Episode 25

114 56 22
                                    


Pembunuh cinta adalah kebencian kerana tidak dapat memiliki dan suatu penyiksaan yang akhirnya akan  memakan diri sendiri.

🌹🌹🌹

Berat sangat beg galas aku ni, terasa lenguh bahuku memikulnya. Walaupun sebahagian buku teks sudah dikeluarkan dan hanya membawa buku mengikut jadual yang telah ditetapkan, masih juga terasa beratnya. Hmm..aku mengeluh keletihan. 

Sampai di tempat duduk aku yang terletak di hujung kelas, dengan segera aku meletakkan beg galas dan mengeluarkan bekas pensil untuk disimpan di laci bawah meja. Saat menjenguk ke dalam laci aku ternampak sesuatu yang menarik perhatianku. Satu lipatan kertas putih yang diletakkan dengan kemas.

Aku mengerutkan dahi kehairanan, 'Kertas apa ini?' soal hatiku.

'Hairan. Semalam coklat dan hari ini surat. Coklat sudah tahu siapa gerangan yang memberi tetapi surat? Takkanlah awal pagi Cassidy beri surat buat kejutan lagi. Tapi kalau bukan dia, siapa lagi?' hatiku bergumul dengan pelbagai persoalan.

Mataku mengimbas persekitaran ruang kelas. Ada antara rakan sekelas yang duduk rapat di kerusi masing-masing menelaah buku dengan rajinnya. Ada juga yang berganjak dari tempat duduk asal dan berhijrah ke tempat duduk rakan yang lain dan berbual-bual mesra. Ada yang bertugas menyapu kelas dan tidak ketinggalan ada  yang berjalan mundar-mandir mengusik rakan-rakan dari meja ke meja. 

Deria keenamku tidak dapat mengagak atau meneka gerangan si pemberi surat. Tidak patut aku bertanya perihal surat itu satu-persatu dengan sesiapa yang hadir di dalam kelas ini sekarang. Adelin belum juga sampai. Selalunya, dialah orang pertama tempatku bertanya.

Sementelah membelek kertas putih yang dilipat dengan kemas itu, tiada sebarang klu yang dapat ku kaitkan. Jari-jemariku membuka lipatan kertas tersebut dengan perlahan. Isi kandungan surat tersebut jelas ditujukan kepada aku. 

- SUZIANA PEREMPUAN GATAL! PERAMPAS! -

Aku terpana dengan kata-kata tersebut. Ayatnya ringkas tetapi mampu menyinggung perasaan gadisku. Segera mataku menoleh ke tempat duduk Fiqa, suspek pertama yang muncul di benak fikiranku. Namun tempat duduk Fiqa masih kosong, dia belum sampai lagi. Baru aku teringat yang Fiqa sudah satu minggu tidak turun ke sekolah, balik ke kampung halaman kerana kematian saudara terdekat. Tidak mungkin dia yang menulis surat ini.

Aku kematian akal, rasa hendak menangis dituduh begitu. Betul-betul hatiku terguris. Apakah Cassidy mempunyai girlfriend lain selain aku? Mustahil. Setahu aku, Cassidy mengaku tidak pernah bercinta dengan sesiapa dan aku lah cinta pertamanya. 

Surat itu ku gumpal-gumpalkan dengan perasaan geram dan terus kucampak ke dalam tong sampah. Ternyata ada musuh di dalam selimut yang membenci aku secara diam. Siapa pun dia, biarlah dia berperang dengan emosinya sendiri kerana bukan aku yang mencari masalah dengannya melainkan dia mencari masalahnya sendiri.

X  X  X  X  X  X  X  X  X  X

Saat pintu Butik 'White Angels' terbuka, kedengaran mesin suara penyambut tetamu bergema memecah ruang kesunyian.

Ting tong...

"Welcome to White Angels Boutique."

"Selamat datang ke Butik 'White Angels'."

Aku senyum meleret mendengar bunyi mesin suara yang baru dipasang Ms Kelly minggu lepas rentetan senario dia terperanjat disergah aku dari belakang sebelum itu. Katanya, langkah ini sebagai pencegahan agar tahu keberadaan keluar masuk pelanggan dan juga bagi menggelakkan kejadian yang sama berulang. Tak sanggup lagi dia hadap ulah aku yang selalu menghendap dia secara diam. Akulah pemangkin kepada penyakit melatah dia yang memang mencuit hati dan menghiburkan itu.

CAS [Completed] ✔Where stories live. Discover now