Episode 30

137 44 34
                                    

Kasih sejati tidak akan membiarkan kamu jatuh tersungkur tetapi menghulurkan cinta untuk membantu mengangkat kamu semula.

🌹🌹🌹

Setelah pemergian bapanya, Lina hidup sebatang kara dan hilang tempat bergantung. Dengan usia yang masih begitu muda, dia terpaksa berhenti sekolah.

Perniagaan kedai runcit juga kian merosot. Keadaannya yang mengandungkan anak luar nikah seperti membawa kutukan ke atas dirinya.

Dia dicerca, dicemuh, dimaki dan dipandang hina oleh orang kampung. Lebih dahsyat lagi pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Perjalanan kehidupannya kini merupakan topik hangat dan menjadi bualan mulut golongan periuk mengumpat belanga.

"Tak usah membeli barang di kedai itu, perempuan itu bawa sial, nanti tak pasal-pasal sialnya melekat dekat kamu." 

"Lihatlah, bapanya meninggal punya anak sial seperti dia, malang sungguh nasib."

"Jangan sesekali menggalakkan suami atau anak bujang kamu berbeli di kedai itu kalau tak mahu perempuan sundal itu mengaku mereka sebagai bapa kepada anak dalam kandungannya."

Itu adalah antara dialog-dialog sindiran dan tuduhan melulu yang melewati sepasang telinganya setiap hari. Dia terpaksa hadap semua itu dengan terseksa, makan berkuahkan airmata. 

Kata-kata masyarakat sekeliling telah mengoyakkan jiwanya menjadi cebisan halus, seperti kaca jatuh ke permukaan berbatu dan berderai, begitulah hatinya hancur berkecai-kecai.

Bukan pintanya semua yang terjadi dan bukan juga salahnya. Segalanya kerana lelaki durjana bertopeng syaitan itu tetapi masyarakat menuding jari seolah-olah itu silapnya.

Dia benci! Dia benci dengan kehidupannya! 

Jika bukan kerana dia telah berjanji dengan ayahnya untuk menyayangi dirinya pasti dia sudah menjatuhkan hukuman ke atas diri sendiri dengan menamatkan nyawanya sekali lagi.

Kerana janjinya dia mengharungi hidup ini dengan cekal. Kedai runcit milik keluarganya yang telah operasi selama bertahun-tahun akhirnya ditutup. Nasib baik ada tanah kebun yang belum dituntut oleh tuan tanah. 

Disitulah dia membanting tulang berbakti kepada tanah. Walaupun sarat mengandung sehinggalah melahirkan anak lelakinya yang dia namakan Zachery Sean Tan, disitulah dia bercucuk tanam dan menjual hasil tani untuk menyara hidup mereka anak beranak.

Mujurlah ada kenalan ayahnya yang datang ke kampung itu dan memborong hasil taninya untuk dijual di kota. Dari situlah dia mendapat pendapatan sehingga mampu menyekolahkan anak lelakinya ke peringkat menara gading.

Setiap hari dia berdoa untuk pembelaan yang adil tetapi dia merasakan Penciptanya juga berdiam diru. Namun suatu hari dia terdengar khabar bahawa lelaki jahanam itu mati lemas terjatuh ke dalam sungai ketika mengail udang bersama rakan. Itu dakwaan keluarga keji lelaki itu.

Namun hakikatnya, lelaki itu telah membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai dek tidak tertahan menanggung perasaan bersalah di atas perbuatan lampaunya yang telah merosakkan kehidupan gadis kesayangannya.

Sejujurnya dia ingin bertanggungjawab dan mengahwini Lina namun ditegah oleh keluarganya.

"Langkah mayat aku dulu kalau engkau mahu mengahwini perempuan sundal itu. Entah siapa bapa sebenar kepada anak yang dikandungnya. Jangan kamu menjadi bodoh!" ujar bondanya dan dia menurut kerana tidak mahu menderhaka. Akhirnya dia tewas.

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

Seorang anak kecil yang berusia 7 tahun tidak berbaju dan hanya berseluar pendek menangis teresak-esak di tengah padang permainan. Dirinya basah kuyup ditimpa hujan dan badannya dipenuhi lumpur kerana perbuatan budak-budak nakal di kampung itu.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now