Episode 14

152 88 8
                                    


Perkahwinan adalah suatu ikatan yang suci. Dua hati yang berdetak sama. Dua daging menjadi satu.

🌹🌹🌹


Sarapan pagi sudah kusediakan di atas meja. Bihun goreng ala kampung, ini menu kegemaran Zach. Kopi O panas juga sudah tersedia hanya menunggu untuk disantap. Walaupun Zach bersikap dingin terhadap aku, namun tugas sebagai isteri aku tunaikan sebaik mungkin. Makan minumnya, pakaiannya, nafkah batin dan segala tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar isteri, aku laksanakan. 

"Jom, cepat habiskan makanan tu sayang, nanti lambat pula kamu sampai ke sekolah," kataku mendesak anak-anak ku yang masih tidak mengerti apa-apa. Merekalah nyawa dan nafasku. Kerana mereka aku masih mampu untuk bertahan dalam bahtera perkahwinan ku.

"Mummy, daddy mana?" tanya si bongsu, Rachel yang baru berumur 8 tahun.

"Yalah mummy, kenapa daddy jarang bersarapan bersama dengan kita?" Giliran si abang pula bertanya, Ryan yang berumur 10 tahun.

Aku melihat muka mereka berdua satu-persatu. 

"Daddy lambat bangun, dia baru mandi. Tak mengapa, kita pergi dulu ya sayang, daddy dah tua, dia pandai jaga diri," aku menjawab sambil mengeletek kedua-dua putera dan puteriku yang membuatkan mereka ketawa kegelian. 

Mereka berdua bangun dan cuba untuk mengeletek aku kembali, padahal aku awal lagi sudah buka langkah seribu, mengelak dari mereka berdua dan kami berlari berkejaran mengelilingi meja. Gelak ketawa mereka membuatkan aku bahagia. Segala permasalahan bagaikan hilang.

"Apa bising-bising ni? Pagi-pagi buta buat perangai macam budak-budak!"

Kami bertiga berhenti serta-merta sebaik mendengar suara mengherdik datang dari arah tangga.

"Daddy!"

Kedua-dua anakku menjerit serentak dan meluru ke arah Zach yang sedang menuruni anak tangga, siap berpakaian kemas untuk ke pejabat lalu mereka berdua memeluknya.

Zach menguncup kepala mereka dengan penuh kasih-sayang. Sungguh berlainan sikapnya terhadap anak-anak jika dibandingkan layanannya terhadap aku. Dengan anak-anak, aku dapat merasakan kehangatan kasih-sayang yang dia curahkan kepada mereka tetapi hanya kedinginan yang dia berikan kepadaku. Namun, perhatian dan kasih-sayang yang dia curahkan untuk anak-anak sudah memadai bagiku.

"Abang makanlah ya, bihun goreng ala kampung kegemaran abang. I pergi hantar anak-anak kita ke sekolah dulu kemudian terus ke butik." Jelas ku dengan lembut  sambil memberikan senyuman.

"Hmmm." Hanya itu sahaja jawapan dari Zach.

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

"Cindailah mana tidak berkias, jalinnya lalu rentah beribu, bagailah mana hendak berhias, cerminku retak seribu ... lalalala ...."

Kedengaran suara Ms Kelly menyanyi halus lagu Siti Nurhaliza sambil tangannya bekerja menambah butiran labuci di gaun pengantin Cik Sofea.

Dia tak sedar bahawa aku sedang mengintipnya dari belakang. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arahnya yang begitu kusyuk menjahit sambil mulutnya masih bernyanyi.

"Janganlah jangan jangan ku hiba, derita hati jangan dikenang, bukanlah bukan..."

"Booo!" aku melompat lalu menepuk bahunya.

"Opocot mak kau hijau! Adoiii Gee! Kau nak buat aku mati ka beb?" Ms Kelly melatah sambil mengurut dada kerana terkejut. Kemudian cepat jari kanannya mencubit lenganku.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now