Di Bawah Salju

بواسطة khrnisoff

582K 49.5K 4.6K

[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya m... المزيد

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
special

32

8.1K 740 12
بواسطة khrnisoff

BUNGA-bunga yang mekar mewarnai setiap jalan menandakan musim salji sudah beransur pergi, kini tiba masanya musim bunga mengambil alih.

Bermakna Qaid dan Humaira sudah 4 bulan bergelar suami isteri, sepanjang tempoh mereka berkahwin macam-macam mereka lalui. Orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi adalah Qaid Darwisy, dia tahan sahaja dengan perangai Humaira yang degil. Susah juga membentuk si isteri supaya dengar ikut cakap dia. Pening kepala kadang-kadang melayan kerenah Humaira, jika dia marah, Humaira yang merajuk dan Humaira merajuk dia sendiri kena pujuk. Jika Qaid yang merajuk, Humaira tak mahu memujuk.

Sabar jelah.

"Qaid!" Bergema suara Humaira dalam bilik menjerit nama si suami. Bukan apa pun, saja mahu menyakat suaminya yang mandikan Muezza dalam bilik air.

Lelaki itu pula hanya buat pekak badak, malas menyahut panggilan Humaira. Bising macam mulut murai.

"Tuanku Muda Qaid Darwisy." Dengan gelaran sekali dia sebut, kemudian dia mendecit apabila tiada sahutan lagi.

Humaira sudah bersiap dengan telekung untuk mengaji. Hari ini mereka akan membaca Al-Quran bersama-sama.

Lama dia diam, sebelum bibirnya dibasahkan dengan zikrullah.

"Subhanallah alhamdulillah walaillahailallah Allahuakbar." Dia bergerak ke arah tingkap yang disinari cahaya bulan purnama.

"Allahumma solli solatan kamilatan,
Wasalim sallaman taammaa,
A'laa saidina muhammadinil lazi,
tanhallubihil u'kadu,
Watanfariju bihil kurobu,
Watukdho bihil hawa iju,
Watunaalu bihirro gha' ib-u. Wahusnu khawaa timi, Wayustasqhol ghomaamu
biwajhihil karim. Wa ala alihi wasah bihi
fi kulli lamhatim wanafasim.
Bi' adadi kulli mak'lu mim lakh."

Zikir yang selalu dibaca oleh Tuan Umair ketika Humaira masih kecil.

Habis sahaja dia berzikir, dia dengar tapak kaki suaminya keluar dari bilik air. Terus badan berpaling ke arah Qaid dan Muezza. Dia ketawa melihat kucingnya yang kesejukan, atas badan Muezza pula ada tuala kecil khas untuk kucing itu. Siapa punya kerja kalau bukan Qaid orangnya, dah serupa mandikan anak.

"Kanda."

"Hmm?" Lelaki itu bergerak masuk ke dalam bilik pakaian. Humaira hanya memerhati sahaja, kaki melangkah mendekati Muezza yang kaku dia tengah-tengah jalan.

"Meow." Dengar suara macam tahu-tahu sahaja Humaira yang Muezza ingin dikeringkan badan.

"Kesian dia sejuk." Badan kucingnya dia angkat seperti bayi lalu mereka bergerak duduk di atas katil. Badan Muezza di lap dengan tuala kecil itu.

"Meow." Humaira tersenyum apabila dia nampak mulut Muezza membentuk sebuah senyuman, mungkin ingin berterima kasih kepadanya.

Setelah selesai mengelap, Humaira terus baring bersebelahan dengan Muezza. Dia lap kucing itu pun, Qaid belum siap memilih baju.

Lambat betul. Baru sahaja ingin menutup mata, suara si suami menyapa gegendang telinga.

"Nak tidur ke nak baca Quran?"

"Baca." Dia bangun dari perbaringan, melihat Qaid sudah siap tukar baju dan seluar serta di tangan lelaki itu ada sejadah dan dua kitab Al-Quran.

Sejadah di ambil lalu dibentangkan menghadap kiblat dan mereka berdua duduk menghadap satu sama lain.

"Surah?"

"Luqman." Qaid berkata lalu dia memandang Humaira sekilas apabila wanita itu sedang menyelak muka surat surah Luqman.

"بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم"

Bersatu suara mereka suami isteri apabila menyebut kalimah Allah dan mengagungkan kebesaran Allah.

"Allah SWT berfirman:

"وَمِنَ النَّا سِ مَنْ يَّشْتَرِيْ لَهْوَ الْحَدِيْثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ ۖ وَّيَتَّخِذَهَا هُزُوًا  ۗ اُولٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَا بٌ مُّهِيْنٌ"

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
(QS. Luqman 31: Ayat 6)

Malam itu hanya kedengaran suara mereka berdua menghabiskan surah Luqman. Di mana surah Luqman jika dibaca akan terhindar daripada sebarang penyakit terutamanya penyakit perut. Dan surah yang menyelamatkan diri daripada banjir pada ayat ke 31.





LANGKAH kaki Hazrat Terhenti apabila dia ternampak susuk tubuh Adam dan beberapa orang anak buahnya yang bergegas ingin menuju ke wilayah barat, mereka semua dilengkapi dengan pelbagai barang bersenjata. Hal ini membuatkan dia tertanya-tanya apa yang Adam rancangkan. Banyak persoalan yang bermain di mindanya ketika itu.

Hazrat menyorok dibalik pondok yang berada di tengah-tengah hutan itu apabila seorang anak buah Adam memandang ke arah tempatnya berada. Dengar saja nama Qaid membuatkan Hazrat memasang telinga untuk dengar perbualan mereka.

"Kali ini rancangan kita tidak boleh gagal" ujar Adam kepada salah seorang anak buahnya. Dia memberi amaran keras kepada mereka semua.

Kelibat adik lelakinya dia cari, tiada. Kehilangan Furkan dari penjara bawah tanah telah disampaikan kepadanya. Katanya ada orang dalam yang yang melepaskan Furkan dari penjara tersebut.

"Tiba masa untuk balas dendam dengan Qaid setelah apa yang dia buat pada anak buah aku, Hancur anak buah aku dia sesatkan dengan agama dia."

Hazrat mengerutkan kening. Tidak setuju dengan kata-kata Adam. Sebab lelaki tua durjana itulah, Furkan keluar dari islam. Sebab Adam mereka adik beradik berpisah dan sebab Adam, Furkan melarikan diri dari rumah selama beberapa tahun. Dia lah manusia yang menyesatkan orang.

Bahu ditepuk oleh seseorang membuatkan Hazrat berpaling ke belakang, terlihat seorang wanita sedang menyorok sepertinya.

"Siapa kau?" Dia berbisik perlahan lalu mata beralih memerhati Adam dan kuncu kuncunya.

"Saya orang lah." Mata dijulingkan ke atas kerana tidak suka cara wanita itu membalas.

"Kau buat apa kat sini?"

"Tuan Hazrat tak nampak ke saya sedang menyorok juga sekarang ini?" Kepalanya terjengah-jengah untuk mengintai Adam dan yang lain.

"Macam mana kau tahu nama aku?"

Wanita itu mengeluh. Mata mereka bertemu tetapi tidak lama sebelum dia sendiri mengalihkan pandangan, mata Hazrat terlalu cantik untuk dia tatap dengan lama.

"Bukankah Tuan Hazrat anak ketua wilayah? mestilah saya kenal. Kita duduk satu wilayah, cuma tuan tidak mengenali saya."

Adam hilang dari pandangan mata mereka. Hazrat bangun untuk pergi ke istana kerana ada berita tidak baik yang dia ingin sampaikan kepada Qaid.

"Tuan nak ke mana?"

"Mencampuri urusan orang lain tidak baik bukan?"

"Memanglah tidak baik."

"Jadi kau tidak perlu tahu ke mana aku hendak pergi." Matanya memandang sekeliling kemudian dia terpandang seekor kuda yang tidak jauh darinya.

Hazrat berlari dan menaiki belakang kuda tersebut.

"Tuan nak ke mana? Itu kuda saya."

"Kau tunggu sini. Aku pinjam kuda kau, ada kecemasan." Terus Hazrat mengambil jalan singkat untuk mempercepatkan perjalanannya ke istana.

"Sudahlah dibawa lari kuda aku, lepas itu kata aku ni menyibuk urusan dia pula. Nasib kacak." Kalau beritahu Zeynep tentang perkara ini mesti sahabatnya itu teruja tidak tentu arah.

Seyra duduk di atas pondok itu, menunggu kedatangan Hazrat yang membawa lari kudanya.





DIZHWAR berlari mencari Qaid di seluruh kawasan istana apabila tuannya itu tiada di halaman istana. Berita yang dia terima daripada salah seorang pengawal istana tadi amat mengejutkan. Nampaknya Adam tidak mahu berputus asa.

"Tuan Adaskhan!" Dizhwar berlari mendapatkan Adaskhan yang sedang bersembang dengan adik perempuannya, Zehra.

Tercungap-cungap dia ke sana ke sini mencari kelibat keluarga diraja itu.

"Mengapa Dizhwar? Kau nampak begitu risau sekali." Adaskhan membisik kepada Zehra supaya masuk ke dalam istana. Tidak bertanya, Zehra terus masuk ke dalam tanpa bersuara. Akur dengan arahan lelaki itu.

"Di mana Tuan Qaid berada sekarang?"

"Kanda Qaid?" Lambat otaknya memproses soalan pembantu abangnya itu.

"Ya. Di mana baginda sekarang?"

"Kanda tengah sediakan tentera istana. Katanya ada perkara penting yang ingin dilakukan." Dia perhati Dizhwar yang mengeluh lega. Mengapa lelaki itu cemas sahaja.

"Mengapa?"

"Adam.. Adam datang untuk bertempur." Nafasnya masih tidak teratur, tuannya lebih cekap daripada dia. Dizhwar ingat Qaid masih belum tahu tentang hal ini, jadi dia dengan segera mencari kelibat tuannya.

"Oh, pergilah ke sana. Kanda Qaid mesti tengah menunggu bantuan kau." Dapat sahaja anggukan dari Dizhwar, kaki kanannya memulakan langkah untuk mencari seseorang.

Goker.

Dia mesti mengurung Goker di dalam gudang. Senyuman sinis terbit di hujung bibir, walaupun dia belum ada bukti tetapi Adaskhan pasti Goker adalah pengkhianat dalam istana ini, perkara ini perlu dirahsiakan daripada abangnya.

"Adaskhan."

"Kakanda Maira.. "

"Kenapa kamu tergesa-gesa?" Belakang lehernya dia usap perlahan, tidak tahu alasan apa yang dia ingin beri.

"Aaaaa. "

"Kenapa?"

"Ada urusan penting kakanda Humaira.." Senyuman diberikan kepada kakak iparnya.

"Kanda Qaid suruh kakanda Maira masuk ke dalam istana semula. Dia tidak benarkan kakanda keluar." Sambungnya, gasak lah dia tidak tahu alasan apa yang ingin beritahu, sudahnya nama abang sendiri menjadi taruhan.

"Kalau begitu kanda Maira masuk dulu lah."
Adaskhan mengangguk, lega kerana tidak disoal banyak.

Adaskhan meneruskan langkahnya mencari Goker. Suara garau kanda Qaid jelas kedengaran menyapa gegendang telinga. Lelaki itu sedang memberi arahan kepada para tentera istana. Tidak lama lagi dia sendiri akan pegang gelaran panglima perang.

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

SHE بواسطة LOLLYSNOW

العاطفية

4.5M 6.2K 2
Mahu menolong, malah disalah erti dan akhirnya membuatkan seorang gadis gelandangan terpaksa berkahwin dengan lelaki kaya.
Bintangku بواسطة jae

قصص الهواة

14.3K 1.9K 60
★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa b...
2.4M 192K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
Tale : Armored Beast بواسطة ꠸ꪑꪖꪀ

الخيال (فانتازيا)

293K 25.5K 41
"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the...