| C🐧|TOGETHER

Od Ranran_01

7.3K 481 17

○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan... Viac

♤ PROLOG ♤
♤ BAB 1 ♤
♤ BAB 2 ♤
♤ BAB 3 ♤
♤ BAB 4 ♤
♤ BAB 5 ♤
♤ BAB 6 ♤
♤ BAB 7 ♤
♤ BAB 8 ♤
♤ BAB 9 ♤
♤ BAB 10 ♤
♤ BAB 11 ♤
♤ BAB 12 ♤
♤ BAB 14 ♤
♤ BAB 15 ♤
♤ BAB 16 ♤
♤ BAB 17 ♤
♤ BAB 18 ♤
♤ BAB 19 ♤
♤ BAB 20 ♤
♤ BAB 21 ♤
♤ BAB 22 ♤
♤ BAB 23 ♤
♤ BAB 24 ♤
♤ BAB 25 ♤
♤ BAB 26 ♤
♤ BAB 27 ♤
♤ BAB 28 ♤
♤ BAB 29 ♤
♤ BAB 30 ♤
♤ BAB 31 ♤
♤ BAB 32 ♤
♤ BAB 33 ♤
♤ BAB 34 ♤
♤ BAB 35 ♤
♤ BAB 36 ♤
♤ BAB 37 ♤
♤ BAB 38 ♤
♤ BAB 39 ♤
♤ BAB 40 ♤
♤ BAB 41 ♤
♤ BAB 42 ♤
♤ BAB 43 ♤
♤ BAB 44 ♤
♤ BAB 45 ♤
♤ BAB 46 ♤
♤ BAB 47 ♤
♤ BAB 48 ♤
♤ BAB 49 ♤
♤ BAB 50 ♤
♤ BAB 51 ♤
♤ BAB 52 ♤
♤ BAB 53 ♤
♤ BAB 54 ♤
♤ BAB 55 ♤
♤ BAB 56 ♤
♤ BAB 57 ♤
♤ BAB 58 ♤
♤ BAB 59 ♤
♤ BAB 60 ♤
♤ BAB 61 ♤
♤ BAB 62 ♤
♤ BAB 63 ♤
♤ BAB 64 ♤
♤ BAB 65 ♤
♤ BAB 66 ♤
♤ BAB 67 ♤
♤ BAB 68 ♤
♤ BAB 69 ♤
♤ BAB 70 ♤
♤ BAB 71 ♤
♤ BAB 72 ♤
♤ BAB 73 ♤
♤ BAB 74 ♤
♤ EPILOG ♤

♤ BAB 13 ♤

126 12 0
Od Ranran_01

LENA Jane terganggu apabila mendengar bunyi ketukan di pintu bertalu-talu minta dibuka. Telefon dihidupkan bagi melihat waktu. Pukul 11.30 pagi.

Mata yang masih dengan rasa mengantuk digosokkan. Segera kaki menapak laju ke arah pintu tersebut. Dalam hati berdebar. Siapakah gerangan yang sedang menunggu di luar. Kalut ribut saja ketuk pintu!

Diintai terlebih dahulu melalui cermin kecil yang terpasang elok di tengah-tengah badan pintu tersebut. Takut juga dia kalau-kalau konco Helmi dapat kesan keberadaannya. Yela, semalaman tidak pulang!

Seketika kemudian senyuman terukir di bibir. Lega hatinya melihat kunjungan itu. Terus tangan mencapai tombol pintu dan membukanya.

Melihat pintu ditarik dari dalam, tangan Daniel berhenti daripada terus mengetuk. Lega rasa hatinya melihat tubuh yang tertancap di hadapannya sekarang. Sihat walafiat!

Berkali-kali dia mengetuk pintu agar gadis itu membukanya. Sampai naik risau dibuatnya. Entah pengsan seorang diri dekat dalam tak siapa tahu. Tangannya berasa sakit dek memegang plastik barang belian yang makin memberat. Tanpa berlengah terus dia meluru masuk ke dalam bilik.

Barang-barang belian tadi pun laju diletakkan di atas sofa. Kot tebal berwarna coklat yang tersarung di tubuh dibuka dan diletakkan di tempat yang sama. Tubuh kemudian terus dihempaskan pada sofa itu bagi menghilangkan kepenatan. Mata dipejamkan menikmati kelembutan sofa tersebut.

Jane masih lagi berdiri berhampiran dengan pintu tadi. Sementelah melihat kunjungan itu pun sedang elok melepaskan lelah, dia pun terus melangkah mendekati Daniel namun tidak pula dia duduk di sofa yang sama sebaliknya dia hanya tegak memerhati lagak Daniel yang nampak bergaya pula di matanya sekarang ini.

Lelaki itu tampak segak dengan Polo Tee berwarna maroon yang dipadankan dengan seluar jean hitam ditambahkan pula dengan gaya rambutnya yang mendapat potongan kemas gaya classic taper. Kena sangat dengan rona kulitnya yang putih bersih dan berkening tebal.

Segala-galanya nampak begitu menarik di mata Jane. Eh, yang aku ni dah kenapa? Terjatuh hati ke? Eh, bukan-bukan! Kagum aje ni! Bisik hatinya. Tangan spontan naik memukul kepala menidakkan perkara yang bermain di fikiran. Jangan gatal, Ana!

"Kenapa lambat buka pintu? Saya ingat awak dah pengsan!" soal Daniel tiba-tiba.

Jane gelabah. Takut perbuatannya menilik wajah lelaki itu dapat dikesan. Kelam kabut membetulkan kedudukan. Tegak terus bagaikan sedang menyanyi lagu Negaraku.

"Err... saya tidur," jawabnya kalut.

Dalam masa yang sama dia termalu sendiri. Malu dengan gayanya yang susah nak sedar kalau dikejut bangun. Biarlah dipukul gendang sekalipun!

Nanti mesti dia ni ingat aku banyak tidur. Tapi boleh disalahkan jugak, dah memang corak tidur aku pun macam tu! Ish, buat malu aje kau ni Ana! bisik hatinya. Tangan spontan menampar mulut. Kesal dengan tabiatnya yang buruk itu.

Perbuatannya mendapat perhatian Daniel.

"Eh, yang ditampar mulut sendiri tu dah kenapa?" Daniel bertanya kerana berasa pelik. Seketika kemudian dia ketawa halus. Lucu dengan gelagat gadis itu.

"Er... nya... nyamuk!" jawab Jane gagap. Hentam saja la labu.

"Besar tak?" tanya Daniel niat mengusik.

"Err... besar la juga!"

"Sempat tampar?"

"Sem... sem... pat!" jawab Jane kalut.

"Tengok tu... tengok tu... kalut lagi!" usik Daniel dengan ketawa kecil.

Jane hanya senyum kelat. Walaupun begitu, lega rasa perutnya melihat gelak tawa itu yang nampak ikhlas baginya. Dalam masa yang sama dia bersyukur lelaki itu tidak bertanya lanjut.

"Oh... lupa nak cakap!" Tangan Daniel terus mencapai bungkusan plastik yang dikelek bersama tadi.

"Dalam ni ada pakaian ganti untuk awak, lepas tu ada gimbap. Nanti awak makan ya! Saya minta maaf, saya bawa awak ke sini sehelai sepinggang. Sampai awak kena pakai baju yang sama dari semalam. Mesti awak rasa tak selesa kan? Tapi takpe, baju yang saya beli ni lagi buat awak rasa selesa. Ambillah..." Panjang lebar Daniel berkata-kata. Langsung tidak memandang mata Jane. Kalau bertembung pun terus dia melarikan bola matanya ke tempat lain.

Jane terkedu. Dia hilang kata-kata. Rasa terharu. "Kenapa encik baik sangat dengan saya? Kita tak kenal pun? Nama masing-masing pun kita tak tahu!" Bertalu-talu soalan diterjah kepada lelaki itu.

Terjongket kening Daniel. "Awak kata kita tak tahu nama masing-masing? Jadi awak masih tak kenal saya? Kan semalam ex girlfriend saya ada sebut nama saya kuat-kuat. Rasanya jarak antara awak dengan dia dekat sangat semalam!" Daniel bertanya menguji pula.

