Episode 19

128 65 5
                                    


Cinta tidak mengenal usia, rupa dan kulit. Yang menjadi ukuran adalah keserasian.

🌹🌹🌹

Ms Betty sampai di pejabat lebih awal daripada biasa pada pagi ini. Pukul 6.15 tadi dia dah bergerak dari rumah. Dia memandang jam di tangan dan tersenyum senang, pukul 7.30 pagi. Syukur cuaca baik dan keadaan traffik pun lancar tidak berapa sesak seperti selalu.

Biasanya dia sampai di pejabat dalam pukul 8 suku begitulah. Malam tadi dia sudah kunci jam loceng tepat pukul 5.00 pagi. Mandi sahaja dah makan masa setengah jam, nak bersolek lagi, berdandan lagi, biasalah orang perempuan katakan.

Jangan salahkan kaum hawa ya kalau sentuh bab bersolek atau berdandan ambil masa lama, itu normal. Takkanlah tempek terus bedak sejuk di muka, tuang baby oil dan sapu sedikit di rambut, pakai baju pakai kasut dan terus keluar.

Orang perempuan harus jaga penampilan. Bersolek sederhana pun ambil masa juga, sapu pelembap muka, krim kecantikan, losyen badan, nak pilih baju lagi. Haa.. Itu masalah utama orang perempuan, waktu pilih baju, boleh hilang 10 hingga 15 minit dekat situ, bukan senang. Hujung-hujung, boleh terpikir tiada baju untuk dipakai sedangkan dalam almari sendat dengan pakaian, hahaha normal-lah tu.

Hmm..harini Ms Betty harus datang awal ke pejabat sebab semalam Dato Syed sudah hantar pesanan peringatan untuk kali kedua melalui applikasi whatsapp meminta dia persiapkan bilik mesyuarat yang akan digunakan nanti.

Bekerja sebagai penyambut tetamu merangkap pembantu tadbir di Syarikat Permata Holding Berhad dan telah berkhidmat selama 5 tahun disitu, Ms Betty tahu selok-belok peranan dan tugasnya dengan cekap.

Dia peka dan kenal sangat dengan perangai Dato yang berpendirian tegas dan berwibawa. Kalau dia katakan hitam, maka hitamlah, kalau putih maka putihlah, tiada istilah kelabu.

Dato tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau anasir-anasir luar yang cuba membawa pengaruh yang tidak baik yang boleh menjatuhkan imej syarikat yang telah didirikannya dengan titik peluh sendiri. 

Walaupun Dato tergolong dalam golongan elit namun dia melayan pekerjanya sama rata. Dari tukang cuci, pemandu peribadi, pengawal keselamatan, budak pejabat, penyambut tetamu, kerani am bahkan tukang bancuh air sekalipun, Dato tidak bezakan dengan mereka yang duduk di kerusi jurutera, arkitek, pelukis pelan dan yang berpangkat besar yang bekerja di syarikatnya.

Dato tidak melihat itu semua. Bagi dia, semua mengalas peranan penting untuk membina satu organisasi yang sama-sama berganding bahu bekerjasama membentuk syarikat yang berjaya. Tanpa sokongan kakitangan, dia tak akan berada di tempat dimana dia ada sekarang.

Atas sebab itulah Ms Betty sangat bersyukur bekerja dengan majikan seperti Dato Syed Arshad dan sangat menghormati Dato. Majikan yang baik harus mendapat pekerja yang baik seperti dia, erhem.. motivasi diri yang positif okey untuk membangkitkan semangat bekerja.

Nampak gaya rekod pekerja terbaik memang milik dialah, sebabnya, dia orang yang terawal sampai, pejabat pun masih bergelap. Yay, dia beri tepukan untuk diri sendiri. Lucu juga Ms Betty ni. Tanpa berlengah, dia segera buka lampu dan kemas apa yang patut. Longgokan majalah dan suratkhabar yang diletakkan di atas meja ruang menunggu disusunnya rapi, mana yang sudah lebih dari 3 hari, dia masukkan ke dalam kotak kitar semula.

Kemudian dia pergi ke bilik mesyuarat, memeriksa dan menyediakan fail-fail yang diperlukan oleh Dato. Penyembur pewangi automatik juga dipastikan berfungsi dan meja dilapnya bersih walaupun dia tahu Kak Jijah, Tukang Cuci pejabat sudah mengelap dan membersihkannya semalam. Lebih baik dia lakukannya sendiri dengan rela sebelum ada yang tidak berkenan di mata Dato.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now