Episode 9

204 115 7
                                    


Kebahagiaan boleh dicari hanya jika keihklasan cinta diberi.

🌹🌹🌹


Zachery Sean memusingkan stereng kereta Toyota Vios putihnya dan membelok ke kiri apabila telefon bimbitnya berbunyi.

Hmmph..menyandang posisi sebagai Pembantu Pengurus Projek sememangnya sentiasa sibuk dan bila-bila masa diperlukan. Tidak kira dimana dia berada, walau selepas waktu bekerja sekalipun telefonnya akan berdering.

Seringkali, kakitangan di tapak projek akan mencarinya berkaitan dengan isu-isu pembinaan ataupun masalah yang dihadapi oleh pihak kontraktor. Adakalanya, pihak pelanggan yang telah memberikan projek untuk dibangunkan juga akan mencari dia untuk mendapatkan khidmat nasihatnya.

Satu kelebihan berada di posisinya adalah dia tidak begitu terikat dengan waktu di pejabat, dia boleh keluar ke tapak projek atau berjumpa dengan kontraktor mahupun pelanggan yang berpotensi di luar bila-bila masa sahaja kerana itulah kerjanya, membuat temujanji dan menjadi wakil syarikat untuk membuat rundingan urusniaga.

Oleh sebab itulah dia sudah memasang 'Bluetooth' awal-awal lagi supaya telefon bimbitnya bersambung ke audio kereta agar senang untuk melayan mana-mana panggilan yang masuk – 'handsfree' itu penting agar dia boleh fokus memandu.

"Hello."

"Hello Zach!" dia kenal sangat suara yang menelefonnya. Zach tersenyum sinis.

"Ya, Farouq. Anything?"

"Awak dekat mana ni? Ada pekara penting aku nak bagi tahu kau," nada suara Farouq kedengaran sangat teruja. Dia ni rakan sekerja Zach yang memegang posisi yang sama dengannya dalam syarikat.

Almaklumlah syarikat besar dengan berpuluh projek pembangunan memang memerlukan dua orang Pembantu Pengurus untuk memantau projek-projek syarikat.

"Aku baru balik dari tapak projek kita di Ampang. Sekarang on the way nak balik rumah. Haa.. Apa dia?" tanya Zach.

"Eh, engkau ada baca pesanan dari Dato tak?"

"Tak. Belum lagi sebab aku tengah driving sekarang. Ni pun pakai 'handsfree' jawab panggilan engkau. Anyway, apa pesanan Dato?" Zach memberhentikan keretanya di bahu jalan. Kalau nama Dato disebut, ini mesti perkara penting yang perlu diberi perhatian sepenuhnya.

"Ooo patutlah engkau tak jawab pertanyaan Dato di 'whatsapp group' kita tadi. Hmm..macam ni, Dato nak kita berdua jumpa 'potential client' kita dari tanah besar China, Mr Hwang. Dia ni CEO sebuah syarikat besar – Public Listed Company dalam harta tanah. Dato dah buat temujanji dengan dia malam ni but unfortunately Dato ada hal peribadi yang tak dapat dielakkan at the last minute," kata Farouq.

"Eihh, why us? Mr. Chan kan ada. Kenapa tak hantar dia saja jumpa dengan Mr. Hwang tu?" Zach bertanya kehairanan. Ya lah, kalau ikutkan, Mr. Chan yang sepatutnya dihantar untuk membuat rundingan atau apa sahaja hal yang berkaitan dengan urusan niaga dengan pelanggan asing kerana dia merupakan Ketua Pengurus Projek berbanding dia dan Farouq yang hanya berpangkat penolong saja.

"Hahaha..memang betul tetapi kebetulan Mr. Chan petang ni outstation atas urusan syarikat juga. Jadi tiada siapa lagi yang dapat Dato harapkan. Tambahan pula, Dato tahu yang engkau pandai bercakap Mandarin, itu satu kelebihan. Nak harapkan aku mana dapat, ada bercakap macam ayam dengan itik nanti sebab Dato cakap yang Mr. Hwang ni tak pandai berbahasa Inggeris," beria Farouq jelaskan.

"Kalau begitu, baiklah. Nak jumpa dekat mana?" tanya Zach.

"Sheraton Hotel pukul 7 malam."

X X X X X X X X X X X X X

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now