Episode 2

449 139 9
                                    


Cinta datang tanpa diundang. Ia mengetuk pintu hati menunggu untuk dipelawa masuk.

🌹🌹🌹


Aku dengan Adelin memang berkawan rapat sejak tingkatan 2. Dah macam adik-beradik kandung. Apa-apa masalah, kami berdua kongsikan bersama. Menangis dan ketawa bersama. Tak boleh dipisahkan. Kesana-kemari berdua, bagai belangkas.

Cikgu-cikgu dah masak dengan perangai aku dan Adelin. Oleh sebab itu apa saja aktiviti di sekolah, nama kami berdua tak pernah dipisahkan. Ada Adelin adalah aku dan sebaliknya.

Memang tak dinafikan, ada yang dengki dengan kami, bukan nak menunjuk, kami berdua mendapat kepercayaan dari pihak guru. Kira glamour lah juga, budak popular haha. Sebab itulah ada yang buat fitnah, kecam kami lesbian lah bagai. Pandai bodek cikgulah. Hah, lantaklah apa orang nak fikir, janji happy.

Macam biasa, hari ini waktu rehat beli burger dan air cola. Habis makan kami balik ke kelas. Kedudukan bilik darjah terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan padang sekolah. Jadi, kalau ada latihan sukan, memang jelaslah kalau nak 'skodeng'.

"Wah! Weewit! Tengok tu Sha, seksinya dia belari!" jerit Fiqa kepada Nisha. Adalah lima enam orang serbu nak jenguk ke luar tingkap untuk melihat apa yang Fiqa maksudkan.

Amboi... bukan main excited lagi si Fiqa ni terjerit-jerit, mengada. Geng dia yang lain pun lebih kurang sama, ei... gediknya. Aku hairan apa yang seksi, lantas aku tarik tangan Adelin. Nak juga aku menyibuk tengok apa yang si Fiqa syok kan sangat tu.

Terlihat sosok tubuh seorang lelaki yang tinggi lampai berdiri tegap berkasut sukan, memakai T-shirt putih dan berseluar sukan pendek atas lutut memperlihatkan kakinya yang panjang dan seksi dalam kategori lelaki.

'Cassidy,' bisik hati kecilku.

Rupa-rupanya kamu yang menjadi topik hangat mereka ni. Yang sibuk sampai menjerit excited sangat. Alahai, geram sangat ke perempuan-perempuan tu dekat mamat ni. Aku macam takda feel je.

Apa yang istimewa sangat dekat laki yang seorang ni ha? Hairan juga aku kenapa banyak minah minat dekat dia? Hensem ke? Tertanya-tanya juga aku.

"La, excited tengok si Cassidy rupanya, menggatal, ish!" meluat muka Adelin hahaha.

"Gee, esok datang awal tau," jenuh Adelin mengingatkan aku. Rata-rata orang mengenali aku dengan panggilan Gee. Nama sebenar aku Suziana. Entah dari mana datangnya Gee, mungkin lebih senang untuk disebut.

"Okey Lin, I'll try. Kau bukan tak tahu dengan papa aku tu, kita subuh dah bangun, dah ready segala nak tunggu dia lagi kalah perempuan pakai makeup. Kalau kita paksa nanti kecil hati pula orang tua," jawab aku dengan nada malas.

"Kalau aku lambat sikit, tolong beritahu komander berlagak kita tu, kereta papa aku ada masalah ka atau... ah, pandai-pandailah you tolong I reka alasan okey, please. I tak nak nanti dia hukum I buat larian padang satu pusingan, matilah aku. Please Lin." Aku merayu buat muka simpati.

"Ye la... ye la. Pandailah aku nanti reka alasan. But please try to come early dear," jawab Adelin.

"Okay, I'll try my best."

X X X X X X X X X X X X X

'Alamak, matilah aku, mereka dah mula kawad dah,' aku bermonolog sendirian.

Dari jauh aku dah dapat dengar laungan suara komander memberi arahan dengan tegas. Antara empat buah Rumah Sukan, Rumah Sukan Kuning - Rumah Wira yang paling banyak ahli menyertai kawad kaki. Mungkin tak ramai atlet yang diletakkan dalam Rumah Kuning ni sebab tu banyak yang tak menyertai acara padang.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now