Episode 39

103 20 57
                                    

Nostalgia cinta menyeru kenangan indah dan menggamit rindu yang berselindung di lubuk hati.

🌹🌹🌹

Inilah cerita tentang kita...

Kisah kita bermain bersama, bersukan bersama, belajar bersama dan berjalan sama ketika pulang dari sekolah.

Di sinilah juga kita mengimbau kembali kenangan zaman remaja yang masih segar memenuhi ruangan minda. Diari harian dihiasi gelak ketawa, menepis segala pancaroba.

Dua jiwa yang asing saling tidak mengenali telah dipertemukan di sini. Perkenalan polos yang naif membuahkan perasaan suka yang tulus dan suci.

Dari titik itulah lahirnya Cinta Pertama. Menyimpan segala memori abadi dan kenangan yang kekal selamanya. Tidak lupus dek waktu dan tidak mati dimamah zaman.

Sungguh Cinta Pertama bukan sempurna, bukan juga pasti diikat mati dengan tali perkahwinan namun cinta lain yang menyusul hanya mampu menguburkan ia sahaja.

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

Semalam, ku pulang agak lewat dari Pantai Damai, Santubong. Pantai yang terkenal dengan pemandangan senja yang indah.

Seharian suntuk diluang bersama kekasih hati di pantai itu. Kemudian bersambung pula dengan sesi perbincangan dengan Inspektor Man Deyo menyentuh topik hangat video rakaman curi oleh pelaku misteri telah mengheret masa hingga ke lewat malam.

Seluruh anggota tubuh terasa sungguh penat hingga membuatkan diriku hampir terlajak tidur. Bagus juga jam penggera di telefon berbunyi mengganggu lenaku.

Tangan mula menggosok mata yang masih mengantuk. Selimut putih kemudian ditarik menutupi paras dada kerana sejuk dek penghawa dingin.

Ku tukar posisi gaya fetal, miring ke sisi kanan pula dengan kaki meringkuk seperti gaya janin di dalam kandungan. Masih terbaring malas ku gapai telefon.

Pekara pertama yang dibuka adalah applikasi whatsapp. Rasanya bukan aku seorang yang mengamalkan tabiat begini. Zaman sekarang, perbuatan ini dianggap normal.

Awal pagi mesej Cassidy masuk bagaikan pemangkin menyuntik semangat keghairahan dalam diri untuk melakukan aktiviti mengisi kelapangan agar buku diari harianku tidak kosong.

Katanya, "Jom, let's get some adventure!"

Mata terus segar-bugar saat membaca mesej itu, bulu kening bertemu dan jidat berkerut namun dibibir spontan terukir sebuah senyuman manis. Jujur aku suka!

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

Okey.. hari ini, aku berpakaian kasual. Rambut ku ikat gaya ekor kuda, tampil sederhana dengan bersepatu 'Sneakers Adidas'. Ha'ah, pergerakan lebih selesa berbaju-T, berjaket jeans dan berseluar 'jeans slim-fit'.

Beg silang kulit 'PU' kalis air jenama Louis Vuitton digantungkan di bahu. Kaki segera menapak ke lif dan turun ke lobi hotel. Berjalan dalam tempo agak santai melewati 'Bellman' yang berdiri segak berjaga di pintu.

"Selamat pagi cik," ucapnya mesra  sambil mengangguk sopan. Di bibir pula menguntum senyuman ikhlas diekori pandangan anak mata yang bersinar. Peramah orangnya.

"Selamat pagi," jawabku sambil melontarkan senyuman sebagai tanda hormat. Pada masa yang sama daun pintu kaca terbuka secara automatik dan kakiku menapak keluar.

Dari luar, kagum mata memandang reka bentuk seni binaan hotel ini yang mempunyai empat tiang besar yang kelihatan cukup megah. Baik, di tiang itulah aku menyandar sementara menunggu Cassidy datang.

CAS [Completed] ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя