas. 

Kemudian, dengan tangan kanannya pula, disentuhnya dagu Haura dengan hujung jari supaya matanya dan mata Haura dapat bertemu.


"Kenapa menangis ni? Saya tersilap cakap ke? Sayanggg.. I'm really sorry" Mata Haura masih menjadi tatapannya walaupun mata itu makin galak mengeluarkan air mata. Sampai merah-merah mukanya kerana menangis.


"Dah dah shhh shhh" Ditariknya Haura ke dalam pelukannya. Mungkin pelukan dapat menenteramkannya?

Rambut Haura dapat dicium lama memandangkan Haura lebih rendah daripadanya. Lama dia biar Haura menangis di dalam pelukannya.



*******

"SAYANG okay?" Perlahan-lahan Haura melepaskan diri daripada pelukan Zafran.

Haura mengangguk. Zafran menyeka air mata yang masih tersisa di pipi isterinya itu.


"Saya minta maaf sebab abaikan awak selama ni, sayang. Saya tahu awak tertekan. Saya tahu saya salah. Kalau awak nak hukum saya pun saya tak kisah, asalkan isteri saya yang cantik tertarik kau memang deboom ni maafkan saya"

Haura mahu gelak mendengar ayat last Zafran tapi dia masih cover. Taknak la nampak desperate sangat kena puji haha. So dia senyum ja.


"Orang dulu-dulu kata, senyap tu tanda setuju. Yang ni bukan senyap ja. Yang ni siap sekali dengan pakej senyuman yang mencairkan mana mana lelaki yang melihat. Eh eh eh salah. Lelaki lain tak boleh tengok sayang saya ni. Saya sorang ja boleh" Dicubit geram pipi Haura

"Ouch sakitlah awak. Dari petang tadi awak tak puas hati dengan pipi saya" Haura mencebikkan bibirnya. Persis kanak-kanak mahu menangis


"Eh eh budak comel jangan menangis. Buruk tau muka tu nangis. Malu saya nak mengaku isteri" Kata-kata Zafran mengundang satu cubitan padu di pahanya.

Tadi puji sekarang hina pula eiiiii geramnyaaaaaa.


"Hahahaha aduh sayang. Sakitlah. Ya lah ya lah. Sayang tu comel sangat. Tu saya jealous dengan pipi tu. Kalau boleh nak gigit aumm"

Zafran membuat gaya seperti harimau betina miang yang nak menerkam mangsanya

Akhirnya meletus juga tawa Haura. Merah-merah mukanya kerana ketawa.


"Dahlah sayang. Over nya gelak. Lawak sangat ke?" Zafran memegang kedua-dua pipi Haura supaya dia menghadapnya.

Haura terus berhenti ketawa. Dia membalas renungan mata Zafran. Redup pandangan mata itu membuat jantungnya mengepam darah lebih pantas daripada biasa.

Perlahan-lahan jari jemarinya dipegang Zafran. Zafran membelai setiap jari jemari runcing isterinya dengan lembut tetapi matanya tidak lepas daripada memandang Haura.

Jari jemarinya dibawa ke bibir Zafran. Dikucupnya berkali-kali tetapi tidak gelojoh atau perlahan.


"Sayang" Suara Zafran kedengaran bergetar.


"Ya?" Haura memandang jari-jarinya yang dibawa ke dada Zafran.


"Can you feel my heartbeat sayang?"

Haura seperti dipukau, hanya mengangguk dan tidak berkata apa-apa. Dapat dia rasakan jantung Zafran berdegup dengan laju sekali.


"Saya suka perasaan ni sebab saya hanya akan rasa macam ni bila dengan sayang seorang ja.. So can you stay in my life forever sayang?"

Haura seperti teragak-agak.


"Sayang? Please?" Digenggam jari Haura dengan erat.


"Saya tak yakin. Saya takut awak tak berlaku adil lagi dan saya juga yang menderita dengan janji ni"


"Berlaku adil? Apa maksud sayang?" Genggaman tangan dieratkan lagi.


"Zu-"


"Kalau sayang nak cakap Zura, sayang salah. Kami tak pernah ada apa-apa hubungan selain daripada sepupu. Itu sahaja. Tentang perkahwinan tu... abang minta maaf"


"Tapi bukankah abang dengan dia dah kahwin? Saya ada madu dah kan?" Dengan wajah polosnya Haura berkata begitu.


"Tak sayang. Tak baik sayang fitnah orang yang dah takda" Zafran pula yang menunduk dan kali ini giliran Haura pula yang menyentuh hujung dagu Zafran supaya memandangnya semula

Dia suka bila Zafran bercakap memandang matanya. Dia rasa Zafran akan bercakap jujur apabila adanya 'eye contact'


"Dia dah takda. Dia pergi tinggalkan dunia ni dua bulan yang lepas.. saya tak sempat bagitau awak. Awak dah pergi terlalu awal. Saya busy sangat berulang-alik ke hospital. Bergilir-gilir dengan ibu, uncle, aunty jaga dia sebab mama dan papa dia tak boleh ke Malaysia. Bila arwah Zura kena transfer ke Paris saya yakin yang dia boleh pulih. Lagipun ada mama dan papa dia yang boleh jaga di sana. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi..."



*******

DI hari yang sama Haura tinggalkan rumah... Aku ingat hari itu. Sesuatu terjadi pada Zura....

Aku mengendong Zura yang pengsan untuk dibawa masuk ke dalam kereta. Dia tidak henti-henti berselawat untuk menenangkan diri sendiri.

Elok ja tadi mereka berdua makan sama-sama. Gelak-gelak, borak-borak. Tapi bila mereka berjalan beriringan untuk ke basement tempat meletakkan kereta, Zura rebah menyembah bumi. Waktu tu Zafan tengok muka dia memang pucat tak berdarah.

Dia gelisah menunggu di luar operation room.

Didalam, ada satu nyawa penting yang sedang bertarung nyawa. Dia lah sepupu, dia lah teman sepermainan dari kecil dan dia juga bakal isteri.. er isteri? Ah lantaklah! yang penting dia berharap sangat Zura akan okay dan selamat...


Setiap detik kekal dalam ingatannya dan takkan pernah pudar sehingga bila-bila...


Sepupunya itu koma selepas pembedahan. Zafran bergilir-gilir menjaga Zura dengan ibu, mummy dan daddy Zura sebelum dia di transfer ke Paris.

Doktor sudah beritahu bahawa peluang untuk dia sihat semula memang agak tipis. Jadi parents Zura mengambil keputusan untuk membawa Zura ke hospital di Paris. Pada hari yang sama juga.


Minggu ke tiga....

Keadaan Zura bertambah kritikal. Zafran dan ibu terus terbang ke sana tapi sayang mereka tak sempat berjumpa dengan Zura ketika nyawa masih dikandung badan. Zura kembali pada pencipta-Nya tepat jam 2018 waktu di sana. 

Segala urusan pengebumian, Zafran dan ibu tidak lepas dari turut serta membantu. Tambahan pula hanya ada tiga keluarga di sini.


Apa yang dikatakan sepupunya itu sentiasa terngiang-ngiang di telinganya. Zura lah satu-satunya teman sepermainannya dari kecil. Bagaimana dia mahu melupakan gadis itu atau kata-katanya?

Walaupun ada saja perangai tidak elok yang dilakukan oleh gadis itu, dia masih menyayangi gadis itu sebagai sahabat dan sepupu.


"Bila Aan teringat Zura, Aan sedekahkan Al Fatihah ya?"

"Hish janganlah cakap macam tu. Zura boleh sembuh la. Aan sentiasa ada support Zura tau"

"haha yelah Aan. Sayang Aan!" Terus tubuh Zafran didakapnya.

Zafran yang tidak menyangka tindakan Zura yang ingin memeluknya, terus kaku. Membalas tidak, merelakan pun tidak. Entahlah dia keliru.



******

HAURA menggosok-gosok perlahan belakang badan Zafran seperti memberi semangat semula. Dia tahu betapa peritnya merasai kehilangan. Zura tu sepupu rapatnya. Teman sepermainan dari kecil..


"Sorry sayang. Saya abaikan awak. Saya tak dapat nak halang awak pergi. Tapi saya bersyukur sangat pada Allah sebab dah kembalikan awak pada saya semula. Syukur Alhamdulillah"

Zafran mengukir senyuman manisnya


"Tak apa. Kan bagus kalau awak terangkan pada saya awal-awal. Takdalah saya fikir bukan-bukan"


"Ada orang tu yang dah lari awal awal lagi dari saya. Merajuk membawa hati yang luka katakannn" Dicuitnya bahu Haura.


"Tak payah lah perli eiii. Dahlah baru minta maaf lepastu buat lagi. Baik tak payah minta maaf. Haaa baik abang kumpulkan salah abang tu banyak-banyak lepastu raya tahun depan baru minta maaf kat saya"


"Eh abang? Sayang panggil abang? Rindunya nak dengar!!!!" Jerit Zafran seraya memeluk Haura. Dipeluk erat tubuh itu.


"Dahlah abang. Lemaslahhh. Jom lah turun makan.... Mesti ibu pelik saya tak turun lagi" Haura mencuba untuk melepaskan diri daripada pelukan Zafran.


"Ala takkanlah ibu tak faham sayang nak bermanja dengan abang" Matanya tidak boleh dialihkan daripada merenung sepasang mata milik Haura yang tidak pernah gagal untuk memukau dirinya.


"Dah dah lah abang. Kesian ibu tunggu. Nanti kita sambung balik ya?" Kali ni Zafran melonggarkan pelukan. Membiarkan Haura bangun. Bersinar-sinar matanya apabila dengar Haura berkata begitu.


"Janji ya malam ni sambung? Abang tuntut tau? Kiranya ni hadiah birthday abang semalam hehehe. Nak ehem ehem. Hehehe. Janji tau?"

Haura menelan liur. Rasa nak pengsan pula. Pahal suami aku ni gatal sangat? Tak boleh dilayan ni, nanti makin gila. Sebelum jadi apa-apa baik aku blah


"Hei sayang abang tak habis cakap lagi. Nak pergi mana tu? Hahahaha"

Zafran geli hati melihat Haura yang kelam kabut berlari keluar dari bilik. Kali kedua Haura lari darinya. Dia ingat aku ni dah tak tahan sangat ke? Hahahaha





[2193Words]

Memandangkan ramai yang dah rindu sweet scenes Zafran dengan Haura, saya kasi chance lah dekat Zaf nak beromantika. Uhukkkk~

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 47.3K 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...
12.3M 541K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
7.4M 240K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...