Episode 8

203 111 0
                                    


Insan yang pernah mencuri hatimu akan tetap menjadi orang yang istimewa dalam kamus hidupmu.

🌹🌹🌹


"Cas!"

Tiba-tiba aku terbangun. Nama itu terkeluar dari bibirku yang terasa kering. Dalam kesamaran aku cuba melihat keadaan di sekelilingku. Dimanakah aku sekarang?

"Shhhh.. Shhh..," aku merasakan ada tangan yang lembut menyentuh bahuku dan membaringkan aku semula.

"Relaks beb. Jangan banyak begerak. You perlu berehat," aku memandang ke wajah itu, Ms Kelly. Ku lihat berdiri disampingnya rakan kongsiku, Yasmin.

"Are you okay beb?" suara lembut Yasmin pulak bertanya.

Aku tidak menjawab. Dadaku masih terasa ngilu dan pedih di bahagian pergelangan tanganku. Perlahan ku angkatkan tangan, sepertinya aku telah diberikan 'water drip'.

"Where am I?" tanyaku perlahan, sekali-sekala aku pejamkan mata kerana masih berasa sedikit pening.

"Bangsar Medical Center sayang," jawab Ms Kelly.

"What happen to you darling? Kami risau tau," sambungnya lagi.

Aku cuba bangun dari berbaring dan Yasmin membantu meletakkan bantal dibelakang untuk aku menyandar. Selang beberapa saat barulah aku menjawab pertanyaan Ms Kelly, kurasa Yasmin juga ingin mengetahui cerita sebenar.

"Tadi..sewaktu I dalam perjalanan balik ke butik kita, I berhenti di lampu isyarat simpang empat tu, when suddenly I...terasa sakit yang teramat disini (tapak tanganku diletakkan di dada sebelah kiri) sampai mencucuk-cucuk rasanya, sesak nafas dan terus pitam. Sedar-sedar I dah terlantar dekat sini."

Aku hanya menceritakan sebahagian dari kejadian yang aku alami sebelum itu, cuba untuk menyembunyikan yang sebahagian lagi. Tiada siapa tahu penderitaan yang mendalam yang hatiku terpaksa tanggung saat ini.

Yasmin mengusap-usap bahuku manakala Ms Kelly sibuk menutup kakiku dengan selimut hingga ke paras paha. Kulihat muka mereka berdua jelas risau dengan keadaanku.

Yasmin merapatkan bibirnya ke telingaku seraya berbisik sambil tangannya memegang jariku.

"Is there anything that you didn't tell me or hide from me? You know you can count on me beb."

Jari kiriku mengenggam erat tangan Yasmin dan jari kananku menepuk-nepuk tangannya perlahan, "Don't worry beb. I'm fine. I'm fine."

Dua kali aku menyatakan yang aku tiada apa-apa untuk menyakinkannya tetapi aku tahu Yasmin bukanlah seseorang yang mudah untuk diyakinkan. Dia bukan sahaja rakan kongsi tetapi juga merupakan seorang sahabat yang sangat memahami.

Kami bukan sahaja berkongsi perniagaan tetapi juga berkongsi apa-apa masalah yang dihadapi, baik dari segi professional mahupun peribadi.

Satu sikap Yasmin yang terpuji, dia adalah 'penjaga rahsia'. You boleh berkongsi apa sahaja rahsia dengannya, dia tidak akan sebar keluar dan dia jaga aib semua orang.

Bak kata dia, jikalau mulut kita tak boleh tahan dan jaja berita kesana-kesini, apa yang kita dapat? Bukannya orang akan berikan kita duit pun. Satu kita akan hilang kawan. Kedua orang akan membenci kita. Ketiga orang takkan percayakan kita lagi. So, baik diam. Itulah yang membuatkan ramai selesa mendampingi Yasmin termasuk diriku.

"Oh ya beb, siapa Cas? Yang you sebutkan waktu tersedar sebentar tadi?" tiba-tiba Ms Kelly bertanya.

"Err.. Siapa? Cas?" aku mengangkat kening dan membuat muka keliru, berpura-pura tak faham.

CAS [Completed] ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें