Episode 42

95 16 25
                                    

Cinta tidak dapat dijual beli dengan apa jua tawaran duniawi kerana ketulusan cinta lahir sejati dari lubuk hati.

🌹🌹🌹

"Hi Gee," sapa satu suara dari arah belakang dan aku segera menoleh.

"Eh, apa yang you buat dekat sini?"

Aku hanya sempat bertanya sebaris ayat apabila menyedari sebatang kayu dihayunkan dan hinggap di kepalaku tanpa dapat dielakkan. Semuanya berlaku dalam satu kerdipan mata.

Gedebuk!

Hitam! Pandangan bertukar gelap! Adakah ini alam maut?

Sekujur tubuh jatuh terjelepok dengan muka tersembam ke lantai. Darah pekat mula menitis dari kesan luka akibat pukulan keras di sisi kepala.

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

Tut.. tut..

Tut.. tut..

Ms Kelly cuba menghubungi Suziana sampai terputus talian tidak diangkat. Tidak berputus asa dicubanya lagi. Sampai kali ketiga dia cuba hubungi, masih tidak diangkat.

"Macam mana ni beb? It's not like her. Suziana tak pernah tak angkat telefon beb," keluh Ms Kelly mula gelisah. 

"You ni kan, janganlah gelabah tak tentu pasal menakutkan orang. Mungkin Gee tengah discussion ke, dalam bilik air ke. Cuba bawa bertenang," balas Yasmin seraya menenangkan sahabat kesayangannya itu.

Dia tahu benar perangai Ms Kelly yang sangat sensitif dan cepat cemas. Sejujurnya, dia sendiri juga risau dengan keadaan Suziana sekarang, cuma dia tak nak tunjuk terang-terang kerana takut akan memburukkan lagi keadaan.

"I rasa tak sedap hati la beb," luah Ms Kelly lagi sambil menggigit kuku. Itulah salah satu tabiat unik si Kelly ni, jika dia menggigit kuku maka adalah perkara yang merunsingkan fikirannya. Bahasa tubuh yang senang dibaca.

"Okey, macam ni. Kita tunggu setengah jam lagi, lepas tu kita cuba hubungi Gee lagi ye. Nanti kita tengok macam mana," pujuk Yasmin disambut anggukan dari Ms Kelly.

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

Cassidy baru menapak keluar dari bank apabila menerima panggilan masuk dari Man Deyo.

Cassidy: Helo.

Man Deyo: Helo Cassidy. Engkau di mana sekarang?

Cassidy: Aku.. baru habis berurusan di bank. Kenapa?

Man Deyo: Suziana ada dengan engkau tak?

Cassidy: Tak ada. Dia pergi jenguk rumah lama keluarga dia. Kenapa tiba-tiba tanya aku pasal Suziana ni Man? Kenapa tidak engkau sendiri yang hubungi dia terus?   

"Hurm," terdengar bunyi keluhan keluar dari suara garau Man Deyo sementara Cassidy meneruskan langkah menuju ke tempat letak kereta. 

"Rakan kongsi dia hubungi aku tadi. Mereka berdua risau sebab Suziana tak angkat telefon walaupun sudah dihubungi beberapa kali dan aku sendiri juga sudah cuba hubungi dia, tidak juga dijawab," jelas Man Deyo. 

Langkah Cassidy terhenti serta-merta saat mendengar kata-kata Man Deyo. Hatinya mula tak keruan. 

"Man, maaf aku pergi dulu. Nanti aku hubungi engkau balik."

Entah kali keberapa nombor Suziana didail. Masih tidak dijawab. Jantung berdegup kian laju, gundah-gulana mencengkam jiwa. Cassidy menghela nafas dalam, cuba mengawal diri agar tidak panik. 

Dia sudah berjanji untuk menjaga Suziana tetapi dia biarkan buah hatinya itu bersendirian. Dia takkan maafkan diri sendiri sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini ke atas cintanya. 

"Argh!" Cassidy menghentak tangan agak kuat ke atas stereng kereta. Jam begini memang jalan sudah mula sesak kerana waktu orang pulang kerja.

Andai sahaja kereta dapat terbang, mahu dipecutnya agar cepat sampai. Hanya doa yang mampu dipanjatkan di dalam hati, "Ya Tuhan, tolong jagakan dia untukku."

