Imperfect WIFE ✔

By coretanhati

2.2M 44.6K 1.3K

? Highest ranking : #10 in cinta (18 Mei 2018) #1 in cerpen (26 Mei 2018) #1 in cerpen (4 July 2018) WARNIN... More

🐝 1 - Future.
🐝 2 - Terkedu.
🐝 3 - Suami.
🐝 4 - First Kiss ⚠
🐝 5 - Drive.
🐝 6 - Cekci.
🐝 7 - Rawat ⚠
🐝 8 - Gelora ⚠
🐝 9 - Haris mana?
🐝 10 - Marah.
🐝 11 - Ice cream.
🐝12 - Menggatal.
🐝 13 - Flying kiss.
🐝 14 - Suara.
🐝 15 - Stress.
🐝 16 - Tak save?
🐝 17 - Berita.
🐝 18 - Tak reti.
19 - Usaha.
20 - Untuk Zafran.
21 - Satu benda lagi
22 - Makcik.
23 - Doa
24 - Mandi
25 - Puji diri sendiri
26 - Selimut
27 - Rancangan kedua
28 - Zura
29 - 15 years.
30 - Mix up.
31 - Shopping
32 - Gangguan.
33 - "Abang". ⚠
34 - Movie
35 - Tarik muka.
36 - Urut
37 - All of me.
38 - Period pain ⚠
39 - Lunch sama-sama.
40 - Pergi mana ni?
41 - Count on me
42 - I love you! ⚠
43 - Sayang.. don't ⚠
A/N
44 - Old Things.
45 - Menyorok.
46 - Pahala.
47 - Masak.
48 - Instagram.
49 - Contact.
50 - None of your bussines.
51 - Begging you.
52 - Are you okay?
53 - Turkey.
54 - Takkanlah.
55 - Email.
56 - Tumbuk.
57 - Dayus.
58 - Call.
59 - Ring.
60 - Kotak.
61 - Cry.
62 - Kill.
63 - Kat mana?
64 - Paksa.
65 - Nak explain.
66 - Mengarut.
66 - Keputusan.
67 - Baju.
68 - Cari suami.
69 - Rindukan.
71 - Wajah.
72 - Haura. Bukan sayang.
73 - Pipi.
74 - Sleep here?
75 - Ask.
75 - Aktiviti malam ⚠
76 - Naughty lah
77 - Lebam.
78 - Muntah.
79 - Terlajak lagi?
80 - Haura kena pergi
81 - Hospital
82 - Body.
83 - Layan.
84 - poor you little darling.
85 - Koma.
86 - Kaitan.
87 - Susahkan semua orang.
88 - Usir.
89 - Baby.
90 - Kembali ke?
A/N.

70 - Pengecut.

17.3K 468 31
By coretanhati

Kesian Zafran ramai marahkan dia hahahahaha! Come on guys, kasi chance lah sikit couple tu nak berbahagia hahaha werk *jelir lidah*

p/s: saya baca tau semua comment. Thank you! Love love love!

-----------------------



Vote 🌟 , Thank you hehehe   


"ZAFRAN teringat Zura?" Soal ibu pada Zafran yang dari tadi dia tengok sedang asyik duduk merenung kolam ikan buatan di halaman rumahnya. Rasanya Zafran tak minat pada ikan. Dia hanya minat bunga tapi lama dah tak nampak Zafran menanam pokok bunga yang baru. Yang lama tu pun seperti menunggu mati sahaja.



"Haah. Macam mana ibu tahu?" Zafran mengalihkan posisinya. Duduk menghadap ibu pula.



"Kalau kamu teringat Zura, kamu akan termenung jauh macam ni. Kalau teringat Haura, kamu menangis" Ibu menepuk-nepuk bahuku perlahan.



"Err. Ibu nampak Zafran menangis?" Zafran dapat rasakan pipinya bahang sekarang. Malu.



"Yelah sayang. Dahlah dengan ibu tak payah malu. Kecik-kecik dulu tu dah banyak kali ibu nampak kamu menangis"



"Alaaa ibu tu kecik lain lah. Malu la Zafran macam ni" Aku menepuk lembut paha ibu. Aduhai.



"Hahaha tak payah malu lah. Dahlah jom masuk. Kita sarapan sama-sama okay?" ibu menarik tangan Zafran dan Zafran meletakkan tangan kanannya di pinggang ibu. Mereka jalan beriringan masuk ke dalam rumah.



*******

"NAK call ke taknak? Call ke taknak?" Haura mundar mandir di hadapan pintu



"Kenapa ni Haura?" Hanis pula yang rasa macam nak halau Haura pergi dari sini padahal ni rumah sewa Haura. Dia saja datang menjenguk kawan dia yang dah lama tak jumpa ni.


"Harini birthday husband aku weh. Aku rasa nak wish dia tapi aku.." Haura duduk di sisi Hanis yang sedang duduk di sofa panjang.


"Dahtu? Call lah. Ke kau jumpa je lah dia. Sampai bila kau nak lari dari dia?"

Haura jadi serba salah pula bila Hanis berkata begitu. Dia bukan lari dari Zafran

'Eleh Haura kau lari dari masalah. Kau pengecut'

Tak aku bukan pengecut. Aku cuma tak sedia nak berjumpa dengan dia. Aku tahu bahawa dalam tempoh dua bulan sepanjang aku tiada di sisi Zafran, berbagai perkara boleh berlaku. Aku takut untuk menerima hakikat itu.



"Dahlah puasa dan raya pun kau tak sambut dengan dia... Apa salahnya birthday dia kau sambut sama-sama? Kau tak rasa seba salah ke? Time birthday kau, kau kata dia celebrate besar-besaran, kan?" Sengaja Hanis memprovok Haura. Penat dah dia bebel  dalam telefon waktu call, tapi macam takda kesan apa-apa. Jadi dia ambil keputusan untuk turun padang. Jumpa depan-depan harini. Mana tau terbuka hati dia untuk berbaik semula dengan suami dia.



"Hish kau ni buat aku serba salah lah" Haura memukul bahu Hanis berkali-kali



"Eh sakitlaaa. Dah dah. Sekarang ni kau kena dengar apa yang aku cakap dan tolong proses dalam otak kau yang geliga dan cerdik pandai tu. Okay?" Hanis mengalihkan tangan Haura yang dari tadi duk pukul bahu dia. Sakit tahu tak



"Hmm yelah, apa dia?"



"Macam ni. Aku tau lah niat kau pada awalnya cuma nak beri suami kau ruang dan bla bla bla semua tu lah.... Tapi kan cuba kau fikir balik. Kau tak rasa yang cara kau ni salah ke?"



"Kenapa salah pula? Dia perlukan masa. Dia tak boleh buat keputusan terburu-buru. Kena fikir. Jadi aku bagi masa. Apa yang salahnya? Kau kawan aku tapi kenapa kau nak back up dia?" soal Haura berang.



"Ni bukan soal kawan atau back up lah Haura. Aku cuma nak membantu. Aku tak memenangkan mana-mana pihak lagi kali ni. Aku nak kau fikir baik-baik apa yang akan aku kata sekejap lagi"

Hanis memandang wajah Haura yang dah mencuka. Bukan niat dia nak sakitkan hati Haura. Dia nak tolong aje. Tapi kalau Haura fikir lain, apa yang dia boleh buat.



"Kau dah terlalu lama tinggalkan dia. Memang dia perlukan masa tapi bukanlah lama macam ni. Kau tahu tak, macam macam tau boleh jadi dalam tempoh kau tiada di sisi dia? Kau lupa ya bahawa tempat seorang isteri itu di sisi suami? kau lupa?"

Haura seperti teragak-agak untuk berkata sesuatu.



"Kau tu yang ego sekarang ni Haura. Kau tinggikan lah lagi ego kau tu sampai kau hilang orang yang kau sayang dan orang yang sayangkan kau"

Haura mengangkat muka. Dengan mata yang berkaca-kaca Haura menyoal "k-kau doakan mereka tinggalkan aku ke? Sama macam apa yang terjadi pada keluarga kandung aku?"

Terus Hanis menarik Haura dalam pelukannya



"Bukan. Aku tak maksudkan macam tu weh..kau nak ke Zafran benci kan kau sampai bila-bila? Lepastu mak mertua kau pun akan benci kan kau atau lupakan kau sebab kau pergi dari hidup diorang mengejut dan tempoh yang lama. Nak macam tu?"

Haura menggeleng-geleng kepalanya



"Mama Roz pula macam mana? Kau taknak dah jumpa mama yang dah besarkan kau, jaga kau dari kau form 4 sampai dah umur 24 ni. Kau lupakan diaa... lupakan papa kau, kakak dan abang tiri kau"

Semakin kuat tangisan Haura



"Nangislah weh kalau tu dapat melegakan kau. Nanti kau fikir lah ya apa yang aku cakap tadi" Diusapnya rambut Haura sambil memeluknya

'Patutkah aku kembali pada dia?'




*******

ZAFRAN POV


Masih lagi aku teringat pada satu malam tu, aku datang ke bilik Haura. Aku betul-betul tak boleh tidur selepas balik dari rumah Zura. Bukannya tak boleh tidur sebab penat layan karenah Zura tapi entah kenapa....

Rasa seperti itu adalah malam terakhir bersamanya. 

Perasaan yang hadir itu membuak-buak sehingga membawa diriku berdiri di hadapan pintu biliknya.

Gelap. Sama gelap kah dengan hati ku  ini?

Pintu ditolak sahaja kerana Haura tidak tutup rapat. Aku mara ke katil Haura dan duduk di sudut katil itu. 

Marah kah dia padaku? 

Aku ni dah melampau sangat tetapi mengapa dia masih stay dalam hidup aku? Dari dulu aku layan dia dingin tapi dia masih sabar. 

Dia yang lembutkan hati aku untuk terima dia sebagai seorang isteri dan sekarang dia masih di sisi aku walaupun aku sering mengabaikan dia. Tiada perasaan kah Haura ni?

Aku selalu sahaja dengar doa-doa Haura setelah dia selesai solat. Aku tahu Haura masih cintakan aku dan mahu rumah tangga kami bahagia selamanya... 

Aku tahu Haura selalu berdoa agar aku berubah...

Aku tahu tu semua. Tapi sebab satu perkataan ni... iaitu EGO, aku tolak semua tu. 

Aku rasa tercabar sangat apabila dia meminta aku berkahwin dengan Zura. Sepupu aku tu! 

Ke mana kah rasa cinta yang Haura pegang selama ni sehingga sanggup memberi aku pada perempuan lain? Dan perempuan itu adalah sepupu aku sendiri! Dia tak hormatkan perasaan aku sebagai suami. Lagi-lagi bila dia meminta pertolongan Haris.



"Fuck aku benci nama tu! ARGHH" Aku menampar pipiku apabila tersedar aku mencarut.

Come on Zaf, kau kena tinggalkan benda-benda yang Allah tak suka. Benda yang ibu atau Haura tak suka.

Benda dah lepas. Jangan diingat lagi Zafran.

Haura pun dah pergi dan entah bila akan kembali semula.



"Sayang, pulanglah..." Dia memegang pipinya sendiri walaupun terasa pedih di situ.



"Kenapa merah pipi kamu ni?" Soal ibu sambil masuk ke bilik Haura. Diperhatikan sekeliling bilik. Masih bersih. Pandai pulak anak aku ni jaga bilik isteri dia.



"Er takda apa. Kenapa ibu pandang bilik ni macam tu? Kotor balik eh? Alahai baru mop dan sapu tadi" Zafran segera bangkit dari katil. Dia mahu mengambil penyapu. Kena sapu dulu baru boleh mop lepastu...... tadaaa.... bersih. 

Mesti Haura gembira kan kalau bilik ni bersih?

Tanpa sedar, Zafran telah mengukir senyuman manis apabila mengingatkan Haura.



"Tak sabar nak tunggu dia balik, ibu" Zafran berkata begitu sebelum dia melangkah keluar dari bilik.



"Bersabarlah sayang. Ibu tahu nanti Haura akan kembali juga pada kamu" Dia yakin akan hal itu. Lantas  air mata yang gugur di pipinya diseka dengan hujung jarinya. 

Dia tidak pernah putus berdoa buat anak dan menantunya itu supaya berbaik semula seperti sebelum ini.




[1245words]




Continue Reading

You'll Also Like

759K 13.6K 60
Kahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta i...
338K 21.5K 60
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjad...
1M 21.4K 54
Alia Maisara seorang gadis yang yang sangat ceria dan sentiasa mengikut telunjuk diri sendiri , tak suka bila orang lain bantah apa yang dikatanya...
417K 10.2K 58
🦋 EZRA X IZZA 🦋 ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana wang,Izza Adelia dij...