Episode 20

147 68 17
                                    


Cinta itu sanggup berkorban, tidak bermegah diri, tidak sombong dan panjang sabar.

🌹🌹🌹

Pakkk!

Satu tamparan kuat hinggap dipipiku. Zach mempunyai tapak tangan yang lebar menutup penuh pipi sebelah kiriku dan dengan kekuatan maskulinnya dia menamparku sehingga aku sedikit terpelanting lalu terhantuk ke dinding.

Aku tergigit bibirku sendiri kesan dari tamparan itu sehingga aku dapat rasakan darah masin di hujung lidah. Dengan jariku yang bergetar kerana kesakitan aku mengusap perlahan darah yang mengalir sedikit dari celah bibir.

Kubawa jariku menyentuh bahagian kiri dahi yang terasa berdenyut dek terhantuk tadi, ya satu benjolan disitu, sakit. Tidak cukup dengan itu dia menyentap rambutku dan kepalaku terdongak ke arah belakang.

"Eh, engkau sedar tak yang awak tu bukan isteri aku, engkau harta aku, perempuan tanah kebun! Engkau harta yang tidak layak untuk menegur aku! Jangan nak pandai-pandai cuba control aku. Faham tak?" Zach menengking dengan suara yang nyaring sambil jari telunjuknya menujal-nujal dahiku.

"Awww! Sa..sakit Zach, p..p..please," aku merayu untuk Zach melepaskan cengkamannya di rambutku sambil bercucuran airmata. Sungguh ketika ini aku merasakan yang aku tidak berharga dan tidak bernilai bagi dia.

Saat ini terngiang-ngiang di telingaku suara bisikan halus Cassidy di telinga, 'Aku sayangkan kau Suz. Aku sayangkan kau seperti emas.' Andai Cassidy yang menjadi pendamping hidupku, sudah pasti aku tidak disakiti begini, pasti ditatang dan dibelai bagai emas yang berharga. Semakin deras cucuran airmata yang jatuh di pipiku.

"Sa..sa..sakit Zach.. Ma..maafkan a..aku.. Please..." aku merayu dan terus merayu. Ku pegang tangannya cuba untuk meleraikan cengkamannya yang kuat di rambutku, jangankan dilepas malah dia kuatkan lagi menarik rambutku, rasa nak tercabut dari kulit kepala. Aku hanya mampu mengerang kesakitan. Tidak terdaya kudrat wanitaku melawan.

"Engkau dengar sini baik-baik yer. Lain kali kalau kau cuba untuk menegur apa yang aku buat, lebih dari ini aku kerjakan kau. Engkau...."

Tidak sempat Zach habiskan ayatnya apabila pintu bilik tidur kami dikuak. Berdiri tercegat disitu sambil memegang bantal busuknya, anakku yang sulung, Ryan Noah Tan.

"Mummy," halus suara Ryan memanggil aku dan aku...aku memandangnya dengan pandangan derita. Oh Tuhan, sungguh aku mohon kepada Engkau jangan perlihatkan keadaan aku sebegini dihadapan anak-anakku.

Dengan segera Zach melepaskan cengkamannya lalu dia melangkah mendapatkan Ryan.

"Ryan, kenapa belum tidur lagi? You know what time is it now?" Zach bertanya dengan wajah yang bengis.

"Sorry daddy. Aiyan dah tidur tapi... tapi...Aiyan bangun dengar bunyi bising. Aiyan takut. Aiyan nak tidur dengan mummy," suara anak yang mendayu terasa menusuk tembus ke kalbu.

Aiyan nama panggilan manjanya. Terkebil-kebil mata anakku memandang wajah ayahnya. Sungguh kasihan aku melihat wajah pulus anak yang belum mengerti apa-apa.

Ingin sahaja aku meluru dan memeluk tubuh mungil itu untuk menenangkannya kerana aku tahu, dia betul-betul takut. Pasti dia ketakutan apabila mendengar bunyi pergaduhan, tengking, maki-hamun dan bentakan yang keluar dari bilik ini kerana bilik tidur anak-anakku bersebelahan sahaja.

"Jangan nak mengada! Awak bukan budak kecil lagi. Masuk balik, tidur sekarang!" bentak Zach memarahi Ryan tanpa sekelumit simpati kepada anaknya sendiri. Ryan anakku dengan wajah seakan meminta simpati masih berdiri tercegat mendongak memandang bapanya.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now