Episode 29

105 45 14
                                    

Keinginan yang didorong oleh hawa nafsu kedagingan akan membawa kepada kemusnahan.

🌹🌹🌹

Kedai runcit yang berdindingkan papan kayu yang tidak bercat itu kelihatan usang. Susunan dinding papan ada yang tidak dipaku dengan elok dan juga ada diantara lapisan papan yang sudah mulai mereput. 

Tidak dinafikan atap zinknya sudah berkarat, berlubang dan mengalami kebocoran di beberapa bahagian. Namun walaupun begitu keadaannya, kedai runcit itu tetap teguh berdiri dan beroperasi hampir 365 hari dalam setaun kecuali ketika perayaan Tahun Baru Cina sahaja ditutup selama seminggu. 

Di kedai itulah seorang pemuda dalam lingkungan 25 tahun selalu bertandang untuk membeli seberkas rokok daun nipah dan satu plastik kecil tembakau merah untuk nendanya.

Boleh dikatakan hampir setiap petang dia datang ke kedai tersebut. Ada sahaja barang yang ingin dibelinya. Tak sah kalau sehari dia tidak bertandang, biarpun sebiji gula-gula  yang dibeli asalkan dia dapat menjenguk kedai Encik Tan.

Sebenarnya ada tujuan dia sering berkunjung kesitu, niatnya untuk menjamu mata melihat kecantikkan rupa paras anak dara Encik Tan yang bernama Lina. 

Hatinya tertawan dengan kejelitaan gadis berdarah campuran itu. Ayah Lina berbangsa Cina sejati telah berkahwin dengan gadis tempatan di kampung ini. 

Seringkali dia cuba memancing perhatian Lina namun usahanya tidak diendahkan dan tidak diperdulikan oleh gadis itu, seolah-olah dirinya tidak wujud. Ini membuatkan ego lelakinya tercabar.

Petang itu seperti kebiasaan dia datang lagi berkunjung ke kedai Encik Tan. Kali ini dia membuat alasan ingin membeli pemetik api rokok pula.

Keadaan di kedai sunyi, tidak kelihatan kelibat tauke kedai mahupun anak gadisnya. Matanya melihat-lihat dan leher dipanjangkan menjenguk ke dalam kedai namun tiada tanda tauke dan anaknya disitu. 

"Tauke! Tauke!"

Dia memanggil dengan suara yang nyaring. Tiada jawapan. Kenapa kedai ini ditinggalkan tanpa penjaga? Bagaimana kalau ada pencuri yang masuk? Alamat berpestalah mengangkut barang keluar, gumamnya sendiri.

Tak mengapa, dia cuba memanggil sekali lagi. Hatinya tak keruan kalau sehari dia tidak melihat gadis pujaannya itu.

"Tauke! Tauke!"

"Ya, tunggu sekejap." 

Akhirnya kedengaran suara halus menjawab dari dalam belakang kedai. Sudah pasti suara itu milik Lina. Hatinya berbunga-bunga dan tidak sabar ingin menatap wajah yang menjadi igauannya siang dan malam.

Tidak lama kemudian Lina keluar dari belakang, berlari anak menuju ke kaunter. Tujuannya ke belakang tadi ingin mencari tuala kering yang bersih namun tak dijumpai dek kelam-kabut mencari kerana hatinya gelisah meninggalkan kedai tidak diawasi.

Baju-T lengan pendeknya basah di bahagian hadapan kerana tertumpah air mineral yang diminumnya tadi. Mendengar ada pelanggan yang memanggil dia berhenti mencari tuala kering dan bergegas keluar.

"Sorry. Kamu mahu beli apa?" tanya Lina dengan sedikit pelat Cina kepada pemuda itu. Matanya tidak begitu fokus menatap wajah pelanggan di depannya kerana dia sibuk mengambil tisu untuk mengeringkan bajunya. 

Pemuda yang berada di depannya berdiam seketika. Mata hitamnya sedang menikmati pemandangan indah yang dipamerkan. Baju Lina yang basah melekap ke tubuhnya memperlihatkan dengan jelas sosok aset berharga miliknya membuatkan pemuda itu menelan air liur kosong. Ahh, betul-betul menguji nafsu lelakinya. 

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now