"Saya lupa nama encik!" jawab Jane jujur. Tak mahu berbahas panjang.

"Jadi, perbualan kita sebelum tu hanyalah bertaraf 'stranger'?"

"Ye..." Jane kemam bibir.

"Awak ada penyakit lupa ke? Masa kecil, banyak makan semut ke?"

Jane mengetap bibir. Dalam hati geram. Nak kata aku muda-muda dah nyanyuk la tu! "So, nama encik siapa? Saya tanya ikhlas ni!" gesanya.

"Hmm... betul awak nak tahu?" Kening Daniel terjongket.

Kali ini, Jane mengangguk laju. Nampak gaya macam nak tahu betul tu.

"Ada syaratnya!"

Lecehlah, main syarat-syarat bagai! Jane berasa tidak puas hati. Dia dah tak sabar. Tak mahu hendak memanggil lelaki itu dengan panggilan encik tanpa nama! Dia mengeluh perlahan. Ikut sajalah rentak dia ni! Anehnya, sekelip mata dia sudah selesa dengan lelaki itu.

"Okey! Apa dia syarat dia? Melibatkan hidup dan mati tak?" soal Jane mengalah.

"Eh, ke situ pulak dia. Dengar dulu syaratnya."

Jane mendengus perlahan. "Umph...!"

Daniel ketawa kecil. Makin lama makin dia suka mengusik gadis itu.

"Syaratnya, jangan biasakan diri panggil saya encik lagi lepas ni. Walaupun awak dah tahu nama saya tapi saya nak awak gugurkan panggilan 'encik' di depannya. Panggil aje nama. Kita kawan?"

Jane kelu. Lelaki itu bagaikan tahu sahaja apa yang bermain di fikirannya.

"Jadi nama enc... er... awak...?" soalnya mula menukar panggilan.

Daniel tersenyum. Eish, tak sabar betul!

"Call me, Daniel!"

"Daniel?" ulang Jane meminta kepastian.

"Repeat..!"

"Daniel...!" Jane tampar mulut sendiri. Eh, dah kenapa aku ikut aje sebut ni. Dah macam budak-budak tadika!

"It feel so good. Then, how about you?"

"Saya Jane." Ringkas sahaja Jane memperkenalkan diri.

"Malay, Chinese? Or Baba nyonya?"

"Biarlah rahsia..." jawab Jane selamba.

Daniel termangu sendirian. Adeh... Dia kenakan aku pulak!

●●●●●●●●●●

"AKU nak bawak dia balik Malaysia," luah Daniel tenang kepada sepupunya Hariz.

Petang itu, sengaja dia mengajak Hariz untuk melepak di kafe yang terletak di lobi hotel penginapan mereka sebelum terbang pulang ke Malaysia.

Perancangannya ingin dia membawa sekali Jane ikut sama menyertai mereka pulang ke tanah air pada malam ini namun gadis itu secara terang telah menolak cadangannya. Alasannya adalah dia masih tidak bersedia. Namun Daniel yakin yang dia tidak bodoh untuk meneka masalah sebenar yang dihadapi gadis itu.

Pastinya gadis itu sedang berlawan dengan perasaan yang membuak-buak ingin pulang ke pangkuan keluarga namun pada masa yang sama ada hal yang penting di Korea ini telah menghalangnya. Dan dia pun sudah mula untuk menyelidik perkara yang terjadi.

Puas juga dia memujuk gadis itu namun tetap menemui penamat yang kecewa. Jane tetap tegas dengan keputusannya. Apa yang harus gadis itu takutkan pun dia tidak tahu. Sudahnya dia meninggalkan Jane sendirian di biliknya. Biarkan gadis itu berehat. Hari semalam bagaikan terlalu lama untuk dilalui. Lelah dibuatnya.

Kopi yang telah lama terhidang di atas meja diangkat lalu cawan kecil itu dibawa ke bibir dan terus dihirup perlahan. Aromanya begitu kuat menusuk ke rongga hidung. Nikmat. Ditambah lagi dengan suasana petang yang riuh di kafe kunjungannya sekarang, Kafe 'Ti Amo'.

Susun atur kafe juga sangat menepati gaya hidupnya. Damai dan ruang yang luas diselangi dengan pencahayaan semula jadi dari luar kafe sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencari ilham. Diiringi dengan alunan muzik yang santai dan nyaman menyapa hawa pendengaran.

Namun begitu, tingkah sepupunya, Hariz bagaikan tidak menginginkan dia berada dalam suasana tenang itu. Kenapa harus volume suaranya menjadi tinggi di saat-saat ini? Potong stim orang yang hendak santai-santai sahaja!

"Kau dah gila?"

Hariz yang begitu terkejut dengan pernyataan sepupunya hampir sahaja cawan putih dalam genggaman tangannya terlepas ke lantai. Untung sahaja otak cepat bertindak, kalau tidak sudah terjadi adegan memalukan di situ. Duit pun boleh melayang dek membayar ganti rugi kecuaian.

Tetapi apakan daya, suaranya yang kuat tadi pun sudah menjemput mata pengunjung lain untuk memandang ke arah mereka.

Sedar akan tingkahnya yang tidak matang dan diiringi rasa malu terus Hariz membetulkan kedudukannya dan mempamerkan rasa bersalahnya terhadap penghujung lain kerana telah menimbulkan kekecohan.

Kini, wajah kacak Daniel menjadi sasaran mata indah miliknya pula. Tak guna punya sepupu! Boleh dia buat dek sahaja? Kalau bukan sebab dia, tak adanya aku hendak terperanjat macam tu sekali! rungut hatinya.

"Tolonglah Niel, jangan buat kerja tak berasas! Kau tu public figure! Lagipun, kau tahu kan dia tu siapa? Kau tak takut ke benda ni sampai dekat telinga Ayah Long? Mummy kau? Dan kali ini, Aku tak rasa mummy kau akan berlembut hati!" Hariz memuntahkan segala rasa yang terbuku di hati. Sungguh dia tidak bersetuju dengan keputusan Daniel. Baginya, Daniel terlalu ikutkan perasaan.

"Wei! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" tanya Hariz lagi. Dia semakin geram dengan sikap tak endah sepupunya itu.

"Dengar...!" jawab Daniel sepatah.

Bosan dengan reaksi sepupunya yang melampau, dia terus menyambung kata sebelum lelaki itu bertanya soalan lebih lanjut dan dalam masa yang sama agar sepupunya itu berhenti berceramah kepadanya.

"Hal mummy aku, kau tak payah fikir. Pandai-pandailah aku settlekan sendiri. Sekarang ni... aku ajak kau lepak sini sebab aku nak bagitahu yang aku takkan ikut kau balik Malaysia malam ni. Aku nak pujuk Jane ikut aku balik sekali. Dan, aku akan stay sampailah dia setuju."

Kedengaran Hariz mengeluh lesu. "Niel, aku tak tahu la nak cakap apa lagi nak sedarkan kau. Kau sedang berdepan dengan orang yang kau langsung tak kenal! Baru jumpa sehari dah nak bawak balik Malaysia segala! Siapa dia? Asal-usul dia? Kau tahu? Entah-entah penipu sahaja perempuan tu. Jangan-jangan scammer? Waspada Niel, kita tak tahu. Zaman sekarang banyak jadi benda-benda macam ni! Kalau kau tanya pendapat aku dengan tindakan kau sekarang, jujur aku katakan aku sedikitpun tak setuju! Terlalu bahaya Niel!" luah Hariz panjang lebar. Dia juga buntu. Tidak tahu lagi bagaimana hendak menasihati sepupunya itu. Keras kepala!

Daniel diam. Kali ini ada benar kata Hariz. Gadis itu siapa? Bahkan latar belakangnya pun dia tidak tahu. Tapi kenapa? Naluri hatinya berkata sebaliknya.

Bagaikan terbayang gadis itu dalam kesusahan. Jika bukan dia yang membantu, siapa lagi? Ya, besar kemungkinan dia akan ditipu. Tetapi sehingga ke saat ini, dari awal pertemuannya dengan Jane, skala sangka baiknya pada gadis itu masih lagi berwarna hijau dan hatinya juga nekad untuk membawa gadis itu keluar daripada kehidupan malangnya.

"Jangan risau, aku dah upah orang untuk siasat. Kalau betul dia nak menipu, biar undang-undang yang selesaikan."

"Bercakap pasal undang-undang, kenapa dia tak laporkan pada polis kalau dipaksa buat kerja haram? Pergi kedutaan pun boleh kan? Kenapa kau pula kena susah-susahkan diri?"

"Aku ada jugak tanya, tapi dia tak pernah nak cerita. Kalau aku ambik tindakan lapor undang-undang, aku mana ada bukti. Sebab tu aku suruh si Kevin siasat!"

"Kevin budak hacker yang tolong cari rumah sewa untuk Lisa tu? Pandai pulak dia nak menyiasat?" soal Hariz. Kevin yang menjadi topik perbualan ialah jejaka cina asal Malaysia yang telah lama bermastautin di Korea.

Daniel angguk mengiakan.

"Anyway, kalau apa-apa yang buruk berlaku nanti, aku yang akan tanggung seorang. Serius! Aku takkan libatkan kau sekali pun dalam hal ini. Tapi aku nak minta tolong kau... kau cover la ayat yang terbaik depan papa dan mummy aku okey?" ujar Daniel.

Hariz tersenyum kelat.

"Niel... aku tak rasa mummy kau nak percaya. Bukan ke selama ni, itu saja yang kau buat? Meraih kepercayaan daripada dia yang tak sudi. Dan bila kau kata kau nak buat jugak buat benda ni, aku takut kau dengan mummy kau takkan pernah jumpa jalan berbaik punya. Aku yakin dia takkan bagi muka dekat orang yang cuba untuk merendahkan martabat keluarga. Tapi kalau dari sisi Ummi Ila aku tak tahu. Maybe kau patut berbincang dengan dia dulu," pujuk Hariz. Dia tidak mahu Daniel tersalah langkah.

"Terpulang la mummy aku nak fikir apa kali ini Riz. Aku tak akan putus asa. Kalau seumur hidup aku kena berlutut depan dia pun aku sanggup! Cuma kali ini aku memang nekad nak bawak Jane balik Malaysia. Aku tak sanggup tengok dia terpesong dekat sini Riz. Kalau kau ada dekat tempat aku, kau akan rasa sendiri. Peritnya tengok dia menangis," luah Daniel.

"Kalau aku tanya kau jangan marah. Kau beria sangat nak tolong dia ni, kau dah terjatuh cinta dengan dia ke? Sikap kau ni tak ubah macam suami nak lindung isteri dia sendiri. Sanggup berkorban apa sahaja, walaupun kau tahu, hari ke depannya kau yang tanggung akibat itu?" soal Hariz ingin kepastian jelas daripada Daniel. Atas dasar apa Daniel sanggup menolong gadis yang tidak sama taraf dengannya itu? Malah jauh sekali!

"Aku tak ada jawapan untuk soalan kau tu. Maybe just rasa kemanusiaan... belas ihsan atau apa-apa ajelah. Untuk aku jatuh cinta pada dia, aku rasa itu dah lari daripada definisi sebenar pertolongan aku!" kata Daniel seraya tersenyum. Jatuh cinta pada Jane? Tak kut!

"Yakin? Hmmm... kalau itu dah kata kau, aku tak boleh nak buat apa. Aku akan balik Malaysia malam ni. Apa-apa hal kau jangan diam. Contact aku terus. Apa guna sepupu kalau tidak ada untuk membantu sepupunya. We're brothers, right?"

●●●●●●●●●●●

KETUKAN bertalu yang hadir di pintu merimaskan pendengaran Jane. Siapakah pelakunya itu? Betul-betul menjentik rasa geram di hatinya.

Jane yang baru sahaja keluar dari bilik air terus melepaskan tuala putih yang membaluti tubuh lalu bathrobe yang tersedia dalam bilik hotel itu dicapai bagi melindungi tubuh lampainya. Rambut yang masih basah dibiarkan lepas.

Laju kaki diatur ke arah pintu yang telah menghasilkan bunyi yang tidak nyaman sebentar tadi. Kali ini, dia tidak pula mengintai di balik lubang kecil pintu bilik tersebut. Pastinya Daniel! Siapa lagi? Hanya lelaki itu sahaja yang tahu keberadaannya.

Tombol pintu dipulas kasar. Sedikit geram dengan si pengetuk pintu itu. Tidak sabar! Dia hendak mandi pun tidak senang.

"Awak boleh tak kal... au...." Bicara Jane mati di situ.

Terkejut dengan paparan yang terhidang di depan mata. Kenapa? Bagaimana lelaki itu boleh mengesan keberadaannya?

Sememangnya dia tidak pelik akan kebolehan lelaki itu. Di benak fikirannya sekarang ini adalah, mengapa begitu bodoh dan cuainya dia? Kenapa tidak memeriksa terlebih dahulu siapa pengunjungnya?

Terus tangan naik menutup mulut. Senyuman senget yang dipamerkan lelaki itu juga makin mengerikan. Dalam hati tak putus berdoa agar terhindar daripada perkara yang tidak sepatutnya.

"Hello, sweetheart! Dekat sini menyorok rupanya? Kau tak cuba nak lari kan?" Helmi bersuara mendayu.

Tangan kanannya terus laju menongkat pintu agar Jane tidak berupaya untuk menutup pintu tersebut. Gadis itu tidak boleh lari daripadanya. Lubuk emasnya itu. Satu-satunya produk yang menjadi kegemaran pelanggannya.

"Helmi, a..ku tak lari. Aku cuma menginap sehari saja. Aku dah bersiap nak balik dah ni!" jawab Jane tersekat-sekat.

Alasan cuba dicipta. Walaupun dia tahu tiada gunanya. Khuatir juga hatinya jika Daniel muncul secara tiba-tiba. Tidak dapat dibayangkan apa yang bakal terjadi sekiranya kedua-dua lelaki itu bertemu muka.

Senyuman Helmi mati. Dia mendengus keras. Wajah kecil milik Jane menjadi sasaran cengkaman tangan kasarnya. Kuat daya cengkamannya ditekan pada wajah gadis itu sehinggakan terbeliak mata bundar itu. Gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan tidak dihiraukan.

"Kau ingat aku bodoh hah? Jantan lain yang aku suruh kau layan, jantan lain yang kau puaskan? Puas hati kau dah malukan aku?" jerkah Helmi tepat pada wajah Jane.

"Ergh... ahh... Lepaskan aku Helmi. Lepas! Saa... ki... tt!" rintih Jane.

Tangannya cuba menolak kasar tubuh Helmi. Namun kudratnya begitu lemah. Sudahnya, tangan kecilnya menumbuk dada Helmi berkali-kali bagi memberi paksaan kepada lelaki itu agar melepaskannya.

Air mata sudah merembes keluar. Bukan menangis kerana disakiti Helmi tetapi lebih kepada menangis mengenang nasib diri yang tidak cuba untuk berkeras mempertahankan diri dengan lebih tegas lagi.

Walaupun begitu, usahanya membuahkan hasil. Helmi melepaskan cengkaman tangannya pada wajah Jane. Tubuh Jane diteliti atas bawah. Jane yang tercungap-cungap keletihan menjadi hiburan kepadanya. Kali ini tangan naik pula mengusap lembut wajah Jane.

"Ana sweetheart..."

"Lebih baik kau cepat bersiap ikut aku balik, kalau tak, faham-fahamlah. Kalau kau berkeras jugak jantan tu aku bunuh! Kau tahu kan, bila polis dah siasat, polis takkan syak orang lain dah. Kau orang last yang bersama dia. So, fikirlah ya, sweetheart! Ikut I balik okey? Lembut ni I mintak dengan you," bisik Helmi bersama senyuman yang senget. Tangan bermain-main rambut Jane bagaikan memujuk.

Beberapa orang penginap hotel yang lalu lalang di hadapan bilik mereka hanya mempamerkan senyuman malu. Pastinya mereka fikir, mereka berdua merupakan pasangan pengantin baru yang sedang gaduh-gaduh manja di hadapan bilik.

Helmi senyum manis. Tidak mahu nampak sangat yang mereka sedang menghadapi konflik besar. Jane tidak mampu berkata apa-apa. Hanya air matanya yang tidak henti-henti turun membasahi pipi. Helmi dah melampau.

"Aku ikut kau! Tapi kau mesti janji kau jangan libatkan dia dalam hal ni. Dia bukan siapa-siapa! Dia juga pelanggan aku. Tak perlu lah sampai nak membunuh dia!" kata Jane keras lalu terus melangkah masuk ke dalam ruangan bilik.

Pakaian yang dibeli oleh Daniel dicapai. Dengan penuh rasa benci kepada Helmi dia bersiap. Rasa kesal di hati bila fikirkan tentang Daniel.

Apa kata lelaki itu apabila melihat dia sudah tiada di dalam bilik? Tinggalkan nota? Rasanya tak perlu! Dengan demikian, lelaki itu akan selamat. Maafkan saya Daniel! Saya bahaya! Dan saya tak nak awak terluka disebabkan saya!

●●●●●

DANIEL sudah naik bosan mengetuk pintu bilik penginapan Jane. Muka jam di tangan dikerling sebentar. Jarum jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Dan gadis itu masih belum makan malam lagi.

Plastik yang berisi makanan dibimbit tangan kanan dipandang lama. Entah kenapa? Kali ini gadis itu lambat membuka pintu. Takkan tidur lagi kut? Walaupun begitu dia tetap mengetuk pintu bilik itu dengan sabar.

Telefon bimbit ditarik keluar dari kocek seluar. Nombor telefon Jane dicari dalam kenalan. Seketika kemudian dia menepuk dahi. Bila masa pulak aku simpan nombor telefon dia?

Terasa kesal pula diri ini. Menyesal tak minta awal-awal! Tunggu aje la sekejap! Mungkin dia tengah mandi kut? Sebab tu tak dengar. Fikir Daniel.

"Tapi, ni dah lama sangat ni! Hampir 15 minit! Takkan tak dengar langsung?" Daniel tertanya-tanya sendiri sambil melihat jam tangan.

Dalam masa yang sama, hati turut berdendang tidak sedap. Takkanlah...?

Kepala mula mencipta andaian yang tidak baik. Andainya betul, memang tepatlah tekaan Hariz! Tak mungkin kut! Tangan naik berterusan mengetuk pintu. Entah-entah tengah sakit!

"Jane... Jane... awak dengar tak? Awak okey kan?" Sambil memanggil sambil tangannya terus mengetuk pintu. Berharap agar gadis itu tidak apa-apa. Menyesal rasa hati meninggalkan gadis itu sendirian.

Tiba-tiba Daniel terasa bahunya disentuh lembut dari belakang oleh seseorang. Sepantas itu tubuhnya dipusing menghadap pemilik tangan itu.

Kelihatan seorang lelaki muda yang lengkap berpakaian rasmi pekerja hotel tersebut. Senyuman ikhlas terpamer di wajah putih bersih itu.

"I am sorry, sir, but the room is already checked out! Could you please let me do my job?" tanyanya sopan.

"What?" Daniel terkejut mendengarkan hal itu, air mukanya berubah menjadi pucat.

"When?"

"About an hour ago!" Makin terbeliak mata Daniel mendengarnya. Dah lama dia tak ada rupanya! Kenapa Jane? Kenapa? Awak lari sebab saya ajak awak balik Malaysia ke?

Daniel meraup wajah yang kusut. Plastik makanan tadi pun sudah terjatuh ke lantai dek terlampau terkejut. Mungkin benar apa yang sepupunya rasa. Dia belum kenal siapa Jane yang sebenarnya. Dia terlalu ikutkan perasaan. Kalaulah betul, Jane memang seorang penipu.

"Sir, maybe you can ask the receptionist the details?" cadang pekerja hotel itu pula. Mungkin dia kesian melihat Daniel yang menjadi tidak tentu arah. Gaya macam girlfriend hilang saja!

Daniel mengangguk tanda setuju dengan cadangan tersebut. Dia mengumpul kekuatan. Makanan tadi tidak diambil semula sebaliknya menyuruh pekerja hotel tersebut untuk membuangnya.

Masih ada sinar harapannya untuk bersangka baik kepada Jane. Kerana janji yang dibuat kepada gadis itu, akan cuba dia tunaikan. Setidak-tidaknya, dia perlu mencari kebenaran terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang mendalam. Terus panjang langkahnya diatur menuju ke lobi hotel.

"Miss, did the guest in room 2034 is already check out? Did she go alone?" Daniel bertanya laju saat tiba di kaunter.

"Oh, yes! About an hour ago! And she went with a guy. They look cute together!" kata penyambut tetamu wanita di situ dengan senyuman ceria. Suka betul dia melihat pasangan yang bahagia.

"Really? Can I see the CCTV footage?" pinta Daniel.

"I'm sorry, sir! We can't show it to you! It is against our policy."

"But I am the one who's booked the room! How come she checked out without me? Could you please consider it for this time?" pujuk Daniel.

Setelah mendengar pujuk rayu Daniel, penyambut tetamu itu mula berbincang dengan partner di sebelahnya. Seketika kemudian dia tersenyum ke arah Daniel seraya mengangguk tanda mengizinkan. Daniel berasa lega kerana saat untuk mengetahui kebenaran hampir tiba juga.

"I don't think he is her boyfriend. He looks suspicious!" kata salah seorang penyambut tetamu di situ. Riak wajahnya juga berkerut-kerut. Mungkin tidak percaya dengan apa yang dia saksikan.

"Why do you think like that?" tanya Daniel pula.

"The girl look scared! I think the guy is a psychopath!"

Daniel terkedu mendengarnya. Pantas dia meminta penyambut tetamu itu untuk memutarkan kembali video kepadanya. Jane nampak takut-takut. Lelaki itu, kenapa dia genggam lengan Jane kuat-kuat? Hati Daniel penasaran.

"Could you please send me this video?" pinta Daniel lagi.

Kedua-dua orang penyambut tetamu itu mengangguk tanda setuju.

Kini, Daniel mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Terus satu nombor didail.

"Hello... jejak diorang pergi mana! Update aku ASAP!" arahnya kepada penerima panggilan selepas video tersebut selamat dihantar.

Hati semakin bertambah risau. Tambah-tambah lagi, selepas melihat ketidakrelaan Jane yang jelas terpapar dalam video. Jane, awak jangan risau! Saya dah janji dengan awak yang selagi saya hidup saya akan selamatkan awak! Desis hati kecilnya.

Seketika kemudian, Daniel bagaikan teringat akan sesuatu. Lantas senyuman kembali terbentuk di bibir. Sinar harapan nampaknya kembali bercahaya.

Apartmen Lisa! Ya! Tempat pertemuan pertama mereka. Pasti gadis itu juga akan berada berhampiran. Lantas, kaki laju diatur untuk ke destinasi yang dia yakini sebagai tempat tinggal Jane.

TBC...

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

821 48 11
Adiba Kaisara nama yang cantik seperti orangnya. Siapa yang tak terpana hati melihat dirinya yang serba lengkap sempurna. Namun sayang aura degil dan...
50.2K 321 4
[ In Editing ] ⚠️ [ 𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁𝑜𝓃𝑒 𝓈𝑒𝓇𝒾𝑒𝓈 ] [ KARYA PERTAMA ] "𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚, 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐭𝐫𝐢." Luthfi...
43.8K 1.4K 34
[ 1st book ]✨ RE-EDIT TO A BETTER STORYLINE VERSION Qhairul Aqmal x Jannahtul Afyna Mardiah ❤️ "Aku sakit. Apa yang aku boleh beri pada kau sebagai...
20.9K 656 62
Cold Hearted. Itu sifat bagi mereka berdua, selalu kita akan dengar salah seorang partner adalah cold hearted kan? Tapi ini tidak bagi mereka berdua...