Episode 41

101 16 41
                                    

Semalam telah berlalu dan esok masih misteri tetapi memori cinta pertama kekal mekar setiap hari. 

🌹🌹🌹

Apakah salah jika daku dibuai mimpi indah? Walaupun tidak bertukar realiti, izinkanlah aku hidup bahagia di dalam mimpi bersama bayanganmu...

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

"Suz.."

Tiada jawapan.

"Suz.."

Masih tiada jawapan.

Wanita yang duduk bersebelahan dengannya itu banyak berdiam diri sedari tadi. Lebih banyak termenung dan mengelamun. Tidak ceria seperti selalu.

Ada sesuatu yang mengganggu wajah ayu cinta hatinya. Melihat keadaan Suziana sebegitu membuatkan hati lelakinya gusar.

"Suz! Are you okay?" Kali ini nada suara Cassidy ditinggikan sedikit. Tangannya memusingkan stereng kereta membelok ke arah kanan.

Tetapi matanya tidak begitu difokuskan ke pemanduan kerana dirinya terganggu dengan perilaku Suziana.

"Huh?" Wanita itu tersentak dari lamunan. Raut wajah jelas keliru, seolah-olah hanya jasadnya sahaja hadir tetapi rohnya melayang entah ke mana.

"Ada sesuatu yang menganggu awak ke? You know I can be your ear." Cassidy cuba menggali masalah yang dipendam oleh kekasih hati. Tak sanggup dia melihat kesedihan terpalit menutup kegembiraan di wajah comel itu.

Namun, hanya dengusan kecil dari Suziana yang kedengaran dan gelengan kepala dengan mulut terkunci. Pandangan mata yang berat tanpa sinar diberikan. 

"Jom, saya nak bawa awak ke satu tempat," pelawa Cassidy sambil tersenyum, cuba mengalih perhatian Suziana .

"Ke mana?"  

"Alahai, berharganya suara tu hingga mengoncang jantung," usik Cassidy.

"Ish! Awak ni kan, pandai pujuk."

Walaupun terukir sebuah senyuman di bibir merah merekah cintanya itu tetapi Cassidy dapat merasakan itu hanyalah sebuah senyuman terpaksa. 

Untuk sepuluh minit seterusnya masing-masing hanya mengunci mulut hingga akhirnya sampai di destinasi yang dituju. 

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

"Awak masih ingat lagi tak tempat ni?" tanya Cassidy sambil menunduk memandang aku.

Kalau bercakap dengan spesies macam aku ni yang cukup sangat ketinggiannya, memang begitulah.

"Hurm, ingat. How can I forget?" balas ku dengan lirikan mata dan senyuman bahagia.

"Tempat awak bawa saya selepas awak culik saya, curi-curi bawa saya keluar waktu malam dan kita duduk di sana melihat keindahan taburan bintang," huraiku sambil menunjuk ke arah sebuah bangku yang terletak di bawah tiang lampu taman berhadapan tasik buatan manusia.

Kini giliran Cassidy pula memasang senyuman bahagia di wajah tampannya.

Kaki mengorak langkah menuju ke bangku dan melabuhkan punggung di situ. Suasana yang dirasakan saat ini betul-betul mengamit nostalgia sentimental yang mengusik jiwa.

"Setiap kali ada masalah, saya akan datang ke sini, mencari ketenangan. Tempat ini cukup bermakna buat diriku," Cassidy berhenti seketika sebelum meneruskan kata-kata.

CAS [Completed] ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat