Episode 23

131 61 14
                                    

Cinta berlandaskan nafsu hanya untuk seketika dan padam serta-merta ketika badai melanda tetapi cinta yang lahir dari hati sanggup mengharunginya bersama dan pasti memiliki kebahagiaan sebagai berkat kesabaran.

🌹🌹🌹

Bangunan Syarikat Permata Holding Berhad setinggi 7 tingkat itu tersergam indah dengan rekabentuk millenium yang berdindingkan kaca sebagai tirai moden. Berkonsepkan bangunan hijau yang mesra alam dimana setiap aras tingkat tersebut dihiasi dengan tumbuhan hijau segar.

Penjimatan dalam pengunaan elektrik juga diaplikasikan dan ini dicapai melalui pemilihan khas tingkap kaca rendah tenaga. Tujuannya adalah untuk memaksimumkan kemasukan pencahayaan secara semulajadi.

Dalam masa yang sama tingkap khas ini mampu mengurangkan penyerapan haba dan dapat mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin sekaligus memberikan persekitaran ruang bekerja yang selesa dengan mengekalkan penjagaan alam semulajadi.

Pejabat Dato Syed Arshad terletak di tingkat yang teratas, tingkat 7. Disitu juga terletak bilik mesyuarat dan beberapa buah bilik pejabat khas untuk pengurus-pengurus di setiap jabatan yang terdapat dalam syarikat tersebut.

Zachery Sean adalah salah seorang daripada pengurus yang telah diberikan bilik khas di aras tersebut setelah kenaikkan pangkat tempoh hari hasil kejayaannya mendapatkan kontrak pembinaan dengan Syarikat Harta Tanah dari Shanghai.

Truttt..

Truttt..

Ms Betty segera mengangkat gagang telefon interkom yang terletak di atas mejanya.

Dato Syed: Betty..

Ms Betty: Ya, Dato. Ada apa saya boleh bantu?

Dato Syed: Tolong panggilkan Zach dan Farouq masuk ke pejabat saya sekarang.

Ms Betty: Baik Dato.

X X X X X X X X X X

Kedengaran bunyi hentakan kasut tumit tinggi memasuki premis Syarikat Permata Holding Berhad menuju ke lif di sayap kanan bangunan megah syarikat tersebut. Jari jemari yang halus dan kuku yang sedikit panjang dicat dengan warna merah terang menekan punat lif tingkat 7. Selang beberapa saat sahaja lif berhenti di tingkat 7 dan pintu pun terbuka.

Seorang wanita yang tinggi lampai berambut panjang hampir aras pinggang dengan bahagian bawah yang digolongkan sedikit ala 'Korean Perm' dan diwarnakan 'Bronde Balayage' campuran pelbagai tona warna coklat seperti karamel, bronde dan light brown berjalan keluar dari lif tersebut lalu membelok ke kiri dan menuju ke arah pintu pejabat yang berkaca terlus.

Ms Betty yang bekerja sebagai penyambut tetamu melihat ada seorang wanita berpakaian formal berwarna gelap dan skirt paras lutut sedang berdiri di luar pintu. Dengan segera Ms Betty menekan punat untuk membuka pintu membenarkan wanita tersebut masuk.

Anak mata Ms Betty tidak berkedip memandang dan memerhati gaya wanita itu ketika dia melangkah berjalan menuju ke kaunter penyambut tetamu tempat Ms Betty duduk seharian memantau pergerakan keluar masuk kakitangan dan juga orang luar yang berurusan dengan Syarikat Permata Holding Berhad.

Pada pandangan pertama Ms Betty, wanita ini bukan sebarangan orang tetapi berpengaruh. Semakin hampir wanita itu mendekatinya, hidung mancung Ms Betty dapat mencium semerbak bau harum minyak wangi yang dipakai oleh wanita tersebut.

"Ya cik, apa yang boleh saya bantu?" sapa Ms Betty sambil tersenyum mesra. Dia sudah terbiasa untuk memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja yang datang kerana itulah ciri istimewa bekerja sebagai seorang penyambut tetamu.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now