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X 

Perlahan-lahan kelopak mata dibuka dan sedikit demi sedikit cahaya mula menyelinap masuk ke dalam kornea namun pandanganku masih kurang jelas dan kabur. 

Mata kanan seakan ditutupi oleh sesuatu, ya darah kering. Aduh, kepalaku terasa begitu sakit sekali! Berdenyut-denyut!

Dari kesamaran penglihatan, mata menangkap sosok seorang wanita sedang memegang objek berkilau di tangannya. Aku cuba bangun namun tidak berdaya.

Terasa ada sesuatu yang membelit tubuh, menahan pergerakanku. Rupa-rupanya diriku dililit 'Duck Tape' ke atas kerusi dengan kedua tangan disilangkan ke belakang dan diikat ketat. 

Perasaan takut dan panik mula menguasai diri, jantungku berdegup kencang. Kenapa aku diperlakukan sedemikian?

Aku cuba meronta sekuat hati, cuba meleraikan ikatan di tangan dan juga lilitan 'Duck Tape'. Siapa tahu dengan berbuat begini lilitan dan ikatan dapat dilonggarkan.

"Hahaha... Gee, tak payahlah susah-susah nak meronta bagai, buang tenaga saja," bunyi ketawa bergema memenuhi ruangan bilik yang kecil. Rasanya, ini bilik tidurku dulu.

"Tolong! Tolong!" aku menjerit sekuat hati.

"Hahaha. Aduh, Gee! You are so funny, really made my day! Hah, menjeritlah lagi. Jerit kuat-kuat. Awak ingat ada orang dengar ke?"

"Awak sungguh naif Gee. Awak ingat tak yang awak dah tinggalkan tempat ni 20 tahun? Pengetahuan awak mengenai kawasan kejiranan disini, zero! Awak faham tak, zero!"

"Diana! Lepaskan saya! Kenapa awak buat saya macam ni? Awak BFF saya kan? Apa salah saya pada awak?" rayuku sayu sambil meronta. Masih berikthiar mencari cara untuk melepaskan diri. 

Sungguh tidak disangka kawan baik ku sendiri melakukan perkara dahsyat sebegini ke atas diriku. Kini airmataku mula mengalir. 

"BFF? Best Friend Forever? Bullshit!"

"Dulu, masa sekolah, awak asyik berkepit dengan si Adelin tu je. Sekarang, awak anggap saya ni BFF awak. Memalukan!" jerit Diana geram. 

Dia mengorak langkah datang menghampiri aku lalu mengusap-ngusap rambutku yang terurai kusut kemudian berkata dengan suara yang halus, "Awak tahu tak berapa lama saya idamkan saat ini, tunggu peluang awak bersendirian supaya kita dapat meluangkan masa berduaan begini."

"Diana please.. kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah dan dosa saya pada awak? What do you want from me?" tanyaku bertalu-talu, masih belum memahami kenapa Diana tergamak mencederakan diriku.

Dia tertawa kecil sambil memintal rambutku dengan hujung pisau pemotong sayur yang dipegangnya. Sesekali pisau itu diletakkan di leherku membuatkan aku berasa nyilu di bahagian tengkuk.

Tidak pernah kuduga Diana boleh bertindak sejauh ini. Tidak terlintas langsung difikiranku bahawa Diana memasang niat yang tidak baik terhadap diriku selama ini. Ingatkan dia ikhlas berkawan dengan ku.  

Aku menyesal datang ke sini seorang diri. Andai Cassidy menjadi peneman mungkin takkan terjadi perkara begini. 

'Cas, dimana awak? Ya Tuhan, tolong aku,' desis hatiku sendu.

"Awak nak dengar cerita tak, Gee? Kita ada banyak masa lagi ni. Let me tell you a story. Duduk diam-diam tau dan jangan kemana-mana until I finish my story."

"Eh, terlupa pula awak memang tak dapat nak bergerak ke mana pun. Luculah Diana ni, kan?" soalnya sambil tersenyum sinis.  

Bersambung...

Author's Note

Hai kesayangan Lily 😍 Episode kali ini Diana tunjuk belang dia yang sebenar. Hurm, maaf kalau jalan cerita agak klise dan agak pendek but I hope you all enjoy it. As always, I love you all ❤ & terima kasih kerana terus memberikan sokongan & dorongan buat Lily✨.  

CAS [Completed] ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن